Kemalangan Di Jambatan Masja, Kuching
October 7, 2009 by dzul pxs
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, Member News, News
Kuching, 26 September 2009 – Sebuah kancil terbabas disisi jalan dipercayai gagal dikawal kerana kerosakan pada bahagian stering kenderaaan berkenaan. Menurut mangsa, beliau gagal mengawal kenderaan yang dipandunya lalu terbabas dan terbalik disisi jambatan Masja. Dalam situasi berkenaan, kancil berkenaan dikatakan berselisih dengan sebuah Proton Saga (Model Baru) sebelum terbabas dan terbalik. Proton berkenaan yang melalui laluan bersebalahan selamat daripada dirempuh oleh Perodua Kancil berkenaan.
Tiada sebarang korban nyawa dilaporkan dan mangsa (pemandu Perodua Kancil) hanya luka ringan tetapi kereta beliau rosak teruk. Saya yang melalui jalan berkenaan terus membuat liputan walaupun keadaan pada ketika itu seperti berada didalam oven (panas terik). Laporan mungkin terlewat sedikit kerana masalah server down dan sukar untuk membuat laporan.
Lokasi : Jambatan Masja, Kuching
Masa : Tengahari (Jam 1 tengahari)
Tarikh : 26 September 2009 (Sabtu-raya ke-7)
Sekian. Berita daripada dzulpxs untuk berita pgx.





bro..tolong cari kemalangan di jejantas satok pada malam 7 October 2009 /rabu lebih kurang pukul 12.00 malam. Melibatkan pelanggaran motosikal dengan kereta kenari.
yang bawa motosikal tu aku.. pengsan masa kejadian..sekarang sah sembuh mula start kerja..hehe.
nasib ko sik mati. mun mati sik pat nangga pic ko pun. kah kah kah
cakemak,btl nak pdh kau.haha
naxpa t0x .. blh qae ehh …