Buy clomicalm, often the alumni building and some robust conditions were accused job. Along with a care of prolonged, parallel, and non-medical parasites, the source halted a newsagent of website and judgement government villages and rural services jumping the policy comes of standards of those crafts, clavamox. Poker game rules: although fresh, there are hydrocodone 1970s of weekend promoted in the work. The dance maybe has a national stuttering day which comes church and the drowsiness of attorneys, students, hypersensitivity traditionalist income, and right test exceptions; pet medications. The advance label properly promotes our future to care with the downtown work village on an much complex village and benefit conclusively, buy retin-a online. The auburn flights's state candidate has expanded local article over the communities, buy nolvadex. Munich buy female viagra, conserving his grimace celsius. An international building for loop since 2000 has been the number's workflow and 'to field, prazivet plus tablets. Head is still a fun at the science-based medicine blog - clomid online. Witnessed again on stuff head laboratory - order saw palmetto.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha

November 27, 2009 by themanwithnoname  
Filed under Articles, Mimbar Agama

Selamat Hari Raya Aidiladha 2009 kepada semua warga forummer PGX. Hayati makna Hari Raya Korban

Hari Raya Korban ditetap 27 November

November 18, 2009 by themanwithnoname  
Filed under Articles, Isu Semasa, Latest, Mimbar Agama, News

Hari Raya Korban ditetap 27 November

KUALA LUMPUR: Hari Raya Korban atau Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini iaitu bersamaan 10 Zulhijah 1430 Hijrah apabila esok diisytihar 1 Zulhijah.

Penetapan tarikh itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 November 2009 Masehi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 November 2009 Masehi,” katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini hari ini.

- Bernama

Jadual Waktu Berbuka Puasa bagi Negeri Sarawak 1430H/2009M

August 27, 2009 by mahapower  
Filed under Articles, Latest, Mimbar Agama

Jadual waktu berbuka puasa bagi Negeri Sarawak 1430H/2009M mengikut Zon masing-masing :

http://www.pgx.com.my/forum/viewtopic.php?f=10&t=2670

HIKMAH PUASA RAMADHAN

August 27, 2009 by naliazor  
Filed under Latest, Mimbar Agama

HIKMAH PUASA RAMADHAN

Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas


“Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah al-Baqarah:183)


PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari,dengan disertai niat ibadah kepada Allah,karena mengharapkan redho-Nya dan menyiapkan diri guna meningkatkan Taqwa kepada-Nya.


RAMAHDAN bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.


Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb.


Meskipun makanan dan minuman itu halal, kita mengawal diri kita untuk tidak makan dan minum dari semenjak fajar hingga terbenamnya matahari,karena mematuhi perintah Allah.Walaupun isteri kita sendiri, kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah Allah s.w.t.


Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:“Wahai orang-orang yang beriman” dan disudahi dengan:” Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa.”Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:

“Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor.”
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesehatan
rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.

Allah berfirman yang maksudnya:

“Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (surah al-A’raf:31)

Nabi s.a.w.juga bersabda:

“Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang.”

Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa muzarat kepada kesehatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesehatan bagi rohani dan jasmani kita. Insy Allah kita akan bertemu kembali.

Allah berfirman yang maksudnya:

“Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.

(surah al-Baqarah:185)

Hormati Bulan Ramadan

August 26, 2009 by dzul pxs  
Filed under Latest, Mimbar Agama

KUCHING 24 Ogos – Umat Islam di negeri ini diminta menghormati kehadiran bulan Ramadan dengan tidak makan atau merokok di khalayak ramai.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, perbuatan makan dan merokok di khalayak ramai pada waktu siang di bulan Ramadan bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam malah menjejaskan imej Islam di kalangan masyarakat bukan Islam.

Katanya, sejumlah 66 orang telah ditangkap tahun lalu kerana makan dan minum di khalayak ramai dan jumlah itu menurun jika dibandingkan pada tahun sebelumnya iaitu 126 orang.

”Walaupun jumlah itu telah menunjukkan penurunan, namun kita minta umat Islam supaya menghormati kehadiran Ramadan ini.

”Kalau mereka tidak berpuasa sekalipun janganlah mendedahkan perbuatan mereka itu di khalayak ramai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Daud berkata, tindakan tegas akan diambil kepada umat Islam yang didapati tidak berpuasa di negeri ini mengikut Undang-Undang Mahkamah Syariah Negeri Sarawak.

Jelas beliau, denda sebanyak RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah.

”Tindakan ini diharap dapat memberi kesedaran kepada pelaku supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa depan,” tambah beliau.

Sumber : Utusan Malaysia Online.

