Kemalangan di jalan Sarikei-Selalang

SARIKEI, SELALANG, 6 FEBRUARI 2010, SABTU – Satu kemalangan sendiri telah berlaku iaitu seawal jam 4 pagi di jalan Sarikei – Selalang, seperti diceritakan oleh penduduk kampung Selalang ..Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Proton Gen2 yang didaftarkan di Sibu, dan seramai dua orang telah mengalami kecederaan ringan manakala salah seorang daripada mereka telah dimasukkan di Hospital Sarikei akibat kecederaan teruk di kepala dan badan..

Menghairankan, tiada laporan dibuat semenjak kemalangan itu terjadi sehinggalah salah seorang daripada rakan kami, seorang agen tarik kereta menerima panggilan daripada rakannya yang tinggal berhampiran..Sangkaan kami pada mulanya kemalangan itu baharu sahaja berlaku, namun terkejut sebaik sahaja mendengar cerita bahawa kemalangan itu sudah lama terjadi.Polis trafik juga sudah dimaklumkan dan mereka bergegas ke tempat kejadian.Sebelum itu, mereka tidak mengetahui tentang kejadian kemalangan itu. Dipercayai kereta itu gagal dikawal selepas melalui satu selekoh yang agak merbahaya lalu terus terbabas memasuki lorong jalan sebelah sebelum meluncur ke dalam parit..Melalui pengamatan kami, kereta itu dipandu laju berikutan kesan yang dapat dilihat dan kereta itu berpusing dua kali sebelum terbalik. Agent24 Mobydick9 , melaporkan utk http://www.pgx.com.my sekian, terima kasih.. gambar menceritakan segalanya..

gen2_2__agent24gen2_agent24

Kemalangan di Jalan Balai Ringin – Simunjan

SIMUNJAN, – Selang 30minit, dua kemalangan melibatkan 3 buah kereta telah berlaku di suatu kaki bukit, kilometer 90 Jalan Kuching – Sri Aman (Sempadan Balai Ringin & Simunjan). Kejadian pertama melibatkan sebuah Honda City yang dipandu oleh seorang doktor wanita berbangsa melayu telah terbabas ke dalam longkang setelah merempuh limpahan air yang bertakung di kaki bukit.

Kemalangan kedua berlaku kira-kira 30minit kemudian apabila sebuah Perodua Kancil yang dipandu oleh seorang jejaka bidayuh yang hensem (agent littlemonster17) turut merempuh limpahan air tersebut.Akibatnya, kenderaan beliau telah terbabas ke dalam semak samun. Rakannya pula, memandu Perodua Kelisa yang mengekori rapat di belakang juga gagal mengawal kenderaan, lalu terbabas ke dalam longkang yang dipenuhi air. Kedua-dua mangsa adalah dalam perjalanan menuju ke Miri setelah bercuti menyambut Hari Krismas di Kuching.

Kejadian ini terjadi kerana kesemua mangsa tidak menyedari bahawa limpahan air tersebut sebenarnya agak dalam, dan bukannya lopak air semata-mata. Walau bagaimanapun, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

pgx_crash01pgx_crash02
Menurut pihak polis & penduduk setempat, beberapa kemalangan telah terjadi di tempat yang sama pada malam sebelumnya. Ekoran dari kemalangan tersebut, pihak CMS telah bergegas ke tempat kejadian untuk memasang tanda amaran untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sekian dari saya, agent littlemonster17

Kemalangan di Jalan Bintangor-Sibu

December 15, 2009 by themanwithnoname  
Filed under Agent24 Exclusive Report, Latest, News

Jalan Bintangor – Sibu: Khamis. Satu kemalangan telah berlaku di Jalan Bintangor Siby kira kira pukul 1.30 tengah hari.

Sebuah kenderaan jenis Ford Ranger dipercayai hilang kawalan dan terbabas.

Tiada kecederaan serius dilaporkan.

Laporan oleh Agent24, evotechsurf@MIRI

Kereta menjunam dari tingkat 3, 2 maut di KB Mall, Kelantan.

