PPS SYNDROME 3rd Place MPOC 2009
January 12, 2009 by deadpgx
Filed under Berita PGX, Latest, Paintball


Kejohanan Malaysian Paintball Official Circuit siri pertama telah berlangsung di Xtion Paintball Bukit Jalil pada 10-11 Januari 2009. Siri pertama tahun 2009 dimeriahkan dengan pasukan pasukan baru dan lama yang beraksi dalam 4 divisyen.
Pasukan tunggal dari negeri Sarawak iaitu PPS Syndrome telah beraksi di divisyen 3 bersama sama 15 pasukan lain dari Malaysia dan Singapura.
Pada hari pertama kejohanan pps syndrome, pasukan dari persatuan paintball Sarawak telah menang 2 dari 5 perlawanan iaitu perlawanan menentang pasukan damnation dari singapura dan demon Lucifer dari Malaysia. Manakala untuk 3 perlawanan pps syndrome telah tewas menentang pasukan redseven dari singapura, eastsiderz dari trengganu dan oscar legion x dari kuala Lumpur.
Saingan hari kedua pps syndrome meneruskan sisa perjuangan dengan 5 perlawanan..
Saingan hari kedua pps syndrome menemui rentak apabila menang 4 dari 5 perlawanan.
PPS Syndrome telah berjaya menewaskan pasukan Ghost Destructo, Zerofreak(Kedah),Dark Angels,Vww(Pulau Pinang) dan telah tewas kepada DND.
Dalam perlawanan suku akhir PPS SYNDROME telah berjaya mengalahkan pasukan Red Seven dari Singapura dan Holy Divers dari Trengganu. PPS Syndrome telah tewas kepada pasukan Oscar Legion X dalam saingan peringkat saingan berkenaan . Ini telah melayakkan dan melakar sejarah bagi pasukan paintball dari persatuan paintball Sarawak apabila telah mara ke peringkat separuh akhir Malaysian Paintball Official Circuit 2009.
Dalam aksi separuh akhir nasib tidak menyebelahi pasukan pps syndrome apabila tewas kepada
Pasukan dari johor iaitu JB Syndicate. Namun demikian PPS Syndrome bekerja keras untuk memastikan tempat ketiga adalah milik mutlak pasukan dari Sarawak dan ianya membuahkan hasil apabila berjaya menewaskan pasukan Urban X untuk merangkul tempat ketiga .
Juara bagi divisyen 3 adalah JB Syndicate dan Naib Juara adalah Oscar Legion.
Bagi kategori 1 dan 2 pemenangnya adalah seperti berikut :-
DIVISION 1 – M7
Champion: X-FOX
1st Runner-up: MATRIX ENTOURAGE
2nd Runner-up: RASKAL
DIVISION 2 – M5
Champion: MATRIX ENTOURAGE LEMON RUSKI
1st Runner-up: JOHOR PIRATES
2nd Runner-up: WARRIORS
DIVISION 3 – M5
Champion: JB SYNDICATE
1st Runner-up: OSCAR LEGIO X
2nd Runner-up: PPS SYNDROME
DIVISION 4 – M5
Champion: SOUTHERN PIRATES
1st Runner-up: SPUNKY MILITIA
2nd Runner-up: OVERKILL
Division 3 Prizes
1st Prize – Trophy + Medals + RM3000 + 6 Boxes(For MPOC 2009) Total Value :$4050
2nd Prize – Medals + RM2000 + 4 Boxes(For MPOC 2009) Total Value :$2700
3rd Prize – Medals + RM1000 + 2 Boxes(For MPOC 2009) Total Value :$1350
Ucapan penghargaan harus diberikan kepada Kementerian Pembangunan SOsial dan Urbanisasi atas sokongan dan bantuan yang diberikan selama ini kepada persatuan paintball Sarawak. Tidak lupa juga kepada Ahli Parlimen Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai dan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Tiong. Sokongan dari Kelab Jelas Jabatan Laut Sarawak dan laman web pgx.com.my juga tidak dilupakan.







good start for 2009 guys..congr8 to all u guys who make us proud…
2009 MPOC 1- Congratulations to PPS Syndrome
FIRST and foremost I’d like to congratulate the boys from my home state – PPS SYNDROME for getting 2nd runners up in D3. I am very proud of you guys.
Despite losing the first game in the semi finals – you guys came back and put up a very good fight and took it to one all with eventual winners JB Syndrome. It was a good fight. Even though JB Syndicate took game 3 and moved on to the finals. I knew you guys had it in you to move on and get that podium place. And Im so prouod and happy for you and Paintball in Sarawak.
So congratulations to Richard and the guys- I am sorry I didn’t get all your names – I promise I will the next time we meet.
Posted by SEBURO at 11:38 PM 0 comments Links to this post
taken from sebure blog : http://www.seburo.blogspot.com
Tahniah PSS Syndrome bangga kamek jadi orang sarawak.
Sik sangka dapat juak nait podium 1st leg MPOC.
One more thing its nice to know u guys that days.
Hope 2 c u guys next leg k
Kudos…kudos and big kudos….
Skull – JOKERZ
congrats for all PPS SYNDROME….u guys make us proud….