Sir Bobby Robson meninggal dunia akibat barah
LONDON: Bekas pengurus England dan Newcastle, Sir Bobby Robson meninggal dunia hari ini selepas bertarung kerana menghidap barah sejak beberapa tahun lalu.
Robson, 76, menghidapi pelbagai jenis barah dan ketumbuhan pada paru-parunya berjaya memperolah 20 cap kebangsaan mewakili skuad antarabangsa England.
Dia beralih kepada bidang pengurusan dan selepas kejayaan mengemudi pasukan Ipswich Town, dia memulakan tugas sebagai pengurus England pada 1982.
Apabila berjaya membawa England ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 1990, dia kembali kepada tugasnya sebagai pengurus termasuk membimbing PSV Eindhoven, Barcelona, Porto dan Newcastle United. – Agensi
Sumber : Berita Harian




