Pengalaman pembedahan gigi
July 24, 2009 by themanwithnoname
Filed under Articles, Food and Health
Jika kita mempunyai gigi terimpak yang bermasalah, antara simptomnya ialah:
- Bengkak (swelling) gusi pada bahagian belakang.
- Susah untuk membuka mulut.
- Sakit ketika buka dan bukaan mulut yang terhad.
- Sakit ketika menguyah & menggigit
- Mulut berbau – selalunya akibat bengkak yang bernanah
- Rasa kurang selesa di dalam mulut
Simptom-simptom ini mungkin akan di alami oleh sesiapa pun ketika gigi itu mula tumbuh, adakalanya sampai demam. Ada juga yang tidak mengalami simptom ini. Jika tidak mengalami simptom-simptom ini, anda tidak mempunyai masalah & tidak perlu menjalani rawatan ini.
Gigi geraham bongsu selalunya akan mula tumbuh apabila di antara umur 18 hingga 21 tahun. Bilangan gigi oarang dewasa kebiasaannya ialah 32 batang. Tetapi tidak semestinya semua orang mempunyai gigi geraham bongsu ini. Secara purata bilangan gigi dewasa adalah diantara 28 hingga 32 batang. Untuk aku, aku cuma ada sebatang saja gigi geraham bongsu. Jadi bilangan gigi aku hanya 29 batang. Walaupun hanya satu, ia cukup memeritkan aku. Memandangkan ruang mulut aku tidak besar, gigi ini sukar untuk tumbuh dengan keadaan biasa. Yang selalu memberi masalah ialah apabila gigi ini tumbuh ikut suka dia ja. Sebenarnya aku ingat gigi ni memang dah tak tumbuh sebab tak pernah sakit pun. Dalam 2 minggu lepas, gigi ni bagi masalah kat aku. Jika anda mempunyai gigi ini & tidak memberi apa-apa masalah kepada anda, tidak perlulah membuat rawatan ini sekiranya anda mampu menjaganya dengan baik.
Gambaran menunjukkan bagaimana gigi terimpak berlaku semasa pertumbuhannya.
Gigi geraham bongsu yang terimpak ini pula boleh terjadi pada rahang atas & bawah
(gambar di atas)
Gambar atas pula menunjukkan jenis-jenis keadaan gigi geraham yang terimpak (impacted). Disebabkan gigi yang tumbuh ini tidak dalam keadaan normal, gigi ini tak dapat dicabut dengan cara biasa, tetapi dengan membuat pembedahan kecil (minor oral surgery).
Sebelum Pembedahan
Digalakkan makan kenyang-kenyang sebelum buat kerana selepas pembedahan anda tidak dapat makan dengan sempurna & kurang nikmat makan kerana sakit selepas pembedahan tu. Selama seminggu gigi ini buat aku sakit. Di sebabkan tak tahan sangat, aku pun buatlah appoinment dengan Doktor Gigi. Detik bersejarah ni berlaku pada 28 April 2009. Radiograf diambil untuk gambaran yang lebih jelas samada jenis Orthopantomogram (OPG) ataupun Periapical Radiograph (PA). Tapi aku ambil OPG sebab lebih jelas.
OPG ni menunjukkan keadaan gigi di dalam mulut aku, Sekiranya terdapat apa-apa abnormality dalam mulut aku, OPG ni akan tunjuk. Anak panah tu menunjukkan gigi yang memberi masalah pada aku. Gigi tersebut terimpak secara vertikal.
