Kemalangan di hadapan Masjid Luak,Miri
November 22, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, Member News, News
MIRI: Satu kemalangan yang tidak diketahui puncanya telah berlaku kira kira pukul 7 petang tadi. Sebuah viva putih dan bas terbabit dalam kemalangan tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Hilang Kawalan Di Bukit Perabun Saratok
October 28, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Isu Semasa, Latest, Member News, News
Saratok Ahad 25 Okt 2009 5petang – Satu kemalangan telah melibatkan kereta jenis Honda Civic EG8 dan sebuah Produa Myvi SE. Menurut cerita sumber,kemalangan berpunca dari kereta Honda Civic yang sedang “meroket” dari arah yang bertentangan tiba-tiba hilang kawalan lalu terus merempuh bahagian tepi/belakang Produa Myvi dan terus meluncur ke longkang.
Difahamkan sebatang tiang milik Telekom Malaysia juga telah tumbang akibat rempuhan Honda civic tersebut.Pemandu Honda Civic tersebut dilaporkan mengalami kecederan patah tangan kiri dan kini sedang dirawat dihospital Sibu.Manakala pemandu serta penumpang Produa Myvi tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.


Agent24 hajiejump melaporkan untuk http://www.pgx.com.my
Kemalangan Di Jambatan Masja, Kuching
October 7, 2009 by dzul pxs
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, Member News, News
Kuching, 26 September 2009 – Sebuah kancil terbabas disisi jalan dipercayai gagal dikawal kerana kerosakan pada bahagian stering kenderaaan berkenaan. Menurut mangsa, beliau gagal mengawal kenderaan yang dipandunya lalu terbabas dan terbalik disisi jambatan Masja. Dalam situasi berkenaan, kancil berkenaan dikatakan berselisih dengan sebuah Proton Saga (Model Baru) sebelum terbabas dan terbalik. Proton berkenaan yang melalui laluan bersebalahan selamat daripada dirempuh oleh Perodua Kancil berkenaan.
Tiada sebarang korban nyawa dilaporkan dan mangsa (pemandu Perodua Kancil) hanya luka ringan tetapi kereta beliau rosak teruk. Saya yang melalui jalan berkenaan terus membuat liputan walaupun keadaan pada ketika itu seperti berada didalam oven (panas terik). Laporan mungkin terlewat sedikit kerana masalah server down dan sukar untuk membuat laporan.
Lokasi : Jambatan Masja, Kuching
Masa : Tengahari (Jam 1 tengahari)
Tarikh : 26 September 2009 (Sabtu-raya ke-7)
Sekian. Berita daripada dzulpxs untuk berita pgx.
Kemalangan Di Bulatan Siol Kandis, Kuching
September 4, 2009 by dzul pxs
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, Member News, News
Kuching, 3 September 2009 – Kerana sikap terburu-buru, satu kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan telah berlaku dengan tragik di Bulatan Siol Kandis tengahari tadi. Menurut sumber yang diperolehi dari tempat kejadian, kemalangan berlaku apabila kereta berjenama Naza yang berada dilaluan sebelah kiri, dalam bulatan berkenaan tidak memberi laluan kepada sebuah kenderaan berjenama Perodua Viva yang datang dari arah sebelah kanan kenderaan yang terbabit. Dalam keadaan laju dan tidak dapat dikawal, kereta Viva berkenaan yang mahu membelok ke sebelah kiri tidak sempat membrek dan terus melanggar tiang lampu di tepi bulatan tersebut sebelum dirempuh sekali lagi oleh kereta Naza yang berada dibelakang kereta terbabit.
Menurut sumber lagi, pemandu kedua-dua kenderaan berkenaan didapati sudah dihantar ke hospital ketika sumber datang ke tempat kejadian. Keadaan mangsa tidak diketahui lagi dan keadaan kereta mangsa rosak teruk terutamanya kereta Perodua Viva yang terbabit. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat berita ini diterima.
Foto ini dirakamkan dan disumbangkan oleh salah seorang ahli Kelab Fotografi Kenyalang (www.kfk.com.my) iaitu En. Rahiman Madli. (gambar seterusnya akan menyusul)
Laporan bukan dari secara langsung dari tempat kejadian. Oleh dzulpxs untuk berita PGX.
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 Peringkat Negeri Sarawak
August 31, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, News
Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak.

