Anak beranak maut dalam kemalangan di Sebangkoi
July 23, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Latest, News
SARIKEI,23 July 2009: Satu kejadian kemalangan maut melibatkan sebuah lori dan kenderaan buatan tempatan di jalan ke Sebangkoi pada hari ini. Lori tersebut dilaporkan hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta jenis myvi dari arah bertentangan menyebabkan pertembungan yang kuat berlaku dan kedua dua kenderaan tersebut jatuh ke dalam gaung. Lebih menyayat hati, myvi tersebut dihempap pula oleh lori tersebut. Pemandu myvi dan anaknya yang berumur enam bulan telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Berita oleh Agent24, hajiejump melaporkan untuk PGX.