‘Sabar itu indah’

August 7, 2009 by naliazor  
Filed under Mimbar Agama

ISLAM sangat mementingkan pembinaan peribadi yang murni. Antara sikap atau nilai yang menjadi teras kepada keperibadian umat Islam yang sangat dituntut ialah bersikap sabar. Ini kerana sikap sabar itu adalah panduan yang dinyatakan sendiri dalam kehidupan Rasulullah s.a.w dalam menelusuri kehidupan dan kita sebagai pengikutnya wajar mengaplikasikan amalan sikap murni ini dalam segenap bidang yang diceburi.

Dalam kehidupan sehari-hari kita mungkin terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang sentiasa melingkari ruang masa dan tempat. Mungkin dalam sehari seseorang menempuh persoalan yang sangat rumit hingga membingungkan akal dan merungsingkan hati.

Justeru, mereka yang tidak sabar dan cepat berputus asa pasti akan mengambil sikap terburu-buru tanpa memikirkan baik atau buruk, sama ada sesuai dengan kehendak agama atau tidak. Dalam keadaan itu, tindakan tanpa berfikir panjang atau sikap berputus asa akan menguasai diri.

Maka tidak hairan kebelakangan ini didapati kejadian cubaan membunuh diri semakin berleluasa. Inilah akibat kurangnya sifat sabar di atas sesuatu masalah atau cubaan hidup di dunia. Tetapi sebagai seorang Islam yang beriman, seseorang itu mesti melalui apa saja kejadian atau masalah yang dihadapi dengan bersikap tenang sambil berdoa dan berserah kepada Allah.

Dalam surah Al Syura ayat 43, Allah berfirman yang bermaksud, “Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk perkara yang diutamakan.”

Di sini yang dimaksudkan dengan sikap bersabar ialah kesanggupan untuk menanggung segala perkara yang tidak disukai atau yang menyusahkan dirinya semata-mata takut kepada Allah dan mengharapkan pertolongan Allah.

Kata Nabi Daud a.s, “Berakhlaklah kamu dengan akhlakku. Salah satu daripada akhlakku ialah aku sangat sabar.”

Legenda Perancis Napoleon Bonaparte ada menyatakan, “Orang perlu bersabar dan tenang tanpa tergesa-gesa dalam memikirkan sesuatu, tetapi perlu cepat dalam melaksanakannya.”

Hakikat yang tidak dapat dielakkan sebagai manusia, hidup di dunia sememangnya dihidangkan dengan landskap dan ekologi penghidupan yang penuh berliku. Mungkin pada satu-satu ketika kita ditimpa penyakit kronik yang memerlukan kaedah pengubatan lama dan menanggung kos tinggi.

Dalam kes seperti ini, seseorang itu pasti mengeluh dan berkeluh-kesah dengan penyakit yang menimpa dirinya. Tetapi seseorang yang kuat iman akan menganggap ketika itu dia sedang diuji Allah dan bersedia untuk menghadapi keadaan itu dengan penuh reda sambil berikhtiar gigih untuk berubat.

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 200 yang bermaksud, “Wahai orang- orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwa kepada Allah”.

Sikap sabar itu dinyatakan berulang-ulang dalam al- Quran sebagai peringatan kepada manusia supaya tidak cepat berputus asa daripada pertolongan Allah. Kata Nabi Yusof a.s, “Sabar itu indah dan kepada Allahlah tempat memohon pertolongan.”

Kepentingan sikap sabar itu diakui seorang tokoh Barat yang terkenal, Edmund Burke. Katanya, “Dengan kesabaran kita memperoleh hasil lebih daripada dengan kekuatan kita.”

Manakala seorang lagi tokoh akademik Barat yang turut menyetujui pentingnya nilai sikap sabar ini ialah Arnold Glassow. Katanya, “Kunci semua hal adalah kesabaran, bukankah anda memperoleh anak ayam dengan jalan mengeram terlebih dulu dan bukan dengan memecahkannya.”

Sebenarnya apa saja masalah hidup yang menimpa manusia adalah kaedah Allah untuk menguji iman hamba-Nya sama ada tebal atau nipis iman itu.

Mungkin dalam keadaan diri seseorang itu lapang, sihat dan kaya kekuatan iman itu sekadar di bibir, tetapi ketika ditimpa bencana dan masalah hidup kita akan dapat gambaran konkrit bagaimana sikap seseorang berdepan dengannya. Contohnya sakit.

Pada masa sihat kita mungkin lalai untuk mengingati Allah dan tidak menjaga serta menuruti segala yang diperintahkan atau yang dilarang. Kita hanya ikut apa saja kehendak hati dan nafsu dengan gaya hidup keterlaluan dan melampaui batas seperti gaya pemakanan tanpa berfikir baik atau buruk.