December 7, 2009 by themanwithnoname  
Filed under Isu Semasa, Latest, News

Two died in freak shopping mall accident (Update)

BY SYED AZHAR

KOTA BARU:Two shoppers were killed after a driver lost control of her car on an upstairs open air parking of a mall, slamming the vehicle into a retaining wall before plunging down three stories.

Another shopper was seriously injured in the freak accident that occurred at 4.45pm when the mall in Jalan Hamzah was packed with weekend patrons.

Nurain Said, who was in the car when it plunged down, miraculously survived the 54-metre fall.

The dead have been identified as trainee nurses Siti Nuramira Shamsuddin, 19, and Siti Nurdiana Azman, 18, from a local college, both of whom died on the spot after being hit by falling debris.

Both Rashidah Ahmad Latif, 18, and Nurain have been admitted to the Raja Perempuan Zainab II Hospital with head injuries.

District OCPD ACP Zahruddin Abdullah said the original driver of the car – identified only as Sabri – had earlier gotten out of the car, which had stalled at the parking area.

He said Sabri then told his 17-year-old sister Nurain to get behind the wheel while he pushed the car in an attempt to jumpstart the engine.

ACP Zahruddin said while Sabri was pushing the car, the engine suddenly came to life, causing the car to lunge forward and smash into the retaining wall, which also served as the building’s ventilation airway.

He said Siti Nuramira, who was on the second floor of the building, and Siti Nurdiana, standing on the ground close to the escalator, could have died after being crushed by concrete debris.

“We are looking for Sabri and another woman identified as Nurul Atikah to assist police in their investigations for reckless driving,” he said.

A witness Hazura Ariffin, 25, said she heard a loud bang that shook the building.

“I thought it was an earthquake at first. I was shocked to see the wrecked car lying in the middle of the mall between the escalators,” she said.

Police had since cordoned off the building and advised all patrons to vacate the building to avoid further casualties.

Crowds waiting outside the mall attracted the curiousity of motorists, causing serious traffic jam along the road. Traffic only resumed to normal two hours later.

News source: The Star

Pictures credits to various sources.

keto3kbmallruntuh5kbmallruntuh6kbmallruntuh9knmall2kbmallruntuh8

Kemalangan di hadapan Masjid Luak,Miri

MIRI: Satu kemalangan yang tidak diketahui puncanya telah berlaku kira kira pukul 7 petang tadi. Sebuah viva putih dan bas terbabit dalam kemalangan tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

pgx_eksiden_luakpgx_eksiden_luak_2

Hilang Kawalan Di Bukit Perabun Saratok

Saratok Ahad 25 Okt 2009 5petang – Satu kemalangan telah melibatkan kereta jenis Honda Civic EG8 dan sebuah Produa Myvi SE. Menurut cerita sumber,kemalangan berpunca dari kereta Honda Civic yang sedang “meroket” dari arah yang bertentangan tiba-tiba hilang kawalan lalu terus merempuh bahagian tepi/belakang Produa Myvi dan terus meluncur ke longkang.

Difahamkan sebatang tiang milik Telekom Malaysia juga telah tumbang akibat rempuhan Honda civic tersebut.Pemandu Honda Civic tersebut dilaporkan mengalami kecederan patah tangan kiri dan kini sedang dirawat dihospital Sibu.Manakala pemandu serta penumpang Produa Myvi tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

DSC02569DSC02588

Agent24 hajiejump melaporkan untuk http://www.pgx.com.my

Kemalangan Di Jambatan Masja, Kuching

dzulpxs

Kuching, 26 September 2009 – Sebuah kancil terbabas disisi jalan dipercayai gagal dikawal kerana kerosakan pada bahagian stering kenderaaan berkenaan. Menurut mangsa, beliau gagal mengawal kenderaan yang dipandunya lalu terbabas dan terbalik disisi jambatan Masja. Dalam situasi berkenaan, kancil berkenaan dikatakan berselisih dengan sebuah Proton Saga (Model Baru) sebelum terbabas dan terbalik. Proton berkenaan yang melalui laluan bersebalahan selamat daripada dirempuh oleh Perodua Kancil berkenaan.

