Biggest Outing Organized At Bintulu

Utusan Sarawak

Bintulu, 6 Mac 2010 – Seramai hampir 35 orang jurugambar yang dikumpul diseluruh bandar Bintulu telah turut serta dalam satu aktiviti fotografi yang julung kalinya diadakan disekitar bandar Bintulu. Gabungan beberapa kumpulan fotografi yang terdiri daripada jurugambar junior, amatur dan juga jurugmbar senior berkumpul untuk sama-sama meluangkan masa hujung minggu berkongsi idea serta pengalaman dalam bidang fotografi.

News Cutting

Antara kumpulan-kumpulan tersebut adalah Fotosyntesis Photography, Rasa Best Photography, Dzulfotografi, Lomography dan juga Rizal Photography. Beberapa pengiat fotografi secara perseorangan juga turut serta dalam program yang diadakan bermula jam 2 petang bertempat di Esplanade Bintulu.

Antara pengisian program yang dianjur oleh Encik Rizal Julaihi (Rizal Photography) dan Encik Zulhafizan Jamel (Dzulfotografi), selaku penasihat, adalah sesi fotografi yang bertemakan “Gadis Kampung Masuk Bandar”, sambungan episod siri fotografi yang bertajuk “Gadis Kampung” yangtelah diadakan di satu kawasan sekitar Pekan Tatau tidak lama dahulu. Selain itu, tema fotografi “Lorong Belakang” juga sempat diadakan dan lokasi yang telah dipilih ialah lorong belakang bangunan. Dalam pada itu juga diselitkan sesi fotografi secara bebas dimana model-model yang turut serta diberi peluang untuk beraksi dengan gaya tersendiri dan jurugambar juga berpeluang untuk mengarah serta mengawal gaya serta ‘posing’ yagn dikehendaki. Interaksi seperti ini mendorong para jurugambar untuk lebih selesa mendapatkan hasil gambar yang menarik.

Antara objektif utama program ini adalah untuk menguji sejauh mana para jurugambar yang turut serta dapat mengaplikasi secara praktikal bagaimana untuk mengawal model yang disediakan dan memenuhi syarat dan tema yang diberikan. Selain itu juga, beberapa aspek penting dalam mengawal sifat malu dikhalayak ramai turut diajar kepada model dan juga jurugambar.

Program yang bermula dikawasan bandar berakhir di pantai Tanjung Batu, Bintulu. Sebelum berakhir, sesi fotografi bebas disambung semula dengan siri fotografi bebas dimana lokasi yang dipilih ialah di sekitar kawasan pantai. Dalam pada itu, jurugambar yang turut serta tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan masa yang ada dengan merakamkan detik indah senja ditepian pantai yang jarang ditemui kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.

Program berakhir sekitar jam 6.30 petang dan semua peserta program kembali ke rumah masing-masing dengan gembira dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang program berkenaan.

Laporan dari tempat kejadian oleh dzulpxs / agent24 untuk berita www.pgx.com.my

Rumah tergadai gara gara bermain api di Saratok

Saratok,Ahad,7/2/2010..tepat jam 4.14pm berlaku kebakaran rumah dikampung Masjid Saratok.Kebakaran melibatkan 3 buah rumah dan sebuah stor

Api marak dengan cepat sekali walaupun dalam keadaan hujan lebat.Difahamkan punca kebakaran bermula dari 2 orang kanak-kanak bermain api..bomba berjaya mengawal kebakaran dalam masa 15 minit.Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Gambar oleh agent24 HajiJump

DSC04003DSC04014

Kebakaran di Kuching

Kuching: 07 FEB . Satu kebakaran telah berlaku kira kira pada pukul 1030 malam dekat Wayang Street.

Kebakaran ini telah memusnahkan kedai cat dan kedai tattoo yang berada di bangunan lama 2 tingkat tersebut.

Gambar credit to menteri-besar-raja-pasola for the pics

new_agent241

Kemalangan di Jalan Balai Ringin – Simunjan

SIMUNJAN, – Selang 30minit, dua kemalangan melibatkan 3 buah kereta telah berlaku di suatu kaki bukit, kilometer 90 Jalan Kuching – Sri Aman (Sempadan Balai Ringin & Simunjan). Kejadian pertama melibatkan sebuah Honda City yang dipandu oleh seorang doktor wanita berbangsa melayu telah terbabas ke dalam longkang setelah merempuh limpahan air yang bertakung di kaki bukit.

Kemalangan kedua berlaku kira-kira 30minit kemudian apabila sebuah Perodua Kancil yang dipandu oleh seorang jejaka bidayuh yang hensem (agent littlemonster17) turut merempuh limpahan air tersebut.Akibatnya, kenderaan beliau telah terbabas ke dalam semak samun. Rakannya pula, memandu Perodua Kelisa yang mengekori rapat di belakang juga gagal mengawal kenderaan, lalu terbabas ke dalam longkang yang dipenuhi air. Kedua-dua mangsa adalah dalam perjalanan menuju ke Miri setelah bercuti menyambut Hari Krismas di Kuching.

