Awangku Omar mengakhiri penantian 26 tahun sarawak
July 20, 2009 by admin
Filed under Isu Semasa, Latest
Awangku Omar daripada Bintulu Sarawak muncul juara qari pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 di Dewan Canselor Universiti Petronas (UTP) di sini pada sabtu lepas.

Awangku Omar menerima piala daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah
Awangku Omar Asfuaddin yang menerima 81 markah turut menerima hadiah sama yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Sementara itu, peserta tuan rumah, Anuar Hasin muncul naib juara qari selepas memperoleh 80.33 markah diikuti Abdullah Abdul Wahid dari Sabah di tempat ketiga dengan 79.67 markah.
Johan qari tahun lalu, Shamsul Ariffin Supian dari Perak sekadar mendapat saguhati.
Bagi kategori qariah pula, Nor Azrah Ayub dari Johor di tempat kedua selepas mendapat 79.67 markah mengatasi Normalina Alias dari Wilayah Persekutuan di tempat ketiga dengan 76.33 peratus markah.
Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan RM5,000 serta cenderamata dan sijil penyertaan.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
Bas terbabas masuk longkang
June 22, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Member News
BINTULU: Sebuah bas terbabas masuk ke dalam longkang setelah bertembung dengan sebuah lori kira kira pukul 1130 pagi tadi. Kemalangan juga melibatkan sebuah kancil. Nasib mangsa tidak diketahui ketika berita ditulis.
Kemalangan pada awal pagi tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Punca sebenar kemalangan belum diketahui lagi.
Agent24,toys




