Lori BDA Terbalik di Bintulu
October 17, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, Member News, News
Bintulu, Jepak – Sebuah lori milik Lembaga Kemajuan Bintulu terbabas lalu terbalik disisi jalan akibat tidak dapat dikawal. Mengikut info yg diperolehi di tempat kejadian, kemalangan berlaku kira-kira sekitar jam 6 – 7 pagi dan tiada sebarang kehilangan jiwa dilaporkan. Kemalangan tidak juga melibatkan sebarang perlanggaran dengan kenderaan lain dan dipercayai pemandu lori berkenaan tidak dapat mengawal lori berkenaan ketika membelok masuk ke simpang menuju ke Kampung Jepak. Pemandu berkenaan tidak mengalami kecederaan yang teruk dan dikatakan mungkin hanya mengalami patah kaki dan cedera ringan di anggota badan. Ketika liputan dibuat, pemandu berkenaan sudah tidak ada ditempat kejadian.
Menurut beberapa orang ramai yang turut berada ditempat kejadian mengatakan tempat berkenaan dalam tahun ini sahaja sudah merekodkan beberapa kemalangan yang melibatkan kenderaan berat termasuk yang telah berlaku pada awal tahun lepas, sebuah lori membawa simen turut terbalik dalam keadaan yang sama tetapi tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.
Laporan khas untuk bilik berita http://www.pgx.com.my daripada dzulpxs@the anbu.
Sekian. Berita daripada dzulpxs.







