Biggest Outing Organized At Bintulu
March 10, 2010 by dzul pxs
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, Member News, News, Photography, featured

Bintulu, 6 Mac 2010 – Seramai hampir 35 orang jurugambar yang dikumpul diseluruh bandar Bintulu telah turut serta dalam satu aktiviti fotografi yang julung kalinya diadakan disekitar bandar Bintulu. Gabungan beberapa kumpulan fotografi yang terdiri daripada jurugambar junior, amatur dan juga jurugmbar senior berkumpul untuk sama-sama meluangkan masa hujung minggu berkongsi idea serta pengalaman dalam bidang fotografi.

Antara kumpulan-kumpulan tersebut adalah Fotosyntesis Photography, Rasa Best Photography, Dzulfotografi, Lomography dan juga Rizal Photography. Beberapa pengiat fotografi secara perseorangan juga turut serta dalam program yang diadakan bermula jam 2 petang bertempat di Esplanade Bintulu.
Antara pengisian program yang dianjur oleh Encik Rizal Julaihi (Rizal Photography) dan Encik Zulhafizan Jamel (Dzulfotografi), selaku penasihat, adalah sesi fotografi yang bertemakan “Gadis Kampung Masuk Bandar”, sambungan episod siri fotografi yang bertajuk “Gadis Kampung” yangtelah diadakan di satu kawasan sekitar Pekan Tatau tidak lama dahulu. Selain itu, tema fotografi “Lorong Belakang” juga sempat diadakan dan lokasi yang telah dipilih ialah lorong belakang bangunan. Dalam pada itu juga diselitkan sesi fotografi secara bebas dimana model-model yang turut serta diberi peluang untuk beraksi dengan gaya tersendiri dan jurugambar juga berpeluang untuk mengarah serta mengawal gaya serta ‘posing’ yagn dikehendaki. Interaksi seperti ini mendorong para jurugambar untuk lebih selesa mendapatkan hasil gambar yang menarik.
Antara objektif utama program ini adalah untuk menguji sejauh mana para jurugambar yang turut serta dapat mengaplikasi secara praktikal bagaimana untuk mengawal model yang disediakan dan memenuhi syarat dan tema yang diberikan. Selain itu juga, beberapa aspek penting dalam mengawal sifat malu dikhalayak ramai turut diajar kepada model dan juga jurugambar.
Program yang bermula dikawasan bandar berakhir di pantai Tanjung Batu, Bintulu. Sebelum berakhir, sesi fotografi bebas disambung semula dengan siri fotografi bebas dimana lokasi yang dipilih ialah di sekitar kawasan pantai. Dalam pada itu, jurugambar yang turut serta tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan masa yang ada dengan merakamkan detik indah senja ditepian pantai yang jarang ditemui kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.
Program berakhir sekitar jam 6.30 petang dan semua peserta program kembali ke rumah masing-masing dengan gembira dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang program berkenaan.
Laporan dari tempat kejadian oleh dzulpxs / agent24 untuk berita www.pgx.com.my
PETRA INVITATIONAL FOOTBALL LEAGUE 2010
February 13, 2010 by admin
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, News, Sports
Venue:Stadium C & D
6 feb – 4 April 2010
SARAWAK CUP PICS PART II
January 13, 2010 by admin
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, News, Paintball, Sports
Division A: champion team Raskal, 2nd Nemesis Legion, 3rd Delta Rovers and 4th Beezwaxers.
Division B: champ team ssc killer, 2nd North Borneo Syndicate, 3rd Sarawak Riders and 4th Phantom X.
Division C: Champ team Pitbull, 2nd ssc happy, 3rd Rukun 13 and 4th Unknown Soldiers.
Congratz organizer…
SARAWAK CUP PICS
January 11, 2010 by admin
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, Paintball, Sports
Pics day 1 + 1 = ?
by jins + dead
Kemalangan di Jalan Balai Ringin – Simunjan
January 9, 2010 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, News, featured
SIMUNJAN, – Selang 30minit, dua kemalangan melibatkan 3 buah kereta telah berlaku di suatu kaki bukit, kilometer 90 Jalan Kuching – Sri Aman (Sempadan Balai Ringin & Simunjan). Kejadian pertama melibatkan sebuah Honda City yang dipandu oleh seorang doktor wanita berbangsa melayu telah terbabas ke dalam longkang setelah merempuh limpahan air yang bertakung di kaki bukit.
Kemalangan kedua berlaku kira-kira 30minit kemudian apabila sebuah Perodua Kancil yang dipandu oleh seorang jejaka bidayuh yang hensem (agent littlemonster17) turut merempuh limpahan air tersebut.Akibatnya, kenderaan beliau telah terbabas ke dalam semak samun. Rakannya pula, memandu Perodua Kelisa yang mengekori rapat di belakang juga gagal mengawal kenderaan, lalu terbabas ke dalam longkang yang dipenuhi air. Kedua-dua mangsa adalah dalam perjalanan menuju ke Miri setelah bercuti menyambut Hari Krismas di Kuching.
Kejadian ini terjadi kerana kesemua mangsa tidak menyedari bahawa limpahan air tersebut sebenarnya agak dalam, dan bukannya lopak air semata-mata. Walau bagaimanapun, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.


