[Tutorial] Panning Photography
February 14, 2009 by themanwithnoname
Filed under Graphics, Latest, Photography, Tutorials
Apakhabar adik kakak sekalian? Selamat kembali ke TT™ a.k.a. Themanwithnoname Tutorials™ . Kali tok, kita akan belajar satu teknik fotografi yang digelar panning..bukan pening ya walaupun gambar nanti nampak ‘pening’.
Ok. Po mo yo panning ya? Panning dalam erti kata yang mudah difahami ialah subjek nampak sharp/statik tetapi persekitarannya seakan akan bergerak dan blur. Panning tok biasanya digunakan untuk fotografi sukan..tak kisah la motorsports ka.. paintball ka.. atau bola sepak.
Bahan bahan yang perlu ada dalam panning tok seperti;
1. Camera yang ada fungsi Tv ( Shutter priority )
Jika DSLR, kitlens pun memadai.. kalau ambik gambar GT-Japan atau F1, dinasihatkan tele-zoom 200mm supaya anda tidak dilanggar oleh kenderaan tersebut. Shoot dalam format RAW amat digallakkan.
2. Monopod/tripod jika diperlukan.
Langkah langkah persediaan panning.
1. Setkan kamera anda pada mode Tv, 1/60 atau 1/30 shutter speed. Aperture dan depth tidak dipedulikan sebab background akan jadi blur klak. Pasangkan monopod jika ada/diperlukan.
2. Jangan berada terlalu dekat dengan aksi, takut kemalangan yang tidak diingini berlaku.
3. Digalakkan jangan membuat sebarang contact dengan subjek, takut klak mengganggu konsentrasi subjek.
* mengganggu konsentrasi subjek. Konsentrasi kita pun terganggu juak..
4. Setkan focus kepada ‘AI Focus’ atau ‘AI Servo’
5. Sediakan framing awal dan agak sine subjek akan berada klak, test shoot 2-3 gambar dan adjustkan white balance, exposure composition, dan ISO ( biasanya ISO 200 )
6.Sentiasa sedia untuk shoot gambar, ikut gerakan subjek dengan pantas dan tekan shutter sepenuhnya semasa mengikut gerakan subjek. Posisikan diri pada tempat yang paling bagus untuk shoot gambar.
* klik pada gambar untuk melihat saiz sebenar
Contoh panning sik bagus..
*gambar belakang sharp, subjek blur..bukan panning.
Tok boleh diterima
* focus jatuh pada tail light.. tetapi background dah ok.
Tok ok sikit.
Contoh contoh gambar panning yang lain dari saya.
Variasikan titik focus..
Tambahkan kreativiti pada gambar panning anda..
Selamat mencuba dan sebarang komen dan pertanyaan amat dialu alukan.
-themanwithnoname-











tutorial yang mudah & applicable =)
agikla.. tutorial dak tok.. best..