Kebakaran di Pasar Lama Mukah
February 19, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, Member News
Mukah, 18 Febuari 2009 - Satu kebakaran telah berlaku di Pasar Lama Mukah lewat petang tadi ( 1920 waktu tempatan ). Ini adalah kali kedua kebakaran besar berlaku di Pasar Lama Mukah. Blok bangunan lama yang terselamat dari kebakaran besar pada tahun 2001 kini telah habis hangus. Antara bangunan yang dikenal pasti terlibat ialah satu pusat arked permainan, kedai aksesori kereta dan beberapa restoran di sekitar bagunan lama tersebut. Punca sebenar kebakaran masih tidak dapat dikenal pasti. Diminta Agent24 yang berdekatan melaporkan lebih lanjut berita ini. Diminta para pembaca lebih berhati hati pada musim panas pada ketika ini. Jangan biarkan anak anak bermain dengan api atau apa apa punca yang boleh menyebabkan kebakaran.
Video ehsan warga tempatan
http://www.youtube.com/watch?v=uB7fOEpPpCk
http://www.youtube.com/watch?v=RXYb3EsjppM
http://www.youtube.com/watch?v=ehjYZmynWYM
http://www.youtube.com/watch?v=G0QkORmw3OI