Anak panah menunjukkan akar gigi tersebut berada dekat dengan saraf Inferior alveolar nerve/inferior dental nerve. Hmm… Risikonya ialah takut-takut saraf ini tercedera. Sekiranya tercedera, aku akan alami masalah kebas (paraesthesia) pada sebelah mulut aku. Inilah risiko yang perlu aku ambil. Tapi insyaallah takda masalah sebab doktor ni memang cekap. Hehehe…
Semasa Pembedahan
Keadaan gigi dalam mulut aku. Gigi aku cuma keluar sikit je. Nampak sikit korona gigi tu terkeluar. Makanan mudah terperangkap pada gigi terimpak. Kalau tak rajin buang/cungkil makanan yang terperangkap tu boleh menyebabkan gigi berlubang. Gigi yang berlubang boleh ditampal semula. Tetapi mencegah lebih baik dari merawat. Gigi yang ditampal tidak semestinya akan bertahan lama, karies boleh terbentuk dibawah tampalan sekiranya tampalan tidak dibuat dengan baik ataupun bahan tampalan tu sudah terlalu lama & microleakage akan berlaku. Microleakage ini akan membolehkan bakteria masuk & seterusnya menyebabkan karies (gigi berlubang).
Sebelum memulakan pembedahan, doktor akan menerangkan kaedah & cara dia akan buat. Risiko & kesan sebelum & selepas pembedahan juga diterangkan. 2 katrij local anaesthetic (LA) di beri secara Interdental block (ID block) & long buccal nerve block untuk memberi kesan kebas di seluruh mulut aku di sebelah kanan. Sekali cucuk dapat bertahan selama lebih kurang 2 jam.
Akan rasa sedikit kesan cucukan tersebut. Lepas kebas, tak rasa apa dah. Sekiranya sakit semasa proses pembedahan, anda jangan takut minta tambah ubat kebas kerana lain orang lain. Ada orang memerlukan lebih dari 2 katrij LA bergantung pada berat badan. Aku rasa kebas pada bibir kanan, separuh lidah kanan & kebas tu rasa seluruh pipi kanan. Bila senyum rasa macam senget…. Hehehe… Kena hati-hati bila menutup mulut kerana takut-takut terkunyah lidah sendiri sebab memang takkan rasa apa-apa.
Disebabkan gigi aku terbenam di bawah gusi, doktor perlu memotong gusi aku di kawasan tu untuk mendedahkan korona gigi. Flap tak dibuka terlalu besar, cukup untuk gigi itu keluar. Sebab kalau flap dibuka terlalu besar, waktu sembuh akan menjadi lebih lama & kita pula akan sakit berlebihan. Jadi unnessary flap opening perlu dielakkan. Tulang hanya dipotong jika perlu saja. Pada waktu ni (gambar atas), doktor tengah cuba menolak gigi keluar. Tapi disebabkan hanya sedikit korona aku terdedah & rupanya gigi aku masih terbenam sedikit di dalam tulang, tulang perlu dipotong sedikit.
Setelah 2 jam, gigi pun dapat dikeluarkan, aku ingatkan sekejap saja. Tapi disebabkan gigi yang terbenam dalam tulang, masa yang diambil menjadi lebih lama & ubat kebas terpaksa ditambah disebabkan aku mula rasa sakit semasa gigi cuba dikeluarkan.
Alhamdulillah… gigi dapat dikeluarkan. Flap hanya dibuka sedikit saja. Bagus betul doktor ni, cukup prihatin.
Itulah gigi aku. Hmm… Aku simpan… nak buat loket. Tak pun simpan dalam almari display. Hehehe….
Disebabkan tulang aku dipotong tadi, tulang tu menjadi kasar & tajam. Doktor akan smoothen tulang tersebut menggunakan ‘bone file’. Kawasan cabutan dibersihkan dengan normal saline untuk membuang puing-puing, serpihan gigi & tulang yang terdapat di dalam soket gigi tersebut.
Lepas soket gigi aku bersih, doktor letakkan bahan yang merangsang pembekuan darah di dalam soket gigi tu. Jadi pendarahan berlebihan dapat dielakkan. Bahan tersebut akan larut sendiri & tak perlu dibuang. Flap ditutup & dijahit. Wah… Alhamdulillah, lega… Selesai juga akhirnya. Gauze, antibiotik, ubat kumur, ubat penahan sakit & ubat-ubat lain diberi… & MC dapat selama 3 hari.
Selepas Pembedahan
Selepas ubat kebas mulai hilang…. mulalah kesakitan bermula. Sakit sungguh kawasan yang dibuat pembedahan tu. Sakit ni melampau-lampau disebabkan tulang aku dibuang sedikit. Memang sakit sungguh. Telan ubat, terus tidur.
