Kemalangan di jalan Sarikei-Selalang

SARIKEI, SELALANG, 6 FEBRUARI 2010, SABTU – Satu kemalangan sendiri telah berlaku iaitu seawal jam 4 pagi di jalan Sarikei – Selalang, seperti diceritakan oleh penduduk kampung Selalang ..Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Proton Gen2 yang didaftarkan di Sibu, dan seramai dua orang telah mengalami kecederaan ringan manakala salah seorang daripada mereka telah dimasukkan di Hospital Sarikei akibat kecederaan teruk di kepala dan badan..

Menghairankan, tiada laporan dibuat semenjak kemalangan itu terjadi sehinggalah salah seorang daripada rakan kami, seorang agen tarik kereta menerima panggilan daripada rakannya yang tinggal berhampiran..Sangkaan kami pada mulanya kemalangan itu baharu sahaja berlaku, namun terkejut sebaik sahaja mendengar cerita bahawa kemalangan itu sudah lama terjadi.Polis trafik juga sudah dimaklumkan dan mereka bergegas ke tempat kejadian.Sebelum itu, mereka tidak mengetahui tentang kejadian kemalangan itu. Dipercayai kereta itu gagal dikawal selepas melalui satu selekoh yang agak merbahaya lalu terus terbabas memasuki lorong jalan sebelah sebelum meluncur ke dalam parit..Melalui pengamatan kami, kereta itu dipandu laju berikutan kesan yang dapat dilihat dan kereta itu berpusing dua kali sebelum terbalik. Agent24 Mobydick9 , melaporkan utk http://www.pgx.com.my sekian, terima kasih.. gambar menceritakan segalanya..

gen2_2__agent24gen2_agent24

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!