Gambar oleh Mahapower
Program Cerapan/Melihat Anak Bulan Ramadhan 1430H
August 21, 2009 by dzul pxs
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, Member News, News

Bintulu, 20 Ogos 2009 – Program mencerap anak bulan Ramadhan adalah program yang diadakan pada setiap tahun apabila kembalinya bulan Ramadhan. Setiap negeri diseluruh negara akan mengadakan aktiviti ini secara serentak pada masa dan tempat yang telah ditetapkan. Di Bintulu, program ini telah diadakan di Tanjung Batu dan dihadiri oleh semua Ketua-ketua Jabatan Kerajaan dan Swasta sekitar bandar Bintulu. Program yang bermula seawal jam 5 petang telah berjalan dengan lancar dan keadaan cuaca pada hari berkenaan amat mengizinkan walaupun agak berawan. Pada awalnya ramalan cuaca menjangkakan akan berlaku hujan disemua bahagian diseluruh Sarawak tetapi sehingga tamat program cerapan, keadaan cuaca sekitar Bintulu masih lagi elok.
Mengikut info yang diperolehi, anak bulan masih tidak kelihatan sehingga jam 6 petang kerana keadaan langit yang berawan sedikit sebanyak menganggu penglihatan semasa cerapan bulan dijalankan. Menurut sumber yang diperolehi, pada hari cerapan dilakukan, anak bulan dikatakan akan lebih awal tenggelam sebelum diikuti oleh matahari. Pada jam 6.30 petang, program cerapan dihentikan kerana anak bulan telah tenggelam dan sukar untuk dicerap lagi kerana keadaan tempat cerapan dibuat agak rendah (bagi kawasan cerapan di Bintulu). Keputusan yang diterima secara tidak sah telah menjangkakan hari mula berpuasa jatuh pada hari Sabtu, 22 Ogos 2009 (seperti yang telah tercatat dalam kalendar tahun 2009).

Program ini juga mendapat liputan akhbar daripada salah satu media di Bintulu. Selain itu, beberapa ahli PGX, merangkap jurugambar bebas daripada Bintulu juga mengambil bahagian menjadi jurugambar dalam program tahunan ini.
Selamat Berpuasa dan setakat ini sahaja laporan daripada meja laporan agen dari Bintulu. – laporan oleh dzulpxs
Merdeka Cup : Piala Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan
August 18, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Isu Semasa, Latest, News, Sports
2. Miri Mix Blood (Miri)
3. PPS Dead Star (Bintulu)
4. PPS Troopers (Bintulu)
5. Last Limbo Man aka LLM (Miri)
6. 3T (Brunei)
7. Left 4 Dead (Miri)
8. Nippon Oil (Miri)
Sabtu 15/08/09
1400 – 1700 – Walk on the field kepada semua team/pemain
Sunday 16/08/09
0700 – 0740 – Pendaftaran Team/Permain *
0740 – 0800 – Q n A dgn penganjur
0800 – 1200 – Petandingan dimulakan
1200 – 1230 – Rehat makan tengahari
1230- 1700 – Disambung dan tamat.
*Jika ada team yang kurang dari 4 pemain masa pendaftaran, maka penyertaan akan dibatalkan.
Tertakluk pada terma dan syarat.
Photoshoot & TT Session : Miri Chapter
August 17, 2009 by naliazor
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest
LAPORAN PGXVC PHOTOSHOOT MIRI CHAPTER AND TT SESSION
DATE: 16 AUG 2009(SUN)
TIME: 1630pm (GMT +8)
LOCATION: GRAND OLD LADY a.k.a BUKIT AKINA
Sebanyak 24 buah kenderaan milik PGXC Miri menghadiri aktiviti tersebut. Terdapat juga kelab kereta lain yang turut menyertai aktiviti yang sihat ini. Antara nya adalah Satria Neo club, Team Imperialis, Street Glow Team dan SIC Borneo Crew. Aktiviti berjalan seperti biasa dan ia bkn sahaja photoshoot tetapi adalah satu aktiviti suai kenal a.k.a ice breaking session. Kita saling kenal berkenalan dan berhibur. Selepas photoshoot, kami ke kedai mkn bernama usuf cafe di Waterfront Miri untuk menjamu selera dan membasahi tekak dan gusi yang kering setelah gelak ketawa pada photoshoot itu.
Sekian dari saya, VOLCOMERS
First of all, I would like to thank Allah S.W.T for giving us a perfect weather to run our activity smoothly. Thanx to all otai2 PGXian, especially to en. naliazor for become a MC for awhile…hehehe!!!!and very special thanx to all photographers with their weapons…..!!!!hehehe!!!THNX ALOT!!!!!!!!!!!!!!
[Tutorial] Planet PGX Wallpaper!
August 14, 2009 by themanwithnoname
Filed under Graphics, Latest, Tutorials, featured
Salam sejahtera. Kali tok kita kan stadi cara cara molah planet dikpun/wallpaper kedak di atas. .
Software: Adobe Phototshop CS3
Klik jak gambar dibah tok untuk penjelasan lebih besar. Selamat mencuba!
Pertandingan Safari Rakit Balleh
August 11, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, Member News, News
KAPIT- 09.08.09. Pertandingan Safari Rakit Balleh, telah dijalankan di Kapit.
Acara tahunan ini turut dsertai oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuk dr luar Kapit. Acara lain yang turut d adakan termasuk lumba perahu laju.
Gambar oleh agent24 Kiky
















