Kemalangan Di Bulatan Siol Kandis, Kuching
September 4, 2009 by dzul pxs
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, Member News, News
Kuching, 3 September 2009 – Kerana sikap terburu-buru, satu kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan telah berlaku dengan tragik di Bulatan Siol Kandis tengahari tadi. Menurut sumber yang diperolehi dari tempat kejadian, kemalangan berlaku apabila kereta berjenama Naza yang berada dilaluan sebelah kiri, dalam bulatan berkenaan tidak memberi laluan kepada sebuah kenderaan berjenama Perodua Viva yang datang dari arah sebelah kanan kenderaan yang terbabit. Dalam keadaan laju dan tidak dapat dikawal, kereta Viva berkenaan yang mahu membelok ke sebelah kiri tidak sempat membrek dan terus melanggar tiang lampu di tepi bulatan tersebut sebelum dirempuh sekali lagi oleh kereta Naza yang berada dibelakang kereta terbabit.
Menurut sumber lagi, pemandu kedua-dua kenderaan berkenaan didapati sudah dihantar ke hospital ketika sumber datang ke tempat kejadian. Keadaan mangsa tidak diketahui lagi dan keadaan kereta mangsa rosak teruk terutamanya kereta Perodua Viva yang terbabit. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat berita ini diterima.
Foto ini dirakamkan dan disumbangkan oleh salah seorang ahli Kelab Fotografi Kenyalang (www.kfk.com.my) iaitu En. Rahiman Madli. (gambar seterusnya akan menyusul)
Laporan bukan dari secara langsung dari tempat kejadian. Oleh dzulpxs untuk berita PGX.
Lori Terbabas Di Selekoh Jalan Tatau-Bintulu
August 27, 2009 by dzul pxs
Filed under Agent24 Exclusive Report, Latest, News
Bintulu, 27 Ogos 2009 - Sebuah lori dipercayai hilang kawalan semasa memandu di satu selekoh di Jalan Tatau-Bintulu pagi tadi. Kemalangan yang berlaku pada awal pagi tadi dipercayai disebabkan keadaan jalan yang agak licin akibat hujan. Tiada sebarang kehilangan jiwa berlaku dan kemalangan hanya melibatkan satu kenderaan sahaja. Pemandu lori berkenaan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan teruk. Sewaktu sampai ke tempat kejadian, keadaan terkawal dan kelihatan ‘penarik kereta’ sudah berada ditempat kejadian.
Laporan daripada dzulpxs untuk berita pgx.com.my
Kemalangan Di Jambatan Satok
August 9, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, Member News, News
Kuching, 08 Aug 2009, Kemalangan yang melibatkan 4 buah kenderaan ini berlaku kira kira pukul 6 petang di atas jambatan satok kuching menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk. Menurut saksi di tempat kejadian, salah seorang dari mangsa mengalami patah kaki dan di kejarkan ke hospital berdekatan. Dua buah lagi kenderaan lain yang juga terlibat dalam kemalangan ini telahpun di alih dari tempat kejadian untuk mengelakan kesesakan terok terus berlaku.

Sekian saja laporan dari Kungfu_hustle untuk PGXian
Perodua Kancil Terbabas Di Jalan Selirik, Kapit
August 8, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Member News, News
KAPIT: – 7 August 2009, Jam 10.24pm, ketika saya dalam perjalanan balik dari pejabat, saya ternampak sebuah lori sedang mengangkat sebuah Perodua Kancil yang sedang berada dalam keadaan terbalik di dalam parit, Jalan Selirik.
(Lebih kurang KM3, Jalan Selirik).
Ketika berada di lokasi kejadian, saya nampak 2 orang polis sedang mengawal lalu lintas..
Daripada penyiasatan saya, saya dapati kemalangan ini hanya melibatkan sebuah Perodua Kancil berwarna hijau itu sahaja.
Keadaan kerosakan dan keadaan Perodua Kancil itu semasa saya dilokasi kejadian, agak teruk.
Jadi, saya kelaskan kemalangan ini sebagai ‘Lost Control due to High Speed’.
Agent24 Kiky, melaporkan untuk http://www.pgx.com.my
Kenderaan milik forumer PGX dilanggar dari belakang
August 8, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, Member News, News
KUCHING: Kira kira pukul 5.15 petang semalam waktu tempatan, sebuah motosikal yang ditunggang dalam kelajuan tinggi telah ‘menyuntut’ kenderaan seorang forumer dari belakang. Kejadian berlaku di Jalan Sultan Tengah. Kenderaan jenis Viva tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang. Pemandu viva tersebut tidak mengalami apa apa kecederaan tetapi penunggang motosikal dalam keadaan agak parah dan dikejarkan ke hospital berdekatan.
Agent24 melaporkan dari tempat kejadian.
Berhati hati ketika memandu. Ingatlah orang tersayang.
Pesanan khidmat masyarakat dari PGX.COM.MY
.
Kemalangan kecil di Bintulu di hadapan AMBank
August 3, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, News
Tempat: Depan Famous Mama @ Bintulu Town
Date:2 August 2009, Ahad
Time:6 PM -


