Kebakaran di Matang,Kuching
July 11, 2010 by admin
Filed under Isu Semasa, Latest, News
Warga emas hilang dalam kebakaran
|
Kebakaran melibatkan sebuah kilang papan membuat perabot di Matang Batu 6, Kuching, Sarawak, kelmarin.
|
KUCHING 9 Julai – Sebuah kilang papan dan perabot di Jalan Matang di sini musnah dalam kebakaran pada tengah malam tadi.
Dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan bagaimanapun seorang warga emas yang tinggal di dalam kilang tersebut dipercayai masih hilang.
Ketua Operasi Bomba Zon Kuching, Baharuddin Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.15 tengah malam sebelum dua jentera tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.
Menurutnya, dua jentera tersebut masing-masing dari Balai Bomba Petra Jaya dan Balai Bomba Batu Lintang dengan kekuatan pegawai serta anggota seramai 18 orang.
”Sebaik tiba di tempat kejadian, api sedang marak, namun bomba berjaya mengawal api kira-kira 30 minit di samping dapat mengelak kebakaran daripada merebak ke kilang kotak bersebelahan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.
Katanya, seorang mangsa dipercayai hilang sewaktu kejadian tersebut dan usaha mencari masih dijalankan.
Katanya, bomba juga masih menyiasat punca kebakaran tersebut dan jumlah kerugian masih belum diketahui.
Kilang berkenaan telah beroperasi lebih daripada 10 tahun dan ketika kejadian terdapat 15 pekerja dengan tujuh daripadanya warga negara Indonesia berada dalam premis berkenaan.
Difahamkan, kilang itu melakukan kerja tambahan lebih masa malam tadi sehingga pukul 11 malam sebelum kejadian tersebut berlaku.
Salah seorang pekerjanya yang enggan disiarkan nama memberitahu, semua pekerja yang berada dalam kilang berkenaan hampir masuk tidur sebelum terdengar letupan kecil dipercayai litar pintas.
Menurutnya, tidak lama kemudian asap memenuhi setiap ruang di dalam kilang berkenaan menyebabkan semua pekerja cemas dan salah seorang daripada mereka telah mengetuk bilik warga emas yang berusia 67 tahun itu untuk menyelamatkan diri.
”Kejadian begitu pantas sekali malah asap tebal turut menghalang penglihatan kami dan tiada apa yang boleh diselamatkan lagi,” ujarnya yang terkilan tidak dapat menyelamatkan segala dokumen serta pasport yang musnah dalam kebakaran tersebut.
sumber: utusan.com.my
tq apai for d pics.












Comments
One Response to “Kebakaran di Matang,Kuching”Trackbacks
Check out what others are saying about this post...… [Trackback]…
[...] Infos to that Topic: pgx.com.my/kebakaran-di-matangkuching/ [...]…