Lori Terbabas Di Selekoh Jalan Tatau-Bintulu
August 27, 2009 by dzul pxs
Filed under Agent24 Exclusive Report, Latest, News
Bintulu, 27 Ogos 2009 - Sebuah lori dipercayai hilang kawalan semasa memandu di satu selekoh di Jalan Tatau-Bintulu pagi tadi. Kemalangan yang berlaku pada awal pagi tadi dipercayai disebabkan keadaan jalan yang agak licin akibat hujan. Tiada sebarang kehilangan jiwa berlaku dan kemalangan hanya melibatkan satu kenderaan sahaja. Pemandu lori berkenaan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan teruk. Sewaktu sampai ke tempat kejadian, keadaan terkawal dan kelihatan ‘penarik kereta’ sudah berada ditempat kejadian.
Laporan daripada dzulpxs untuk berita pgx.com.my




