Perodua Kancil Terbabas Di Jalan Selirik, Kapit
August 8, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Member News, News
KAPIT: – 7 August 2009, Jam 10.24pm, ketika saya dalam perjalanan balik dari pejabat, saya ternampak sebuah lori sedang mengangkat sebuah Perodua Kancil yang sedang berada dalam keadaan terbalik di dalam parit, Jalan Selirik.
(Lebih kurang KM3, Jalan Selirik).
Ketika berada di lokasi kejadian, saya nampak 2 orang polis sedang mengawal lalu lintas..
Daripada penyiasatan saya, saya dapati kemalangan ini hanya melibatkan sebuah Perodua Kancil berwarna hijau itu sahaja.
Keadaan kerosakan dan keadaan Perodua Kancil itu semasa saya dilokasi kejadian, agak teruk.
Jadi, saya kelaskan kemalangan ini sebagai ‘Lost Control due to High Speed’.
Agent24 Kiky, melaporkan untuk http://www.pgx.com.my





