Biggest Outing Organized At Bintulu
March 10, 2010 by dzul pxs
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, Member News, News, Photography, featured

Bintulu, 6 Mac 2010 – Seramai hampir 35 orang jurugambar yang dikumpul diseluruh bandar Bintulu telah turut serta dalam satu aktiviti fotografi yang julung kalinya diadakan disekitar bandar Bintulu. Gabungan beberapa kumpulan fotografi yang terdiri daripada jurugambar junior, amatur dan juga jurugmbar senior berkumpul untuk sama-sama meluangkan masa hujung minggu berkongsi idea serta pengalaman dalam bidang fotografi.

Antara kumpulan-kumpulan tersebut adalah Fotosyntesis Photography, Rasa Best Photography, Dzulfotografi, Lomography dan juga Rizal Photography. Beberapa pengiat fotografi secara perseorangan juga turut serta dalam program yang diadakan bermula jam 2 petang bertempat di Esplanade Bintulu.
Antara pengisian program yang dianjur oleh Encik Rizal Julaihi (Rizal Photography) dan Encik Zulhafizan Jamel (Dzulfotografi), selaku penasihat, adalah sesi fotografi yang bertemakan “Gadis Kampung Masuk Bandar”, sambungan episod siri fotografi yang bertajuk “Gadis Kampung” yangtelah diadakan di satu kawasan sekitar Pekan Tatau tidak lama dahulu. Selain itu, tema fotografi “Lorong Belakang” juga sempat diadakan dan lokasi yang telah dipilih ialah lorong belakang bangunan. Dalam pada itu juga diselitkan sesi fotografi secara bebas dimana model-model yang turut serta diberi peluang untuk beraksi dengan gaya tersendiri dan jurugambar juga berpeluang untuk mengarah serta mengawal gaya serta ‘posing’ yagn dikehendaki. Interaksi seperti ini mendorong para jurugambar untuk lebih selesa mendapatkan hasil gambar yang menarik.
Antara objektif utama program ini adalah untuk menguji sejauh mana para jurugambar yang turut serta dapat mengaplikasi secara praktikal bagaimana untuk mengawal model yang disediakan dan memenuhi syarat dan tema yang diberikan. Selain itu juga, beberapa aspek penting dalam mengawal sifat malu dikhalayak ramai turut diajar kepada model dan juga jurugambar.
Program yang bermula dikawasan bandar berakhir di pantai Tanjung Batu, Bintulu. Sebelum berakhir, sesi fotografi bebas disambung semula dengan siri fotografi bebas dimana lokasi yang dipilih ialah di sekitar kawasan pantai. Dalam pada itu, jurugambar yang turut serta tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan masa yang ada dengan merakamkan detik indah senja ditepian pantai yang jarang ditemui kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.
Program berakhir sekitar jam 6.30 petang dan semua peserta program kembali ke rumah masing-masing dengan gembira dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang program berkenaan.
Laporan dari tempat kejadian oleh dzulpxs / agent24 untuk berita www.pgx.com.my
PGX Photography Contest May 2009
May 3, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest
TEMA Bulan MAY… : Man At Work
Sempena menyambut Hari Pekerja…
SYARAT-SYARAT nya adalah :
1. Terbuka kepada semua warga forumer di http://WWW.PGX.COM.MY
2. Foto2 penyertaan mestilah asli dan hakmilik forumer / agent yg berkenaan.
3. Foto lucah atau separa lucah atau berunsurkan lucah dan menyalahi undang-undang adalah ditegah sama sekali. Sekiranya berlaku pihak kami tidak teragak2 utk membuang foto2 yg berkenaan.
4. Setiap penyertaan yang dihantar hendaklah mengikut tema yang diberikan. Sekiranya berlaku, foto2 yg dihantar tidak mematuhi atau tidak menepati syarat tema yg berkenaan, pihak kami akan membuang nya serta merta.
5. Maksima 3 foto setiap forumer & perlulah dihantar dlm satu POST sahaja
- saiz maksima adalah 800pixel x 600pixel (utk foto melintang) dan 600pixel x 800pixel (utk foto menegak)
6. Pemilihan 10 foto terbaik bagi keseluruhan foto yang dihantar.
- tempat pertama : 10 markah
- tempat kedua : 8 markah
- tempat ketiga : 6 markah
- tempat ke4 : 4 markah
- tempat ke-5 : 2 markah
- tempat ke6 sampai tempat ke-8 : 1 markah
- tempat ke 9 sampai ke tempat ke-10 : 0.5 markah
- bagi forumer yang mendapat markah tertinggi (tempat pertama , kedua dan ketiga) akan diberikan hadiah pada akhir pertandingan ini.
7. Keputusan para juri adalah muktamad.
8. Juri adalah terdiri dari otai2 PGX dan photog berpengalaman serta forumer d PGX.
- bagi tujuan ini , kami akan mengadakan “system polling” utk semua foto2 yg menyertai pertandingan tersebut. Forumer PGX bolehlah menyenaraikan pilihan masing2 utk foto2 berkenaan.
9. TIDAK DIBENARKAN untuk me-reply didalam topik berkenaan kecuali me-reply utk penyertaan sahaja.
10. Gambar mestilah mempunyai Template Agent24, dan di upload ke server PGX.
11. Pertandingan akan berlangsung hingga penghujung 2009. Point akan dikira, dan pemenang keseluruhan akan mendapat hadiah dari www.pgx.com.my.
12. Setiap bulan, akan ada 1 pertandingan, yang akan melibatkan 1 @ lebih tema.
13. Pertandingan bagi setiap tema akan berlangsung utk 2 minggu. Minggu ke 3 untuk pengadilan, dan pada minggu ke empat, keputusan akan di umum.
HANTARKAN PENYERTAAN ANDA DI SINI ~
http://www.pgx.com.my/forum/viewtopic.php?f=23&t=1387
[TUTORIAL] HDRi Photography (Photoshop and Photo-Dynamic HDR)
January 11, 2009 by themanwithnoname
Filed under Graphics, Latest, Photography, Tutorials
Salam sejahtera.