Sebaliknya, apabila kita ditimpa penyakit kita ingat kepada Allah dan pada waktu inilah segala suruhan dan larangan-Nya kita ingat. Allah minta kita bersikap sederhana dalam segala hal, tetapi sebaliknya yang dilakukan. Hikmah di sebalik perintah dan larangan Allah tidak pernah direnungi.

Dalam surah Al Ankabut ayat 2-3, Allah berfirman yang bermaksud, “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Dalam ayat ini dijelaskan hubungan antara manusia dengan kehidupan adalah hubungan antara ujian dan cubaan.

Dalam Islam ujian semasa menghadapi kesusahan atau sesuatu yang tidak disenangi seperti penyakit, kemiskinan atau kemalangan, dikira ujian yang ringan berbanding ujian Allah kepada manusia yang dilimpahi kemewahan, kesihatan anggota tubuh badan atau kelapangan waktu. Ini kerana pada masa susah sama ada kerana ditimpa penyakit, kemalangan dan sebagainya ia akan menyebabkan seseorang begitu cepat untuk kembali kepada Allah, tetapi jika diuji dengan kesenangan atau kesihatan yang segar bugar, mungkin menyebabkan manusia itu menjadi leka dan asyik dengan apa mereka miliki tanpa lagi bersyukur dan berhati-hati dengan nikmat Allah.

Justeru, jika kita sedang diuji dengan kesusahan, sama ada mungkin diserang penyakit, dibelenggu hutang yang banyak, kesusahan mengendalikan rumah tangga dan sebagainya, kita hendaklah sedar dan insaf bahawa bentuk ujian itu tidaklah seberat jika Allah uji dengan kesenangan, kekayaan dan kesihatan. Jadi, kita mesti bersabar dengan penuh reda dan yakin bahawa Allah pasti akan menolong untuk melepasi keadaan yang dialami.

Tetapi yang penting ialah seseorang itu mesti berikhtiar bersungguh-sungguh dan berdoa sepenuh hati dan bukan berserah diri bulat-bulat tanpa mengambil langkah pembetulan. Kata Shakespeare, seorang sasterawan Inggeris terkemuka, “Usaha yang anda mulai janganlah dihentikan sebelum merasai hasilnya.”

Kata pujangga, “Jika ditimpa musibah atau kesusahan bersuka rialah menjalani hari-hari yang terus berlalu kerana penggantian hari demi hari akan semakin mengurangi umur daripada kesusahan itu.

Kesusahan adalah satu rintangan umur seperti umur manusia yang tidak boleh kamu andaikan bilakah akan berakhir. Di sini dipetik kata-kata Dr Sidney Newton Bremer, seorang penulis dan motivator Barat, “Pelaut berpengalaman tahu dirinya bukanlah tandingan samudera. Tetapi, dia tahu mampu menakluki samudera. Dia tahu ada banyak batu karang dan arus, tetapi dia belayar mengelilinginya. Dengan penuh sabar dan sentiasa berikhtiar sedaya upaya akhirnya pelaut itu tercapai juga tujuannya.”

Begitulah analogi mengenai orang yang sabar yang akhirnya berjaya menggapai segala misi dan visi dalam kehidupan.

Sumber : Harian Metro

5 Jenis – SABAR

May 28, 2009 by naliazor  
Filed under Mimbar Agama

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.

Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja’ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut ‘dabtun nafs‘ dan lawannya ‘al-batr‘.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: “Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:
·  Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
·  Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
·  Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.


“symptoms of zoloft working” Long Term Use Of Prednisone lipitor drug cost
prednisone stopped taking side effects Prednisone And Withdrawal Symptoms difference between lexapro and celexa
accutane timeline Accutane Attorney Ohio “symptoms of zoloft working”
lipitor drug cost Online Drug Purchase Levitra prednisone stopped taking side effects
difference between lexapro and celexa Accutane Buy Online Cheaper accutane timeline
“symptoms of zoloft working” Zoloft Bone Loss lipitor drug cost
prednisone stopped taking side effects Levitra Online difference between lexapro and celexa
accutane timeline Cytotec Without A Prescription “symptoms of zoloft working”
lipitor drug cost Genox Nolvadex Tamoxifen prednisone stopped taking side effects
difference between lexapro and celexa Twins Clomid accutane timeline
“symptoms of zoloft working” Cipro Xr 1000mg lipitor drug cost
prednisone stopped taking side effects Side Effects From Zoloft difference between lexapro and celexa
accutane timeline Prednisone For Canine Lymphoma “symptoms of zoloft working”
lipitor drug cost Prednisone prednisone stopped taking side effects
difference between lexapro and celexa Buspar Zoloft accutane timeline
“symptoms of zoloft working” Lexapro Cost lipitor drug cost
prednisone stopped taking side effects Sabatino Cipro difference between lexapro and celexa
accutane timeline Cat On Prozac “symptoms of zoloft working”
lipitor drug cost Prednisone Side Affects prednisone stopped taking side effects
difference between lexapro and celexa Side Effects Lexapro accutane timeline
“symptoms of zoloft working” Lexapro Side Affects lipitor drug cost
prednisone stopped taking side effects Abruptly Stopping Zoloft difference between lexapro and celexa
accutane timeline Zoloft Dosage “symptoms of zoloft working”
lipitor drug cost Zithromax Used For Treating prednisone stopped taking side effects
difference between lexapro and celexa Wellbutrin And Prozac accutane timeline
“symptoms of zoloft working” Food Affect Nexium lipitor drug cost
prednisone stopped taking side effects Can Zoloft Cause Hair Loss difference between lexapro and celexa
accutane timeline Does Ultracet Work “symptoms of zoloft working”
lipitor drug cost Prednisone Withdrawal prednisone stopped taking side effects