Kawasan tu mulai membengkak seperti gambar di atas, Sentuh pun sakit. Bukaan mulut aku terhad (trismus). Sakit cik oi… Kena makan makanan lembut saja. Bubur & sup adalah makanan harian aku. Air panas perlu dielakkan selepas pembedahan kerana ditakuti darah yang beku itu cair. Minuman sejuk memang boleh sangat. Tapi proses penelanan agak seksa sebab sakit semasa menelan.
Hari kedua, kesakitan aku kurang sedikit tetapi bengkak semakin besar. Gambar atas tu sebenarnya diambil semasa hari kedua. Masuk hari ke-3, kesaitan semakin kurang & bengkak mulai beransur surut. Tetapi rasa tak selesa tetap ada. Aku juga rasa kebas-kebas (paraesthesia) pada kawasan cabutan tu. Trismus (bukaan mulut terhad/susah) juga masih ada.
Jahitan selalunya akan dibuang selepas seminggu pembedahan dibuat. Kena jumpa doktor semula untuk buang benang tu. Tak boleh pakai benang yang boleh larut tu sebab benang jenis tu mudah terbuka. Bila flap terbuka, makanan boleh masuk & proses penyembuhan akan jadi lebih lama. Ia hanya sesuai digunakan untuk luka/belahan yang dalam. Untuk kes seperti ini yang superficial, benang jenis ‘black silk’ digunakan.
Waktu aku buat artikel ni (hari ke-6), trismus & paraesthesia masih ada. Aku boleh makan makanan biasa tetapi perlu dikecilkan sebab bukaan mulut terhad. Kesakitan dah takda, cuma rasa tak selesa di kawasan tu. Hmm… Barulah aku tahu macam mana orang lain rasa. Pengalaman ni cukup bermakna buat aku & rasa beruntung sebab dapat rasa apa yang orang lain tak rasa… walaupun perit untuk ditempuhi.
Artikel diambil dari http://duniajam.blogspot.com/2009/05/pengalaman-pembedahan-gigi.html











memang sakit mun dah ada gigi bongsu tumbuh melintang,
pengalaman 2 jam kenak rusah doc maseh gik dalam palak,
then sakit pun bukan bukan rasanya.
part sedih mun gigi ya degil gilak susah dikuar..
even part of it dah dipecah …
kmk pnh juak alami bnda yg sama…nang sakit bah…3 hari x dpt tido..huhu..
boleh x kmk tauk, cne klinik ktk pg ya?
saya baru buat operation semalam..d hsptl gomen jer..20 min saja masa yg diambil..sampai skrg tak makan ape2 lagi kecuali minum air..ubt pun tak dapat untuk kurangkan bengkak..kalau bengkak lambat surut nt nak g farmasi la..mc dapat 2 hari je tapi doc pesan dtg smula jika nak tambah mc..seksanya Tuhan yg tau tapi betul mencegah lebih baik dari merawat..
Saya baru je jalani pembedahan yang serupa semalam. Pastu hari ni bukak tenet cari tips ape nak makan. Rasa cerita ni sebijik je.. Nak copy letak dalam FB leh tak? hehe.
mmg sakit sangat …kelmarin baru buat sekarang tengah bengkak lagi n berdenyut2 lagi rasanya,kepala pun rasa pening je.time ni kena ada sabar yg tinggi..
sdg sakit ni ma… jumpa doc, cdangan doc kna buat pembedahan kecil, gue takut huhuhuhu
bgus cerite yg dipaparkan…
sgt bergune kpd yg ingin mencari mklumat..