BINTULU- Kemalangan kecil berlaku kira-kira jam 6 petang, 2 Ogos 2009 melibatkan sebuah Pacuan 4×4 Toyota Commonrail dan sebuah kereta Perodua VIva. Kemalangan berlaku ketika jalan sesak berhadapan AMBank/RTM dimana perlanggaran terjadi apabila kenderaan dihadapan membrek dengan tiba-tiba mengakibatkan Perodua Viva memberhentikan kenderaan berkenaan secara melulu lalu dirempuh oleh Toyota Commonrail dari belakang. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya remuk kecil saja pada Perodua Viva berkenaan. Kereta Viva berkenaan dipercayai milik isteri kepada kawan pemandu kenderaan berkenaan.
Pemandu Toyota Commonrail berkenaan adalah warga asing yang bekerja di salah sebuah syarikat yang menguruskan projek DAM Murum, Bakun dan beliau pada ketika itu dalam perjalanan balik ke kem Murum selepas selesai membeli stok barang makanan. Empunya kereta Viva berkenaan datang ke tempat kejadian setelah dihubungi oleh rakannya yang memandu kenderaan beliau yang terlibat dalam kemalangan kecil itu. Pemilik Viva berkenaan berkeras agar warga asing berkenaan membayar ganti rugi sebanyak RM1000 untuk menukar pintu belakang dan juga bumper belakang baru bagi kereta beliau. Perbincangan mengambil masa lebih dari sejam tetapi tidak mencapai kata sepakat kerana warga asing berkenaan hanya mahu membayar kos baikpulih sahaja. Seorang daripada ahli PGX.com (Agent24) cuba meleraikan permasalahan berkenaan dan memberi cadangan dimana ianya menguntungkan kedua-dua pihak dan akhirnya mereka bersetuju dengan cadangan yang diberikan. Situasi dapat dikawal, yang pada mulanya disangkakan satu pergaduhan akhirnya bersurai dengan aman.
Jalan sekitar bandar Bintulu dijangka akan sibuk buat seketika kerana orang ramai akan berpusu-pusu hadir ke tapak Pesta Layang-Layang 2009 yang telah bermula sejak semalam dan akan berterusan sehingga 9 Ogos 2009 nanti. Kemunculan artis AF7, Hafiz, Claudia dan Aisyah akan menyerikan lagi program berkenaan pada 4 Ogos 2009 nanti. Semua pemandu dan penunggang motosikal disarankan agar lebih berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan seperti ini belaku.
Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah insan yang tersayang.
Kemalangan di Jln Sultan Tengah (Depan Kuching Family Park)
August 3, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, News
sifoo melaporkan untuk berita pgx.com.my.
Waja Hampir Masuk Gaung di Kapit
July 28, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, Member News, News

Bilangan penumpang turut serta, tidak dapat dipastikan.Kecederaan yang dialami pemandu tidak dapat dipastikan.
Kesimpulannya, kemalangan ini saya klasifikasikan sebagai ‘Self Accident due to Lost Control’ ![]()
Pandu cermat, jiwa selamat, poket selamat…
Agent24, kiky_3603 melaporkan untuk http://www.pgx.com.my
Anak beranak maut dalam kemalangan di Sebangkoi
July 23, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Latest, News
SARIKEI,23 July 2009: Satu kejadian kemalangan maut melibatkan sebuah lori dan kenderaan buatan tempatan di jalan ke Sebangkoi pada hari ini. Lori tersebut dilaporkan hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta jenis myvi dari arah bertentangan menyebabkan pertembungan yang kuat berlaku dan kedua dua kenderaan tersebut jatuh ke dalam gaung. Lebih menyayat hati, myvi tersebut dihempap pula oleh lori tersebut. Pemandu myvi dan anaknya yang berumur enam bulan telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Berita oleh Agent24, hajiejump melaporkan untuk PGX.
Kemalangan di Batu 8
July 23, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Latest, News
KUCHING: Satu kemalangan di Batu Lapan tidak jauh dari kem tentera telah berlaku melibatkan sebuah lori dan kereta buatan tempatan. Kemalangan dipercayai disebabkan keadaan jalan yang licin. Kemalangan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Berita oleh agent24; fidelis79