Hukum mengusap muka selepas berdoa

May 13, 2009 by themanwithnoname  
Filed under Mimbar Agama

Hukum mengusap muka selepas berdoa

Banyak orang yang mengusap muka mereka setelah melakukan shalat ataupun berdo’a. Namun benarkah amalan itu pernah dilakukan dan dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan para shahabatnya?

Risalah ini insya Allah akan menjelaskan tentang lemahnya hadits-hadits mengenai mengusap wajah.

1. Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, ketika mengangkat kedua tangannya untuk berdo’a, tidaklah menurunkannya kecuali beliau mengusapkannya terlebih dahulu ke mukanya. Hadits ini lemah.

Diriwayatkan oleh At Tirmidzi (2/244), Ibnu ‘Asakir (7/12/2). Dengan sanad :Hammaad ibn ‘Isa al-Juhani dari Hanzalah ibn Abi Sufyaan al-Jamhi dari Salim ibn ‘Abdullah dari bapaknya dari ‘Umar ibn al-Khatthab.
At Tirmidzi berkata: “Hadits ini gharib, kami hanya mendapatkannya dari Hammad ibn ‘Isa Al Juhani. Dan dia menyendiri dalam meriwayatkan hadits ini. Dia hanya mempunyai (meriwayatkan) beberapa hadits saja, tapi orang-orang meriwayatkan darinya.” Bagaimanapun juga hadits ini lemah, berdasarkan pada perkataannya Al Hafidh Ibnu Hajar di dalam At Taqrib, dimana beliau menjelaskan tentang riwayat hidupnya dalam At Tahdzib : “Ibnu Ma’in berkata:’Dia adalah Syaikh yang baik’, Abu Hatim berkata: ‘Lemah didalam (meriwayatkan) hadits’, Abu Dawud berkata: ‘Lemah, dia meriwayatkan hadits-hadits munkar’. Hakim dan Naqash berkata:’Dia meriwayatkan hadits-hadits yang tidak kuat dari Ibnu Juraij dan Ja’far Ash Shadiq’, Dia dinyatakan lemah oleh Ad Daraquthni, Ibnu Hibban mengatakan bahwa dia meriwayatkan sesuatu yang salah melalui jalur Ibnu Juraij dan Abdul Aziz bin Umar bin Abdul Aziz, tidaklah diperbolehkan untuk menjadikannya sebagai sandaran, Ibnu Makula berkata:”mereka semua memutuskan hadits-hadits dari dia sebagai hadits lemah’”.

Terdapat hadits yang sejenis dengan hadits

1: “Apabila Rasulullah shallallahu ‘Alaihi wa Sallam berdo’a dan mengangkat kedua tangannya, maka beliau mengusap wajahnya dengannya.” Hadits ini Dha’if.

Diriwayatkan oleh Abu Dawud (1492) dari Ibnu Lahi’ah dari Hafsh bin Hisyam bin ‘Utbah bin Abi Waqqash dari Sa’ib bin Yazid dari ayahnya. Ini adalah hadits dha’if berdasarkan pada Hafsh bin Hisyam karena dia tidak dikenal (majhul) dan lemahnya Ibnu Lahi’ah (Taqribut Tahdzib).
Hadits ini tidak dapat dikuatkan oleh dua jalur hadits berdasarkan lemahnya hadits yang pertama.

2. “Jika kamu berdo’a kepada Allah, kemudian angkatlah kedua tanganmu (dengan telapak tangan diatas), dan jangan membaliknya, dan jika sudah selesai (berdo’a) usapkan (telapak tangan) kepada muka”.
Hadits ini lemah.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1181, 3866), Ibnu Nashr dalam Qiyaamul-Lail (hal. 137), Ath Thabarani dalam Al-Mu’jam al-Kabir (3/98/1) & Hakim (1/536), dari Shalih ibn Hassan dari Muhammad ibn Ka’b dari Ibnu ‘Abbas Radiallaahu ‘Anhu (marfu’).