thank u
hi..saya pun baru hari ke 3 buat surgeri buang gigi bonsu yang melintang..gigi tu baring siap tidur nyenyak sampai sakit bertahun2 saya..dah tak tahan sgt, pegi kat klinik swasta dr bagi ubat antibiotik dulu,lepas seminggu baru pegi tmpt dia..dia buat separuh, terpaksa stop sbb bleeding teruk..lepas tu i blk rumah n sakit sampai demam2..terus ke klinik gigi kerajaan n kene refer ke pakar gh..lps opg,dr suruh dtg seminggu lps tu,isnin 31 mei hari bersejarah sbb kena surgeri 1st time dlm mulut..mula tu tak sakit sgt,dr pulak baik giler,mesra,layanan yg sgt cun..hmm,tak rugi pegi kerajaan ni..dr gigi kat gh ipoh ni memang baik2..tp lepas dah cabut,blk rumah,rehat..mlm tak blh tido sbb makin bengkak dan terik mcm burger..muntah lg sbb tAK leh makan..huhuhu..hari ni pegi jumpa dr tu blk..diorg cukup prihatin,kene opg sekali lg n pakar yg senior terpaksa dtg tengok i..semuanya ok,cuma dinasihatkan kena makan ja..dr bg ubat surut bengkak n tambah mc lg..hmmm..itule nasib dpt gigi bongsu ni..jgn takut nak buang,kalau tak buang nti kita yg merana
saya baru 3 hari buang gigi geraham bongsu.. mmg 1st day sakit 2nd x la sangat ..
Saya baru buat MOS semalam kat Jabatan Bedah Mulut HKL.
Klinik tolak kes ni ke HKL pasal risiko bleeding tu tinggi.
It was a good job of DR. Hazelina.
Yang potong tulang tu yang ngeri sikit bila dengar.
Now the 2nd day. OK laa….
But next week kena g buka jahitan plak.
Takut….
br cdg nak buat tu yg survey ni, mak ai xtakutnya dengar citer korang..nanti lah dulu buat pembedahan ni…
Ini hari ketiga oral minor surgery…selepas postphone hari tu..2 tahun yang lepas ka ka ka…masih ingat lagi berjumpa dengan doc kat hospital kerajaan tu cakap-cakap itu-ini dengan nurses…aku dengar menambahkan ketakutan aku yang memang sedia takut… lepas aku kena bius , nurse cari alat apa tah tak jumpa…aku terus keluar dari hospital …sampailah 30/12/2010..aku bertekad bayar banyak tak pe janji tak ada trauma lagi…sume berjalan lancar…doc very consultative…darah sikit, ubat bius lebih ikut badan..sbb badan aku memang berat sekarang…sume doktor consult…jahitan 2 jarum…ubat 3 jenis pain killer, tahan bengkak, antibiotik, kapas , oradex untuk kumur sume dibekalkan..siap makan ubat on time… so tak ada pengalaman ngeri kesakitan itu…hari pertama lepas balik rumah bleeding sikit…tips taruk ais untuk stop..sebelum undergo surgery pun aku dah makan kenyang2…berkat doa dan istighfar tak habis-habis dari mula minta pertolongan dari Allah…cuma masa tengah ambil gambar x-ray tu, kamera nurse tu hanndle tertanggal..sebab depa baru ubah mesin tu…kelepok jatuh atas tulang kering pipi aku….urat bengkak sikit sampai arini…apa boleh buat selain menerima permintaan maaf..aku hanya bersabar…dugaan yang diberi moga beroleh pahala bila menahan sabar…Jumlah kos RM350
salam semua,betul2..mencegah lagi baik.saya dah 3btg gg cbut d klinik swasta..takut g kerajaan..time cabut gg bongsu.bleeding teruk.pai doktor panik.tpi dia thu saya ada anemia.dr yohani bgus.sb saya selalu dgr dia baca selawat..untung dpt doktor gtu..walaupun, terpaksa keluar wang lebih sikit..sekarang just perlu skaling gg n jaga gg betul2.yg best..trauma nak jumpa doktor gg dapat dikurangkan..amin..pic dlm blog ni bgus..tq berkongsi cerita..salam
alamak!! ngeri lak tgk proses minor surgery ni.. sy kena bedah 2 lak tu gigi bongsu ni.. takut la.. dh la sy ada gastrik yg truk kritikal yg x leh mkn ubat tahan sakit (ponstan) nnt perut akn bdarah & klau x dpt mkn apa2 food yg kenyang dlm keadaan gigi pas bedah nnt sy gastrik lak muntah2 blarutan.. cmner nk hadap tahan sakit nnt pas bedah? alaaa… risau teramat sgt la! kang sakit lain lak jadinya
eeee….. ngeri!!!! my gigi pon tgh sakit skang nih… mmg doc tu recommend soh buang…. last treatment 2008, gigi yg sama gak…. adei laa… dah lps cabut tu, nak bukak jahitan plak… sakit x? ni tgh survey pendapat n carik info lg…. rasa2 kalo bole tahan, xmo lerr smp kene bedah2 nih… dah la penakut jarum….