Tiada sebarang korban nyawa dilaporkan dan mangsa (pemandu Perodua Kancil) hanya luka ringan tetapi kereta beliau rosak teruk. Saya yang melalui jalan berkenaan terus membuat liputan walaupun keadaan pada ketika itu seperti berada didalam oven (panas terik). Laporan mungkin terlewat sedikit kerana masalah server down dan sukar untuk membuat laporan.

Lokasi : Jambatan Masja, Kuching
Masa : Tengahari (Jam 1 tengahari)
Tarikh : 26 September 2009 (Sabtu-raya ke-7)

Sekian. Berita daripada dzulpxs untuk berita pgx.

Kemalangan Di Bulatan Siol Kandis, Kuching

rahimanmadli

rahimanmadli

rahimanmadli

rahimanmadli

Kuching, 3 September 2009 – Kerana sikap terburu-buru, satu kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan telah berlaku dengan tragik di Bulatan Siol Kandis tengahari tadi.  Menurut sumber yang diperolehi dari tempat kejadian, kemalangan berlaku apabila kereta berjenama Naza yang berada dilaluan sebelah kiri, dalam bulatan berkenaan tidak memberi laluan kepada sebuah kenderaan berjenama Perodua Viva yang datang dari arah sebelah kanan kenderaan yang terbabit.  Dalam keadaan laju dan tidak dapat dikawal, kereta Viva berkenaan yang mahu membelok ke sebelah kiri tidak sempat membrek dan terus melanggar tiang lampu di tepi bulatan tersebut sebelum dirempuh sekali lagi oleh kereta Naza yang berada dibelakang kereta terbabit.

Menurut sumber lagi, pemandu kedua-dua kenderaan berkenaan didapati sudah dihantar ke hospital ketika sumber datang ke tempat kejadian.  Keadaan mangsa tidak diketahui lagi dan keadaan kereta mangsa rosak teruk terutamanya kereta Perodua Viva yang terbabit.  Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat berita ini diterima.

rahimanmadli

rahimanmadli

rahimanmadli

rahimanmadli

Foto ini dirakamkan dan disumbangkan oleh salah seorang ahli Kelab Fotografi Kenyalang (www.kfk.com.my) iaitu En. Rahiman Madli. (gambar seterusnya akan menyusul)

Laporan bukan dari secara langsung dari tempat kejadian. Oleh dzulpxs untuk berita PGX.

Lori Terbabas Di Selekoh Jalan Tatau-Bintulu

August 27, 2009 by dzul pxs  
Filed under Agent24 Exclusive Report, Latest, News

1

Bintulu,  27 Ogos 2009  -  Sebuah lori dipercayai hilang kawalan semasa memandu di satu selekoh di Jalan Tatau-Bintulu pagi tadi.  Kemalangan yang berlaku pada awal pagi tadi dipercayai disebabkan keadaan jalan yang agak licin akibat hujan.  Tiada sebarang kehilangan jiwa berlaku dan kemalangan hanya melibatkan satu kenderaan sahaja.  Pemandu lori berkenaan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan teruk.  Sewaktu sampai ke tempat kejadian, keadaan terkawal dan kelihatan ‘penarik kereta’ sudah berada ditempat kejadian.

dzulfotografi/investigationscene
dzulfotografi/investigationscene
dzulfotografi/investigationscene

Laporan daripada dzulpxs untuk berita pgx.com.my

Kemalangan Di Jambatan Satok

Kuching, 08 Aug 2009, Kemalangan yang melibatkan 4 buah kenderaan ini berlaku kira kira pukul 6 petang di atas jambatan satok kuching menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk. Menurut saksi di tempat kejadian, salah seorang dari mangsa mengalami patah kaki dan di kejarkan ke hospital berdekatan. Dua buah lagi kenderaan lain yang juga terlibat dalam kemalangan ini telahpun di alih dari tempat kejadian untuk mengelakan kesesakan terok terus berlaku.
pgx4

pgx8pic1

Sekian saja laporan dari Kungfu_hustle untuk PGXian

Next Page »