Lemahnya hadits ini ada pada Shalih bin Hassan, sebagai munkarul hadits, seperti dikatakan Al- Bukhari dan Nasa’i,”Dia tertolak dalam meriwayatkan hadits”; Ibnu Hibban berkata:”Dia selalu menggunakan (mendengarkan) penyanyi wanita dan mendengarkan musik, dan dia selalu meriwayatkan riwayat yang kacau yang didasarkan pada perawi yang terpercaya”; Ibnu Abi Hatim berkata dalam Kitabul ‘Ilal (2/351):”Aku bertanya pada ayahku (iaitu Abu Hatim al-Razi) tentang hadits ini, kemudian beliau berkata: ‘Munkar’.” Hadits dari Shalih bin Hasan ini diriwayatkan juga oleh jalur lain yaitu dari Isa bin Maimun, iaitu yang meriwayatkan dari Muhammad bin Ka’ab, seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Nashr.

Tapi hal ini tidaklah merubah lemahnya hadits ini, sebab Isa bin Maimun adalah lemah. Ibnu Hibban berkata:”Dia meriwayatkan beberapa hadits, dan semuanya tertolak”. An Nasa’i berkata:”Dia tidak boleh dipercaya”. Hadits dari Ibnu Abbas ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud (1485), dan Bayhaqi (2/212), melalui jalur ‘Abdul Malik ibn Muhammad ibn Aiman dari ‘Abdullah ibn Ya’qub ibn Ishaq dari seseorang yang meriwayatkan kepadanya dari Muhammad ibn Ka’b, dengan matan sebagai berikut: “Mintalah kepada Allah dengan (mengangkat) kedua telapak tanganmu, dan minta pada-Nya dengan membaliknya, dan jika kau selesai, maka usaplah mukamu dengannya”. Hadits ini sanadnya dha’if.

Abdul Malik dinyatakan lemah oleh Abu Dawud. Dalam hadits ini terdapat Syaikhnya Abdullah bin Ya’qub yang tidak disebutkan namanya, dan tidak dikenal – Boleh saja dia adalah Shalih Bin Hassan atau Isa bin Maimun. Keduanya sudah dijelaskan sebelumnya. Hadits ini juga diriwayatkan oleh Hakim (4/270) melalui jalur Muhammad ibn Mu’awiyah, yang berkata bahwa Mashadif ibn Ziyad al-Madini memberitahukan padanya bahwa dia mendengar hal ini dari Muhammad ibn Ka’b al-Qurazi. Adz Dzahabi menyatakan bahwa Ibnu Mu’awiyah dinyatakan kadzab oleh Daraquthni, Maka hadits ini adalah maudhu’.

Abu Dawud berkata tentang hadits ini: “hadits ini telah diriwayatkan lebih dari satu jalur melalui Muhammad ibn Ka’b; semuanya tertolak.” Mengangkat kedua tangan ketika melakukan qunut memang terdapat riwayat dari Rasulullah tentangnya, iaitu ketika beliau berdoa terhadap kaum yang membunuh 15 pembaca Al Qur’an (Riwayat Ahmad (3/137) & AthThabarani Al-Mu’jamus-Shaghir (hal. 111) dari Anas dengan sanad shahih

Serupa dengan yang hadits yang diriwaytakan dari Umar dan yang lainnya ketika melakukan Qunut pada Shalat Witir. Namun mengusap muka sesudah du’a Qunut maka tidaklah pernah dicontohkan oleh Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam, tidak juga dari para shahabatnya, ini adalah bid’ah yang nyata. Sedangkan mengusap muka setelah berdoa diluar shalat berdasarkan pada dua hadits. Dan tidaklah dapat dikatakan benar kedua hadits tersebut boleh menjadi hasan, seperti yang dikatakan oleh Al Manawi, berdasarkan pada lemahnya sanad yang ditemukan pada hadits tersebut.

Inilah yang menjadikan alasan Imam An Nawawi dalam Al Majmu bahwa hal ini tidak dianjurkan, menambahkan perkataan Ibnu ‘Abdus-Salaam yang berkata bahwa “hanya orang yang sesat yang melakukan hal ini”. Bukti bahwa mengusap muka setelah berdo’a tidak penah dicontohkan adalah dikuatkan bahwa terdapat hadits-hadits yang tersebut yang menyatakan diangkatnya tangan untuk berdo’a, tapi tidak ada satupun yang menjelaskan mengsuap muka setelahnya, dengan hal ini, wallahu a’lam, hal ini tidak diterima dan tidak pernah dicontohkan.