salam…gg geraham bongsu belah kanan sy pun da tumbuh…mule2 sakit gusi bengkak pd bulan march ritu…x jupe doc pun..juz mkn painkiler n susut bengkak..pas 3 4 hari ok da..then pd 8hb sakit gusi semula..membengkak…x tahan g private clinic Sek24, s.alam…doc check gusi da bernanah sikit..gg tumbuh da xcukup space..so doc sugest buat minor sugery…tny doc brape kos RM450 keatas..tu pun tgk brape lama nk bt..huhu..mahal giler..doc bg ubat thn sakit,antibiotik,kumur..kos RM112 termasuk buat scaling..keesokannya pagi2 lagi g klinik gg kerajan S7, s.alam..doc xdpt bt ape pun juz cek2 n bg surat refer ke hospital Sg. Buluh, Jbtn Bedah mulut Sg. Buluh..pilih hos tu coz hos br n facilities br..hehe..pagi tu jugak terus g hospital buluh..then dpt appt pada 13hb..on that day, daftar n tgu lama jugak lar..buat xray dl then baru dpt jupe doc..bt sugery + cabot gg geraham bongsu (atas kanan) pada 25hb july..1week b4 pose..huhu..kos sugery RM50 n cabut RM2..okla tu.tp takot ni…tunggu masa ni…huhu
salam.. sypon sedang mengalami masalah ni sekarang… sakit berdenyut2 dkt gusi gg geraham bongsu yg bwh. gg ni tak tumbuh habis, keluar separuh shj. so bila makan sisa2 makanan selalu tkumpul dkt yg mcm lubang atr gigi dan gusi.. bila tgk video pembedahan gigi bongsu mcm ngeri n seriau tp xsanggup dh menahan sakit.. umur dh 27 n doktor kata mmg tak akan tumbuh dh yg separuh tu.. doktor suggest buang gigi atas untuk elak terkena gusi gigi geraham bongsu tu.. tp rasanya masalah tak akan selesai sebab lambat laun sisa2 makanan ttp terkumpul dkt tpt lubang tu.. kena jd seorang yg betul333 rajin nak jaga gigi la kalau xnak buat operation dkt gigi bongsu bwh tu.. tp kadang2 termalas juga.. jd jawapannya mmg kena operation la… warghhh!!! kena menahan lg sakit lepas pmbedahan nanti kan.. xpe2 fikir positif n kuat! maklumat di sini mmg mbantu sy.. tq
terima kasih atas artikel ni….sekurang2nya jadi dapat beri info dan panduan kepada orang lain. berapa ye kos pembedahan sebatang gigi bongsu ni? takutnya nak melalui….doktor kata keempat-empat gigi bongsu saya perlu dibedah buang…
hari ini saya lalui apa yg anda lalui dulu…memang teruja sgt…kena bius 3X + 4 jahitan = dapat MC 2 hari..balik jer rumah td cepat2 tuam luar pipi dg ais batu..hrp2 mlm nie dpt tido laaaa…..
salam sumenye,dyg bru je pas operate gg graham hjung sblah kiri.. mule2 rasa takut,layanan dktor dan pembantu2 nye buat takut,sakit pun hilang,hopely malam nih dpt tdo,dktor tdi sruh mkn aiskrim utk elak sakit.thank DR..