AGENT24 REPORT: Sepang F1 2010
April 5, 2010 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, News, Sports, featured
LITAR ANTARABANGSA SEPANG, 4 APRIL: Pasukan Red Bull sememangnya memerlukan kemenangan besar untuk kembali untuk berentap merebut kemenangan keseluruhan, dan Sebastian Vettel membawa harapan Red Bull ke arah tersebut dengan memenangi tempat pertama di pusingan akhir F1 di sini semalam.
Keadaan litar yang kering sejak dari pagi, membolehkan Mark Webber juga dari Red Bull untuk mendapat tempat ke-2.
Para Agent24, kiky_3606 dan themanwithnoname serta seorang forumer PGX yang disegani, nick platini tiba di Litar kira kira pukul 4 petang bagi menyaksikan pertarungan hebat ini.
Vettel menguasai tempat di hadapan bersama rakan pasukannya, sekali sekala mendapat saingan dari pasukan McLarens Lewis Hemiltion. Webber sentiasa mengawasi rapat dengan Vettil sehingga ke pit stop dimana beliau telah ketinggalan sebanyak 2 setengah saat disebabkan masalah teknikal pada tayarnya, dan akhirnya menamatkan perlumbaan dengan ketinggalan 4 saat dibelakang.
Nico Roseberg satu satunya pemandu dari Mercedes GP dan menghabiskan perlumbaan di tempat ke tiga. Lagenda F1, Micheal Shumacher bersama rakan pasukan Robert Kubica mendapat mata untuk Renault.
Keputusan keseluruhan dari perlumbaan ini telah mengubah jumlah mata keseluruhan, di mana Massa mendahului dengan 39 mata dihadapan Alonso dan Vettel, 37 mata, Button 35, Hamilton dan Kubica 30. Keseluruhannya Ferrari masih menguasai F1 dengan 76 , mata, McLaren 66, Red Bull 61, Mercedes 44 dan Renault 30
Dimaklumkan bahawa F1 2010 adalah antara perlumbaan yang paling meriah dicatatkan dalam sejarah F1 di Malaysia



More than 100 pictures here..
http://www.pgx.com.my/forum/viewtopic.php?f=22&t=11131&p=137479#p137479



