Kad Sim GSP Mudah Pengembara
November 24, 2009 by dzul pxs
Filed under Latest, Technologies

SERING kali kita berdepan masalah menghubungi kad sim untuk menghubungi keluarga apabila mengembara ke luar negara. Tambah merumitkan apabila terpaksa berdepan prosedur remeh dan halangan bahasa semata-mata mahu menggunakan kad ini.
Ketika ini, kebanyakan orang memilih menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa, namun kadang kala ia menambah beban kewangan akibat kadar tinggi yang dikenakan syarikat telekomunikasi.
Jika tidak digunakan secara berhati-hati, kos menggunakan perkhidmatan ini untuk menghubungi rakan di negara asal mungkin boleh mencecah ratusan ringgit. Malah silap hari bulan, ia menambah bebanan kewangan.
Menyedari hakikat ini, Sedania Travelneeds2u Sdn Bhd (ST2U) memperkenalkan Global Starter Pack (GSP) yang membolehkan anda membeli kad sim sebelum menjejak kaki ke lapangan terbang, sekali gus mengelak kesulitan apabila tiba di destinasi percutian.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sedania Corporation Sdn Bhd, Azrin Mohd Noor, berkata, orang ramai kini boleh mendapatkan GSP di mana-mana ejen pelancongan yang berdaftar dengan kami atau melalui portal www.travelneeds2u.com.
Menurutnya, melalui tempahan itu, pelanggan hanya perlu ke `booth’ syarikat sebaik menjejak kaki ke lapangan terbang di negara yang dilawati untuk mendapatkan kad sim syarikat telekomunikasi mereka.
“Pelanggan hanya perlu menunjukkan baucar tempahan dan kakitangan di sana akan menyerahkan kad sim negara itu, sekali gus kadar bayaran penggunaan telefon bimbit mengikut kadar ditetapkan syarikat telekomunikasi negara berkenaan.
“Dengan itu, anda tidak payah pening kepala memikirkan cara mendapatkan kad sim dan memudahkan untuk menghubungi ahli keluarga dengan kadar segera. Malah, ia memberi penjimatan berganda kepada pengguna,” katanya.
Dengan kadar semurah AS$10 (kira-kira RM36), pelancong di seluruh dunia boleh membeli GSP syarikat telekomunikasi Celcom di Malaysia, Hello (Kemboja), Indosat (Indonesia), M1 (Singapura) dan akan diperluaskan ke Aktel (Bangladesh) dan Viettel (Vietnam).
Azrin berkata, GSP adalah perkhidmatan seumpamanya di dunia itu membolehkan pelanggan tempatan menempah kad sim negara asing yang ingin dilawati pada harga lebih murah berbanding menggunakan telefon pada kadar perayauan antarabangsa.
Beliau berkata, pihaknya meletak sasaran menyediakan perkhidmatan itu di lima negara di Asia Tenggara sehingga hujung tahun ini dengan Indonesia pada bulan depan sebelum diperluaskan.
petikan daripada mymetro





kat mane jual kad sim nie……….
klau ade jual online ape website nye????????