Kebakaran Hutan Di Bintulu
August 4, 2009 by dzul pxs
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, Member News, News, featured
Bintulu, 4 Ogos 2009 – Kebakaran hutan berlaku pada sebelah tengahari dan berlanjutan sehingga ke petang dimana kepanasan yang melampau menyebabkan hutan dan kawasan kering sekitar jalan utama Tatau-Bintulu (Pan-Borneo Highway) terbakar teruk dan semakin merebak jauh ke dalam hutan berdekatan. Saksi yang berkesempatan mengambil gambar berkenaan dalam perjalanan dari Pekan Tatau menuju ke Bintulu untuk urusan kerja, memberhentikan kenderaan beliau untuk merakamkan saat berikut serta membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut supaya ianya tidak semakin teruk.
Antara kawasan yang terjejas teruk akibat kebakaran hutan ini pada hari semalam adalah dikawasan Semanok, Jln. Tatau-Bintulu dan juga Bukit Setiam, Jln. Tatau-Bintulu dan kawasan-kawasan lain hanya mengalami kebakaran kecil sahaja. Keadaan pagi td amat kurang memuaskan dan jarak penglihatan secara tidak rasminya menjangkau 500-700 meter sahaja dan banyak kenderaan yang menggunakan laluan jalan ini memandu dengan perlahan dan membuka lampu kereta supaya mudah dilihat dari arah hadapan.
Menurut sumber daripada berita radio, pagi td, seluruh bahagian di Sarawak mula diselubungi jerebu akibat kepanasan kemarau dan kebakaran hutan yang berlaku sejak minggu lepas lagi. Fenomena ini akan berterusan sehingga penghujung September atau awal Oktober dan ianya sukar untuk dibendung dan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar kerana ianya boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.
Laporan & Gambar oleh dzulpxs | Agent24 Bintulu.





Terrific post however I was wanting to know if you could write a litte more on this topic? I’d be very grateful if you could elaborate a little bit further. Thank you!
The brand new Microsoft zune visitor will be amazingly excellent, although not as effective as the iPod’s. It truely does work nicely, but just isn’t as quick as Chrome, and contains the clunkier software. In the event you occasionally anticipate with all the browser that isn’t a worry, but if you intend in order to look at web a large amount from the PMP then the iPod’s greater display screen far better browser could possibly be critical.
And my nans house is so cold
Tons of awesome perform here. Many thanks for including Fixel!