Kemalangan Di Jambatan Masja, Kuching
October 7, 2009 by dzul pxs
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, Member News, News
Kuching, 26 September 2009 – Sebuah kancil terbabas disisi jalan dipercayai gagal dikawal kerana kerosakan pada bahagian stering kenderaaan berkenaan. Menurut mangsa, beliau gagal mengawal kenderaan yang dipandunya lalu terbabas dan terbalik disisi jambatan Masja. Dalam situasi berkenaan, kancil berkenaan dikatakan berselisih dengan sebuah Proton Saga (Model Baru) sebelum terbabas dan terbalik. Proton berkenaan yang melalui laluan bersebalahan selamat daripada dirempuh oleh Perodua Kancil berkenaan.
Tiada sebarang korban nyawa dilaporkan dan mangsa (pemandu Perodua Kancil) hanya luka ringan tetapi kereta beliau rosak teruk. Saya yang melalui jalan berkenaan terus membuat liputan walaupun keadaan pada ketika itu seperti berada didalam oven (panas terik). Laporan mungkin terlewat sedikit kerana masalah server down dan sukar untuk membuat laporan.
Lokasi : Jambatan Masja, Kuching
Masa : Tengahari (Jam 1 tengahari)
Tarikh : 26 September 2009 (Sabtu-raya ke-7)
Sekian. Berita daripada dzulpxs untuk berita pgx.
Bonus Kepada Kakitangan Awam Kumpulan Sokongan
September 12, 2009 by dzul pxs
Filed under Isu Semasa, News
Cuepacs Berterima Kasih Kepada Kerajaan Atas Bantuan Khas Kewangan
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan Rabu.
“Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam,” kata setiausaha agungnya Ahmad Shah Mohd Zin ketika dihubungi.
Beliau berharap kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.
Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahn akhir tahun ini.
Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.
– BERNAMA
laporan oleh dzulpxs untuk www.pgx.com.my



