Grand Finale Kuching Fest 2009
August 16, 2009 by NOSInstall
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Member News

PANGGUNG UDARA – 15hb Ogos 2009, Upacara penutupan pesta Kuching 2009 atau “Grand Finale Kuching Fest 2009″ diadakan di perkarangan panggung udara Kuching. Upacara penutupan ini dilakukan oleh Datuk YB IR HJ Daud HJ Abdul Rahman disaksikan oleh Datuk Bandar DBKU dan juga MBKS beserta warga Kuching yang lain. Selepas upacara penutupan, para pelawat dihiburkan dengan nyanyian dari penyanyi-panyanyi tempatan sehingga penutupan majlis pada jam 11 malam.



