Hari Raya Korban ditetap 27 November
November 18, 2009 by themanwithnoname
Filed under Articles, Isu Semasa, Latest, Mimbar Agama, News
Hari Raya Korban ditetap 27 November
KUALA LUMPUR: Hari Raya Korban atau Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini iaitu bersamaan 10 Zulhijah 1430 Hijrah apabila esok diisytihar 1 Zulhijah.
Penetapan tarikh itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 November 2009 Masehi.
“Oleh yang demikian Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 November 2009 Masehi,” katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini hari ini.
- Bernama



selamat hari raya aidiladha kpd suma umat islam d malaysia tok..g semelih sapi kak semayang raya..hehe..