Menurut pihak polis & penduduk setempat, beberapa kemalangan telah terjadi di tempat yang sama pada malam sebelumnya. Ekoran dari kemalangan tersebut, pihak CMS telah bergegas ke tempat kejadian untuk memasang tanda amaran untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Sekian dari saya, agent littlemonster17
Mati Kerana Bergaduh di Muara Tebas
January 5, 2010 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, Member News, News
Kes mabuk pendatang berakhir dengan kematian apabila kesabaran penduduk di kawasan berkenaan tidak dapat dileraikan.
Kes Bunuh Diri, Kuching Sarawak
January 2, 2010 by admin
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, News
Lagi kes bunuh diri di Kuching Sarawak, agent24 sedang berusaha mendapatkan cerita bagi kejadian ini. Stay tune.
Gadai nyawa elak tangkapan khalwat
January 2, 2010 by themanwithnoname
Filed under Isu Semasa, News
KUANTAN – Seorang gadis sanggup bergadai nyawa dengan mencangkung di ruang selebar 20 sentimeter di tingkat empat sebuah hotel murah di Jalan Wong Ah Jang di sini bagi mengelak ditangkap berkhalwat oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) semalam.
Bagaimanapun, usaha gadis berusia 20 tahun itu untuk menyembunyikan diri tidak berjaya apabila dia dikesan oleh anggota JAIP dalam Operasi Insaf tersebut.
Gadis yang berasal dari Dungun, Terengganu itu dikatakan didesak teman lelakinya untuk bersembunyi di ruang kecil berkenaan selepas menyedari bilik mereka diserbu anggota penguat kuasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu bilik tersebut selama hampir 15 minit sebelum dibuka oleh seorang lelaki.
Berita diambil dari http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
Apa nak jadi..
Kebakaran di India Street Kuching 23.12.2009
December 23, 2009 by admin
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, News



Kuching: Kebakaran yang belaku pada jam lebih kurang 9.40pm ini telah mengakibatkan kerugian besar untuk peniaga peniaga di hadapan Sungai Sarawak. Tiada kemalangan jiwa setakat ini dilaporkan. Kerugian masih belum dapat di pastikan. Keadaan kelam kabut dimana peniaga lain yang berhampiran kawasan India street telah pun bergegas untuk menyelamatkan harta benda mereka..
pics by aiyok.
PROMOSI SUKAN PAINTBALL
December 19, 2009 by admin
Filed under Berita PGX, Isu Semasa, News, Paintball, Sports
Persatuan Paintball Sarawak terlibat dengan promosi sukan paintball sempena sambutan maal hijrah di Masjid Jamek Negeri Sarawak dari 18-19 Disember 2009.

















































































































































































































































































