Biggest Outing Organized At Bintulu
March 10, 2010 by dzul pxs
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, Member News, News, Photography, featured

Bintulu, 6 Mac 2010 – Seramai hampir 35 orang jurugambar yang dikumpul diseluruh bandar Bintulu telah turut serta dalam satu aktiviti fotografi yang julung kalinya diadakan disekitar bandar Bintulu. Gabungan beberapa kumpulan fotografi yang terdiri daripada jurugambar junior, amatur dan juga jurugmbar senior berkumpul untuk sama-sama meluangkan masa hujung minggu berkongsi idea serta pengalaman dalam bidang fotografi.

Antara kumpulan-kumpulan tersebut adalah Fotosyntesis Photography, Rasa Best Photography, Dzulfotografi, Lomography dan juga Rizal Photography. Beberapa pengiat fotografi secara perseorangan juga turut serta dalam program yang diadakan bermula jam 2 petang bertempat di Esplanade Bintulu.
Antara pengisian program yang dianjur oleh Encik Rizal Julaihi (Rizal Photography) dan Encik Zulhafizan Jamel (Dzulfotografi), selaku penasihat, adalah sesi fotografi yang bertemakan “Gadis Kampung Masuk Bandar”, sambungan episod siri fotografi yang bertajuk “Gadis Kampung” yangtelah diadakan di satu kawasan sekitar Pekan Tatau tidak lama dahulu. Selain itu, tema fotografi “Lorong Belakang” juga sempat diadakan dan lokasi yang telah dipilih ialah lorong belakang bangunan. Dalam pada itu juga diselitkan sesi fotografi secara bebas dimana model-model yang turut serta diberi peluang untuk beraksi dengan gaya tersendiri dan jurugambar juga berpeluang untuk mengarah serta mengawal gaya serta ‘posing’ yagn dikehendaki. Interaksi seperti ini mendorong para jurugambar untuk lebih selesa mendapatkan hasil gambar yang menarik.
Antara objektif utama program ini adalah untuk menguji sejauh mana para jurugambar yang turut serta dapat mengaplikasi secara praktikal bagaimana untuk mengawal model yang disediakan dan memenuhi syarat dan tema yang diberikan. Selain itu juga, beberapa aspek penting dalam mengawal sifat malu dikhalayak ramai turut diajar kepada model dan juga jurugambar.
Program yang bermula dikawasan bandar berakhir di pantai Tanjung Batu, Bintulu. Sebelum berakhir, sesi fotografi bebas disambung semula dengan siri fotografi bebas dimana lokasi yang dipilih ialah di sekitar kawasan pantai. Dalam pada itu, jurugambar yang turut serta tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan masa yang ada dengan merakamkan detik indah senja ditepian pantai yang jarang ditemui kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.
Program berakhir sekitar jam 6.30 petang dan semua peserta program kembali ke rumah masing-masing dengan gembira dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang program berkenaan.
Laporan dari tempat kejadian oleh dzulpxs / agent24 untuk berita www.pgx.com.my