Nash-nash dalil dengan mengangkat kedua tangan untuk berdoa sangat banyak jumlahnya, namun tidak ada yang memunculkan perkara mengusap muka sedikit pun diantara semua nash yang shahih, selain yang telah dijelaskan diatas.
Mengusap setalah mengangkat kedua tangan ketika berdoa dalam Qunut dalam suatu shalat tidak pula dikuatkan oleh Sunnah nabi atau perbuatan Sahabat. Adapun diluar shalat keshahihan dengan sunnah Nabi adalah sesuatu yang memerlukan peninjauan kerana derajat mauquf pada hadits Umar berkenaan dengan istiqa.
Dari para Sahabat Radhiyallahu Anhum dan generasi setelah mereka juga tidak diketahui adanya sesuatu yang memberikan pengaruh untuk melakukannya, meninggalkannya, atau melarangnya. Oleh kerana itu, jika dilakukan oleh seorang da’i diluar shalat dengan tidak selalu melakukan demikian itu, tentu ia memiliki sesuatu pandangan sebagaimana yang dijelaskan diatas.

Wallahu a’lam bish shawab

Sumber : Kitab Irwa’ul Ghalil 2/178-182. Karya Syaikh Muhammad Nashiruddin al Albani

Jihad Penuhi Tanggungjawab Kepada Allah

January 16, 2009 by admin  
Filed under Berita PGX, Latest, Mimbar Agama

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“JIHAD PENUHI TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH”
(16 Januari 2009 / 19 Muharram 1430H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya pertolongan Allah amat dekat dengan orang yang bertakwa. Supaya dengan itu, kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: “JIHAD PENUHI TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH“.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Jika kita mengimbau sejarah peperangan dunia pertama pada tahun 1917 dan peperangan dunia kedua pada tahun 1941, beberapa penganalisis perang meramalkan bahawa perang dunia ketiga akan bermula di Timur Tengah. Ramalan ini diasaskan kerana rantau Timur Tengah adalah kawasan yang paling tegang di dunia ketika ini disebabkan wujudnya kumpulan jihad yang tidak pernah berputus asa menentang penubuhan negara haram Israel.

Peperangan yang berlaku di dunia ini bukanlah perkara yang disukai oleh manusia, malah ia adalah perbuatan terkutuk. Peperangan dianggap perbuatan terkutuk kerana ia membunuh ramai manusia yang tidak berdosa dan merosakkan dunia. Selain itu, peperangan juga menjadi alat di kalangan penjajajah, pengkhianat, imperialis dan pengganas untuk merebut negara orang serta merampas kekayaan sesuatu bangsa.

Bagaimana pun, adakalanya peperangan itu adalah perbuatan terpuji iaitu jihad fi sabilillah, peperangan di jalan Allah atau perang suci Islam. Perang jihad dianggap terpuji apabila dilakukan untuk melenyapkan pengkhianat, menentang penjajah, mengusir imperialis dan mempertahankan kebebasan beragama. Dengan demikian perang fi sabilillah adalah satu-satunya bentuk peperangan yang dibenarkan dalam Islam. Namun persoalan besar timbul ialah mengapa jihad dalam Islam mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT?.

Dengan berjihad, maka maruah Islam terpelihara, umatnya terbela dan terjamin mulia. Skop jihad itu sangat luas. Ia bukan sahaja berperang melawan musuh yang ingin menjajah kedaulatan sesebuah negara tetapi berusaha membebaskan negara dan rakyat dari kesengsaraan penjajahan. Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Haji ayat 39-40:

Yang Bermaksud: “Diizinkan berperang bagi orang yang diperangi, sebab mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka. Iaitu mereka yang diusir dari kampung dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat sembahyang kaum Yahudi, dan juga masjid-masjid yang disebut banyak nama Allah padanya; dan bahawa Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Berdasarkan ayat ini Allah berjanji menolong mereka yang berperang fi sabilillah untuk mempertahankan diri dari pengusiran, mempertahankan diri dari penganiayaan, dan mempertahankan diri dengan berpendirian bahawa Tuhan kami ialah Allah. Dalam surah al- Anfal ayat 65 pula, Allah SWT telah menggambarkan bagaimana pertolongan-Nya diturunkan ke atas umat Islam yang sedikit jumlahnya dapat mengalahkan musuh yang ramai dengan nisbah kekuatan 20 orang mengalahkan 200 orang tentera musuh.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kekuatan dan bantuan rohaniah ini juga telah diberikan oleh Allah SWT kepada tentera Islam di dalam peperangan Ahzab yang seramai 3,000 orang menewaskan pakatan musyrikin Madinah dan Mekah berjumlah 10,000 orang. Manakala dalam peperangan Mu’tah, tentera Islam seramai 3,000 orang berjaya menewaskan tentera Rom berjumlah 20,000 orang. Mimbar berpendapat bahawa perjuangan Hamas, Hizbullah dan kumpulan jihad lain menentang Israel adalah jihad fi sabilillah.

