Yasmin Ahmad meninggal dunia
July 26, 2009 by se7enstar86
Filed under Celebrity, Latest
KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.
Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.
Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS16, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.
Turut hadir di sidang media itu ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.
Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.BERNAMA





Rest in Peace. Little drops of rain in this morning seems like mourning with her loss
al fatihah..
Al-Fatihah~
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ahli keluarga beliau yg di tinggalkan akan akur dgn pemergiannya.
Al- Fatihah..
takziah buat keluarga beliau..al-fatihah
kta hdp d dunia tok utk smentara jak.tiada yg kekal utk slamanya.semua manusia sama d mata Tuhan.tiada bezanya..utk klrga beliau sbr dan takziah dr sy.smoga roh beliau d cucuri rahmat..amin
al-fatihah dan salam takziah buat keluarga arwah..semoga roh arwah dcucuri rahmat dan dtempatkan d kalangan org2 yg beriman..amin..
al-fatihah……………
semoga roh arwah dicucuri rahmat…………..
salam takziah buat keluarga arwahhh………………
sori. bukan untuk madah apa. bila sy diat tb. suma org padah nya allahyarham. kenak sik allahyarhamah. bukan nak padah apa juak. bila sy carik2 info dalam internet duhal orang ninggal tek khunsa. syukur juak la nya dah ke arah empuan. tp masalah nya kenak allayarhamah. sori bertanyak…..sori kalau ayat2 tok apa ka. sik bermaksud untuk mencerita keburukan.. tapi sekadar bertanyak
Appreciating the dedication you put into your blog and in depth information you offer. It’s nice to come across a blog every once in a while that isn’t the same unwanted rehashed material. Fantastic read! I’ve bookmarked your site and I’m adding your RSS feeds to my Google account.
You’ve shared the most effective collection ever. “Sleek Minimal PSD Website” is really an incredible PSD.