Helikopter rombongan TPM terhempas di Sibu
April 11, 2011 by themanwithnoname
Filed under Berita PGX, Latest, News, featured

SIBU,11 April 2011: Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Sibu Townsquare. Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu. Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare. “Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh dari ketinggian 10 kaki,” katanya. Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital. Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.
From
http://malaysiakini.com/news/161213 Apr 11, 11 2:45pm
Helikopter terbalik di Santubong
July 7, 2010 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, News
Helikopter Eurocopter PDRM terbalik, dua krew terselamat
07/07/2010 12:43pm
Oleh SOPI SOMALIE
KUCHING 7 Julai – Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis Eurocopter mengalami kemalangan semasa menjalani latihan di kawasan Santubong dekat sini pagi ini.
Kejadian yang mengakibatkan helikopter itu terbalik berlaku ketika pesawat berkenaan cuba mendarat pada pukul 9.50 pagi.
Bagaimanapun dua krew pesawat berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. – Utusan
Discussion here
http://www.pgx.com.my/forum/viewtopic.php?f=24&t=15462