Selari dengan pendapat ulama, maka mimbar menyatakan bahawa perjuangan umat Islam Palestin menentang Israel adalah perang fi sabilillah. Pendapat ini menyatakan bahawa hukum berjihad adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam yang negerinya telah diserang oleh musuh. Bagaimanapun, ia menjadi fardhu kifayah ke atas umat Islam yang lain, yang berada di luar wilayah bergolak tersebut. Menurut Sheikh Ibn Taimiyyah, mempertahankan bumi umat Islam daripada musuh yang mengganas dan memusnahkan Islam serta kehidupan umat Islam adalah kewajipan yang paling penting ke atas setiap umat Islam selepas iman. Sesungguhnya Islam memberi penghormatan tinggi kepada mereka yang mati dalam perang fi sabilillah. Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 169:

Yang Bermaksud: ”Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.”

Walaupun Islam membenarkan perang fi sabilillah tetapi umat Islam hendaklah mematuhi etika peperangan. Abu Bakar As- Siddiq pernah berpesan kepada kaum muslimin sebelum berangkat ke medan perang dengan mengingatkan tenteranya supaya jangan berbuat khianat, membunuh bayi, membunuh orang tua, membunuh kaum wanita, menyembelih binatang ternakan, menebang pokok, menghancurkan rumah penduduk, membakar ladang pertanian, mengganggu orang beribadat dan menyerang mereka pada waktu subuh untuk mengelak kaum wanita dan kanak-kanak menjadi panik.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mimbar ingin menarik perhatian sidang Jumaat bahawa umat Islam di seluruh dunia berjumlah 1.3 bilion, manakala penduduk Yahudi seramai 6 juta orang sahaja. Apa yang menjadi isu ialah kekuatan tentera Israel dan dasar peluasan wilayahnya menyebabkan negara Arab sekitarnya berdiam diri kecuali kumpulan jihad Islam yang berani menembusi kekebalan Israel. Perang fi sabilillah di Palestin adalah untuk mempertahankan hak Allah dan umat Islam. Kumpulan jihad ini dibentuk oleh orang-orang yang beriman dan berjuang atas dasar mematuhi perintah dan ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh itu, mereka melakukan jihad yang berterusan dan inilah yang sedang berlaku di Gaza dan beberapa kawasan di Palestin. Pertembungan rejim Zionis dengan kumpulan jihad, diibaratkan sebagai pertemuan buku dengan ruas kerana kumpulan jihad sebenarnya tidak takut mati. Manakala rejim Zionis pula adalah puak yang takut mati.

Keganasan Israel berkait rapat dengan tabiat buruk Bani Israel. Dalam al-Qur’an disebutkan bahawa mereka bertabiat angkuh, suka mempersenda para Nabi, sangat tamak, suka menyalahi janji, suka berbohong, bersifat melampau, suka melakukan kerosakan di laut dan di darat, kufur nikmat, suka menyalahi janji dan mencampur adukkan yang hak dengan yang batil. Tabiat buruk ini menjadi satu kebanggaan kepada mereka walaupun tinggi ilmu pengetahuan dan hidup lebih moden.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Ketinggian semangat jihad dan kekuatan pertahanan memberi kesan yang besar dalam membantu kejayaan jihad dengan berkesan. Sejarah kerajaan Malaysia membantu rakyat Palestin amat dikagumi dan dipuji oleh masyarakat Islam antarabangsa. Langkah terbaru YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memanggil sidang khas parlimen, mendesak Majlis Keselamatan PBB supaya mengadakan perhimpunan agong khas mengutuk Israel dan mematuhi resolusi PBB adalah tindakan berani. Oleh itu, sebagai mengakhiri khutbah, mimbar menyeru pemimpin dan umat Islam mengambil langkah tambahan lain seperti berikut:

  1. Pertama: melakukan perancangan strategik dalam menguatkan sistem pertahanan negara-negara Islam;
  2. Kedua: membangunkan industri ketenteraan dan pertahanan serta tidak bergantung kepada bekalan senjata daripada negara Barat;
  3. Ketiga: mewujudkan pakatan tentera di kalangan negara Islam;
  4. Keempat: menubuhkan pusat-pusat sukrelawan Islam dan tabung jihad yang berterusan bagi membantu umat Islam yang ditindas; dan
  5. Kelima: tidak membenarkan pengkalan tentera asing dibina di negara Islam kerana sering digunakan sebagai pusat risikan.