How to turn this..

Into this!

( Image courtesy of agent24, kiky_3603 )
From this..
To this..

Image courtesy of agent24: Rudy2k
Or from this..
To this!

Bagi Themanwithnoname Tutorials™ tutorials kali tok, kita akan belajar cara cara maok molah salah satu teknik dalam photography, iaitu High Dynamic Range image
*Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza terhadap preference HDRi. Untuk imej imej di dalam tutorial ini, ia adalah berdasarkan pilihan penulis.
*Kamera ‘piknik’ juga boleh memberikan hasil HDR asalkan ada fungsi ‘bracket’
HDRi photo dapat dicapai dengan lebih baik jika camera ada setting utk bracket shot.
Langkah-langkah asas untuk shoot gambar HDR.
1. Pilih lokasi sesuai,dan pengcahayaan yang sesuai. Imaginekan dalam otak giney gambar yang akan terhasil klak. Refer ” Golden Hour” utk dapat efek dramatik.
2. Pasangkan tripod jika ada.
3. Setkan kamera untuk ‘manual exposure’ Pilih aperture yang sesuai untuk scene anda. (contohnya f/8 atau kurang bagi mendapatkan depth) Cuba pakai ISO serendah mungkin.
4. Bagi permulaan, pakai auto bracketing. contohnya -2,0,+2.
5. Wired,wireles shutter amat berguna bagi mendapatkan gambar yang sik shaking.Tembak gambar sebanyak 3 kali (bergantung kepada setting) untuk mengambil 3 gambar yang sama berlainan exposure. Amat baik jika format RAW digunakan.
6. Process gambar gambar tadi.
Adobe Photoshop
1. Buka applikasi Adobe Photoshop, file>Automate>merge to HDR.

2. Pilih gambar yang berkenaan.

(Gambar disumbang oleh saudara Rudy2K)

3. Pada bahagian bit depth, disarankan untuk tukar jadi 16bit


5. Kemudian, adjustkan sehingga mencapai hasil yang diingini.
6. Bagi mendapatkan efek lebih mendalam, duplicate layer, kemudian ‘high pass’

7. Adjust opacity dan fill layer.

8. Duplicate layer lagi dan adjust shadow and highlights bagi layer ini.Teruskan bermain dengan setting sehingga hasil yang dihajati tercapai.
Photo-Dynamic HDR
Software ini adalah lebih mudah digunakan berbanding Photoshop bagi gambar HDRi. Tetapi harus diingat bahawa kedua dua software mempunyai kelemahan dan keistimewaan tersendiri.
Satu kelebihan software tok, nya dapat molah ‘fake’ HDR, maksudnya single file HDR.
1. Buka fail yang diingini.

2. Adjustkan exposure.

3. Alignkan gambar jika perlu. Dalam kes ini, sik perlu sbb gambar dah cun. ![]()

4. Klik Tone Map HDR

5. Adjustkan setting pada sebelah ruangan sebelah kiri dan kanan, dalam gambar dibah, kamek pakei ‘eye catching’. Iboh malu malu untuk bermain dengan setting filter: color, match color. Adjust gamma mun gambar terlalu terang atau terlalu gelap. Different pictures required different settings ![]()

6. Last sekali, process gambar tersebut,dan engkah template
Tips:
Touch up dari photoshop amat berguna, terutamanya untuk tambah awan, atau lighting.
*Credits for kiky,rudy,and kiswah for your help.
SELAMAT MENCUBA!



