HAFIZ JUARA AF7
Debaran transformasi AF7 berakhir apabila Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawak diumumkan sebagai juara Akademi Fantasia Musim Ketujuh di Stadium Putra, Bukit Jalil, seperti yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104)
Dengan memperolehi undian sms terbanyak daripada penonton, Hafiz telah menjadi pilihan majoriti masyarakat Malaysia untuk menjuarai musim ketujuh program realiti hiburan terbitan Astro yang paling popular di Malaysia itu.
Dengan kejayaan itu juga, hafiz telah melonjakkan nama sebagai anak sarawak pertama yang berjaya menjadi juara Akademi Fantasia.

Hafiz, Juara AF7
Hafiz berjaya membawa pulang kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, Percutian Ke New York Untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), Camera U130 (Olympus), Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), Jam Tangan Hugo Boss (Hugo Boss), Brand Innershine untk dinikmati selama 1 tahun (Cerebos), Nokia 5730 Xpress Music (Nokia), wang tunai RM20, 000 serta trofi.
Sementara itu, Khairil Azam Pilus atau Aril, 24 dari Kuala Lumpur yang diumumkan sebagai naib juara bagi musim ini pula seperti biasa tidak mengecewakan apabila sentiasa tampil dengan aksi dan persembahan yang cukup berani, tersendiri serta menghiburkan menerusi lagu Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi serta lagu baru Toksik
Dengan kemenangan itu, Aril yang kini digelar ikon di kalangan peminat remajanya berjaya membawa pulang hadiah berbentuk baucer percutian bernilai RM,3000 tajaan Maybelline, Camera U1030 (Olympus), Karaoke Set Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai (MPS Advance), jam tangan Hugo Boss (Hugo Boss), wang tunai RM10,000 serta trofi
Tempat ketiga menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu terakhir AF7. Kemenangan itu, sekaligus melayakkan Akim .untuk memenangi baucer percutian bernilai RM2,000 tajaan Maybelline, Camera F3320 (Olympus), wang tunai RM8,000 serta trofi
Berasal dari Johor Bahru, Johor Akim telah berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru Bengang dengan kejutan yang mantap
Mohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat keempat apabila menyampaikan lagu Dewa 19 berjudul Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus, wang tunai RM3,000 serta trofi
Ismaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila dia hanya sekadar berjaya menduduki tempat ke-5 dalam konsert akhir AF7 ini menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan…Godaan hasil ciptaan Zul suaminya sendiri
Konsert selama 3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radio rasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Ia turut menampilkan segmen persembahan daripada bekas pelajar AF7 yang tersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini dan Sidi
Selain itu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6 terdahulu Stacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7 sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yang dipopularkan band muzik Bunkface
Konsert final hebat itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dan menampilkan pengacara diari AF7, Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie
Semua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya upacara graduasi akademi sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi
Berikut adalah kedudukan undian pada malam ini
Kedudukan undian sebelum konsert bermula
PELAJAR PERATUSAN (%)
HAFIZ 44
ARIL 22
YAZID 15
AKIM 13
ISMA 6
Kedudukan undian selepas undian ditutup
HAFIZ 46
ARIL 22
AKIM 18
YAZID 9
ISMA 5
AFUNDI:Hafiz
May 13, 2009 by themanwithnoname
Filed under Isu Semasa, Latest, Member News
JASA family member (the 3rd generation)
Dilahirkan pada 27 Februari 1990. Merupakan anak sulung dan anak tunggal lelaki dalam 3 beradik.
Umur :19 tahun
Status :Single
Schools : Wan Chu Kindergarten, Kch, Swak (1994)
Tadika BINA, Kch, Swak (1995-1996)
SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kch, Swak (1997-2002)
SMK Song, Kapit, Swak (Jan-Jun 2003);
SMK Semerah Padi, Kch, Swak (Jul-Dec 2003)
SMK St Joseph, Kch, Swak (2004-2007)
PTPL, Kch, Swak (2008-Present) Student of Diploma In Hospitality & Tourism Mgmt
Hobbies : Singing, playing guitar reading books and cooking.
Zodiac Sign: Pisces
(dari rindok.com)
Akademi Fantasia musim ke – 7 hampir ke kemuncaknya. Pelajar yang berasal dari Sarawak, Mohd Hafiz dijangkakan akan menjadi bakal juara pada musim ini. Dengan bakat yang diakui ramai, beliau telah berjaya menempuh minggu ke-5 dengan jayanya.
p/s-Ibohlah disebabkan kekurangan undi peminat atau faktor penyanyi berbakat tok berasal dari Sarawak nya tersingkir di saat saat akhir. Marilah kita sama sama menyokong bakat dari Kuching tok.
Dapat juak mempromosi Sarawak klak mun nya dah menang




