Hilang Kawalan Di Bukit Perabun Saratok

Saratok Ahad 25 Okt 2009 5petang – Satu kemalangan telah melibatkan kereta jenis Honda Civic EG8 dan sebuah Produa Myvi SE. Menurut cerita sumber,kemalangan berpunca dari kereta Honda Civic yang sedang “meroket” dari arah yang bertentangan tiba-tiba hilang kawalan lalu terus merempuh bahagian tepi/belakang Produa Myvi dan terus meluncur ke longkang.

Difahamkan sebatang tiang milik Telekom Malaysia juga telah tumbang akibat rempuhan Honda civic tersebut.Pemandu Honda Civic tersebut dilaporkan mengalami kecederan patah tangan kiri dan kini sedang dirawat dihospital Sibu.Manakala pemandu serta penumpang Produa Myvi tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

DSC02569DSC02588

Agent24 hajiejump melaporkan untuk http://www.pgx.com.my

Jadual Waktu Berbuka Puasa bagi Negeri Sarawak 1430H/2009M

August 27, 2009 by mahapower  
Filed under Articles, Latest, Mimbar Agama

Jadual waktu berbuka puasa bagi Negeri Sarawak 1430H/2009M mengikut Zon masing-masing :

http://www.pgx.com.my/forum/viewtopic.php?f=10&t=2670

Lori Terbabas Di Selekoh Jalan Tatau-Bintulu

August 27, 2009 by dzul pxs  
Filed under Agent24 Exclusive Report, Latest, News

1

Bintulu,  27 Ogos 2009  -  Sebuah lori dipercayai hilang kawalan semasa memandu di satu selekoh di Jalan Tatau-Bintulu pagi tadi.  Kemalangan yang berlaku pada awal pagi tadi dipercayai disebabkan keadaan jalan yang agak licin akibat hujan.  Tiada sebarang kehilangan jiwa berlaku dan kemalangan hanya melibatkan satu kenderaan sahaja.  Pemandu lori berkenaan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan teruk.  Sewaktu sampai ke tempat kejadian, keadaan terkawal dan kelihatan ‘penarik kereta’ sudah berada ditempat kejadian.

dzulfotografi/investigationscene
dzulfotografi/investigationscene
dzulfotografi/investigationscene

Laporan daripada dzulpxs untuk berita pgx.com.my

Program Cerapan/Melihat Anak Bulan Ramadhan 1430H

dzulfotografi - Program Cerapan Anak Bulan

Bintulu, 20 Ogos 2009 – Program mencerap anak bulan Ramadhan adalah program yang diadakan pada setiap tahun apabila kembalinya bulan Ramadhan. Setiap negeri diseluruh negara akan mengadakan aktiviti ini secara serentak pada masa dan tempat yang telah ditetapkan. Di Bintulu, program ini telah diadakan di Tanjung Batu dan dihadiri oleh semua Ketua-ketua Jabatan Kerajaan dan Swasta sekitar bandar Bintulu. Program yang bermula seawal jam 5 petang telah berjalan dengan lancar dan keadaan cuaca pada hari berkenaan amat mengizinkan walaupun agak berawan. Pada awalnya ramalan cuaca menjangkakan akan berlaku hujan disemua bahagian diseluruh Sarawak tetapi sehingga tamat program cerapan, keadaan cuaca sekitar Bintulu masih lagi elok.