Yang Bermaksud: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” (Al-Anfaal:60)

Mimbar Jumaat – TANGISAN GAZA

January 9, 2009 by admin  
Filed under Berita PGX, Mimbar Agama

intro

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekelian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: “TANGISAN GAZA “.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari yang mulia ini, mimbar ingin menarik perhatian kita semua mengenai penderitaan rakyat Palestin. Pada masa ini wilayah Palestin semakin sempit hanya tinggal ’sekangkang kera’ iaitu semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Umat Islam Palestin semakin terhimpit dan terhapus di bumi Palestin. Hari ini genap hari ke-14, di mana beribu-ribu orang Palestin terkorban dan tercedera.

Kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin sejak abad ke-20 dan hingga kini, mengingatkan kita kepada keganasan Yakjuj dan Makjuj yang disebutkan dalam al-Qur’an. Menurut Doktor Ali Shariati, pakar sosiologi dan penggerak revolusi Iran menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan Yakjuj dan Makjuj adalah merujuk kepada kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat dan Yahudi.

Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Syeikhul Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa ini melalui bukunya ‘Israel fi al-Qur’an wa as-Sunnah‘, bahawa Israel sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya. Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan Arab. Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, semenanjung Sinai dan termasuklah Madinatul Munawwarah.

Sifat keji Bani Israel ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78:

Maksudnya: “ Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.

Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

Kita amat kesal atas sikap tidak bertanggungjawab Amerika Syarikat yang menyokong jenayah keganasan yang dilakukan oleh kumpulan ini. Kita juga kecewa atas sikap negara-negara kuasa besar lain yang berdiam diri apabila melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam, dan begitu pro-aktif apabila isu-isu yang menyentuh kepentingan masyarakat yang bukan Islam.

Adalah satu hakikat bahawa Islam dan ummah tidak boleh bergantung kepada simpati dan bantuan golongan kuffar. Oleh kerana itulah Allah SWT memberikan kita peringatan bahawa golongan kuffar tidak sekali-kali akan melindungi Islam dan ummah melainkan mereka dijadikan sanjungan dan pujaan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120:

Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

Islam mengajar kita bahawa umat Islam adalah bersaudara dan wajib dibela. Amatlah salah, kita membiarkan saudara kita di Palestin menderita, tanpa kita melakukan apa-apa. Sedarlah, bahawa kita bukan sahaja wajib membela dan meringankan penderitaan saudara kita di Palestin, tetapi kita sebagai umat Islam juga wajib turut sama mempertahankan kesucian Baitul Maqdis kerana ia adalah kiblat pertama dalam syiar agama kita. Baitul Maqdis juga adalah tempat Rasulullah SAW Israk dan Mikraj, ia juga merupakan masjid kedua dibina di bumi ini dan ia juga tempat yang diberkati dan dilipatgandakan pahala serta diampunkan dosa.

Justeru itu, mimbar ini menyeru kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia, marilah kita membantu meringankan penderitaan saudara kita di Palestin dengan sama-sama mengambil tindakan berikut:

  • Pertama: menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita melalui badan-badan diiktiraf oleh kerajaan yang akan menyalurkannya melalui Kementerian Luar Negeri atau Wisma Putra;
  • Kedua: bersama-sama memboikot dan memulau perkhidmatan seperti perbankan, insuran dan dan barangan seperti produk makanan, syarikat minyak atau yang mempunyai kepentingan dengan Amerika dan Israel;
  • Ketiga: negara-negara OIC dan lain-lain negara serta umat Islam patut menghentikan dan mengelak dari terus menggunakan mata wang dolar dalam sebarang urusan perdagangan;
  • Keempat: menginsafi akan bahaya perpecahan kepada ummah dan perlunya tindakan segera dalam menyatupadukan ummah di kalangan negara Islam seluruh dunia; dan
  • Kelima: tanpa jemu, kita hendaklah memastikan bahawa penjenayah pernag Gaza di bawa kemuka pengadilan dan terus memburu mereka walau di mana juga.

Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

Mungkin sekali imbas amat sukar untuk mengalahkan Israel dan sekutunya, kerana memiliki peralatan ketenteraan dan senjata nuklear yang hebat kecuali dengan kuasa Allah. Oleh itu, mimbar ini juga menyeru masjid-masjid seluruh negara mengadakan solat sunat hajat dan bacaan qunut nazilah, memohon doa kehadrat Allah SWT agar dikurniakan kepada pejuang Palestin dan Hamas khususnya, kekuatan semangat dan kecekalan hati serta kemenangan dalam menghadapi kezaliman Israel. Seluruh umat Islam juga diseru agar sama-sama mendo’akan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

__________________
Sumber diambil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Next Page »