Agong rasmi bangunan baru DUN Sarawak
July 27, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, News
KUCHING 27 Julai — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini merasmikan bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak terletak di sebuah bukit sepanjang tebing Sungai Sarawak.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan juga Raja-raja Melayu atau wakil dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri.
Bumbung bangunan sembilan tingkat berharga RM300 juta itu berbentuk terendak, topi yang dipakai oleh masyarakat Melanau.

Reka bentuk dalamannya, yang menggabungkan pelbagai budaya Sarawak, dihasilkan oleh juruukir mahir dari Uzbekistan.
Mesyuarat ke-218 Majlis Raja-Raja akan berlangsung di bangunan baru itu esok dan lusa.
— BERNAMA