Mengikut info yang diperolehi, anak bulan masih tidak kelihatan sehingga jam 6 petang kerana keadaan langit yang berawan sedikit sebanyak menganggu penglihatan semasa cerapan bulan dijalankan. Menurut sumber yang diperolehi, pada hari cerapan dilakukan, anak bulan dikatakan akan lebih awal tenggelam sebelum diikuti oleh matahari. Pada jam 6.30 petang, program cerapan dihentikan kerana anak bulan telah tenggelam dan sukar untuk dicerap lagi kerana keadaan tempat cerapan dibuat agak rendah (bagi kawasan cerapan di Bintulu). Keputusan yang diterima secara tidak sah telah menjangkakan hari mula berpuasa jatuh pada hari Sabtu, 22 Ogos 2009 (seperti yang telah tercatat dalam kalendar tahun 2009).

dzulfotografi - Program Cerapan Anak Bulan

Program ini juga mendapat liputan akhbar daripada salah satu media di Bintulu. Selain itu, beberapa ahli PGX, merangkap jurugambar bebas daripada Bintulu juga mengambil bahagian menjadi jurugambar dalam program tahunan ini.

Selamat Berpuasa dan setakat ini sahaja laporan daripada meja laporan agen dari Bintulu. – laporan oleh dzulpxs

Grand Finale Kuching Fest 2009

Grand Finale Kuching Fest 2009

PANGGUNG UDARA – 15hb Ogos 2009, Upacara penutupan pesta Kuching 2009 atau “Grand Finale Kuching Fest 2009″ diadakan di perkarangan panggung udara Kuching. Upacara penutupan ini dilakukan oleh Datuk YB IR HJ Daud HJ Abdul Rahman disaksikan oleh Datuk Bandar DBKU dan juga MBKS beserta warga Kuching yang lain. Selepas upacara penutupan, para pelawat dihiburkan dengan nyanyian dari penyanyi-panyanyi tempatan sehingga penutupan majlis pada jam 11 malam.

Pertandingan Safari Rakit Balleh

KAPIT- 09.08.09. Pertandingan Safari Rakit Balleh, telah dijalankan di Kapit.
Acara tahunan ini turut dsertai oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuk dr luar Kapit. Acara lain yang turut d adakan termasuk lumba perahu laju.

pgx-rakit-1pgx-rakit-6

Gambar oleh agent24 Kiky

Pesta Kuching 2009

August 5, 2009 by NOSInstall  
Filed under Berita PGX, Member News, News

KUCHING – 31hb July 2009 hingga 23hb Ogos 2009, Dewan Masyarakat Padungan menjadi tumpuan sekali lagi sebagaimana tahun-tahun sebelumnya dengan kemeriahan pesta kuching. Acara yang berlangsung hampir sebulan ini adalah bersempena dengan ulangtahun hari bandaraya dan menjanjikan pelbagai aktiviti menarik seperti gerai makanan, booth jualan, konsert dan banyak lagi. Marilah beramai-ramai warga kuching kita memeriahkan acara ini…

Agong rasmi bangunan baru DUN Sarawak

agong3

KUCHING 27 Julai — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini merasmikan bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak terletak di sebuah bukit sepanjang tebing Sungai Sarawak.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan juga Raja-raja Melayu atau wakil dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri.

Bumbung bangunan sembilan tingkat berharga RM300 juta itu berbentuk terendak, topi yang dipakai oleh masyarakat Melanau.
agong1
Reka bentuk dalamannya, yang menggabungkan pelbagai budaya Sarawak, dihasilkan oleh juruukir mahir dari Uzbekistan.

Mesyuarat ke-218 Majlis Raja-Raja akan berlangsung di bangunan baru itu esok dan lusa.

— BERNAMA

Drama Warkah Terakhir (Rosli Dhoby)

July 22, 2009 by se7enstar86  
Filed under Articles, Entertainment, Latest

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita – Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.

http://www.pgx.com.my/forum/viewtopic.php?f=47&t=2108

Kemalangan di bulatan roundabout Miri

MIRI: Sebuan Proton Iswara putih telah melanggar bahagian belakang sebuah Toyota Innova. Iswara tersebut telah remuk pada bahagian depannya. Dipercayai punca kemalangan akibat kecuaian. Kemalangan berlaku kira kira pukul 1 petang hari ini.

Jw_001..
Berhati hati di jalan raya!

Berita dilaporkan oleh agent24,Volcomers.

Next Page »