Kejadian ini terjadi kerana kesemua mangsa tidak menyedari bahawa limpahan air tersebut sebenarnya agak dalam, dan bukannya lopak air semata-mata. Walau bagaimanapun, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

pgx_crash01pgx_crash02
Menurut pihak polis & penduduk setempat, beberapa kemalangan telah terjadi di tempat yang sama pada malam sebelumnya. Ekoran dari kemalangan tersebut, pihak CMS telah bergegas ke tempat kejadian untuk memasang tanda amaran untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sekian dari saya, agent littlemonster17

World Cup Asia Day 3 pictures

November 28, 2009 by admin  
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, featured

Tq knight, tq sayyid, tq tukang edit. tq players..tq organizer…

WORLD CUP ASIA DAY 2 PICS

November 27, 2009 by admin  
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, News, featured

World Cup Asia day 2 pics, check it out…

WORLD CUP ASIA DAY 1 PICS

November 24, 2009 by admin  
Filed under Agent24 Exclusive Report, Isu Semasa, Latest, News, Sports, featured

DIV 1

1ST = HOSTILE INTENTIONS FROM AUSTRALIA
2ND = SWAT FROM AUSTRALIA
3RD = DFT ECLIPSE FROM IRAN
4TH = STK FROM AUSTRALIA (PERTH)

DIV 2

1ST = HYTORIOUS FROM THAILAND
2ND = GLOBAL PINOY 2 FROM PHILIPINE
3RD = MISSION TO MARS FROM THAILAND
4TH = SPLATMASTERS FROM PHILIPINE

DIV 3

1ST = SSC KILLER FROM MALAYSIA
2ND = OSCAR LEGIO X FROM MALAYSIA
3RD = PPS SYNDROME FROM MALAYSIA
4TH = NITAMAGO 1 FROM JAPAN

DIV 4

1ST = OVERKILL FROM MALAYSIA
2ND = CONTRACT KILLERS FROM SINGAPORE
3RD = SPUNKY MILITIA FROM MALAYSIA
4TH = YING YANG FROM MALAYSIA

CONGRATULATION TO ALL THE WINNERS!!!!!!

congrats to all teams yg participate…

congrats to teams yg make it to the next round….

congrats to all winners….

congrats to Persatuan Paintball SARAWAK (PPS) for all the opportunity, efforts and supports…

KPSU for all time supports towards this beloved sport…thank you…

and to ALL PPS members, fellow team mate (Zai, Padel, Richard, Aypool, Azam)…thankyou bros…for those yg sik dpt main during this WCA 2009 (Apai & Syeff)…jasamu dikenang selalu…tunjuk ajar, tegoran and moral supports kitak duak mmg berbaloi and really appreciated…

SYNDROMES family (DEADSTAR, PGX, HEADHUNTERS, TROOPERS) for the most needed supports during the semis and 3rd/4th placing games…..

RUKUN 13 for the outstanding moral supports during QF & 3rd/4th placing…kitak urg nang stedeeeeeyhh!!

and to all fellow paintballers yg supports (moral, tenaga, teknikal)….THANK YOU SO MUCH!

you guys really really really really really ROOOOOOOOOOCKSSSSS…..!!!!

OOOOOOoooooOOOOoOooOOOOOOOoOOooOoOOooOOOOOOOhhaaaaaaaaaaaa!!!!!

-PPS SYNDROME-

JPJ tidak pernah meluluskan pengubahsuaian reka bentuk motosikal

November 8, 2009 by themanwithnoname  
Filed under Evo Magazie, Isu Semasa, Latest, News, featured

KUCHING: JABATAN PENGANGKUTAN JALAN tidak pernah meluluskan pengubahsuaian reka benruk motosikal dah skuter di negeri ini, melainkan warnanya.

pengarah JPJ sarawak Abdul Hamed Akob berkata, semua motosikal termasuk skuter yang telah di ubahsuai di negeri ini adalah menyalahi undang undang.

semua motosikal atau skuter yang telah dimodifikasi baik untuk kegunaan harian ataupun autoshow adalah menyalahi undang undang,” katanya dalam sidang Kompleks JPJ Negeri di sini semalam

Justeru, beliau menyarankan agar orang ramai yang melihat motosikal yang telah dimodifikasi dan digunakan di jalan raya agar segera menghubungi JPJ dan tindakan segera akan di ambil.

pengubahsuaian mtosikal dan skuter oleh pemilik disini adalah berleluasa dan ia dilakukan baik untuk kegunaan harian atau khas untuk autoshow.

saya meminta agar orang ramai yang melihat motosikal yang telah dimodifikasikan digunakan di jalan raya agar segera menghubungi JPJ dan tindakan segera akan diambil,” katanya.

[Tutorial] Planet PGX Wallpaper!

August 14, 2009 by themanwithnoname  
Filed under Graphics, Latest, Tutorials, featured

LOGO

PLANET-PGX

Salam sejahtera. Kali tok kita kan stadi cara cara molah planet dikpun/wallpaper kedak di atas. .

Software: Adobe Phototshop CS3

Klik jak gambar dibah tok untuk penjelasan lebih besar. Selamat mencuba!

TUTORIALfinalPLANETPGX

Kebakaran Hutan Di Bintulu

Bintulu, 4 Ogos 2009 – Kebakaran hutan berlaku pada sebelah tengahari dan berlanjutan sehingga ke petang dimana kepanasan yang melampau menyebabkan hutan dan kawasan kering sekitar jalan utama Tatau-Bintulu (Pan-Borneo Highway) terbakar teruk dan semakin merebak jauh ke dalam hutan berdekatan. Saksi yang berkesempatan mengambil gambar berkenaan dalam perjalanan dari Pekan Tatau menuju ke Bintulu untuk urusan kerja, memberhentikan kenderaan beliau untuk merakamkan saat berikut serta membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut supaya ianya tidak semakin teruk.

Jalan Tatau-Bintulu

Antara kawasan yang terjejas teruk akibat kebakaran hutan ini pada hari semalam adalah dikawasan Semanok, Jln. Tatau-Bintulu dan juga Bukit Setiam, Jln. Tatau-Bintulu dan kawasan-kawasan lain hanya mengalami kebakaran kecil sahaja. Keadaan pagi td amat kurang memuaskan dan jarak penglihatan secara tidak rasminya menjangkau 500-700 meter sahaja dan banyak kenderaan yang menggunakan laluan jalan ini memandu dengan perlahan dan membuka lampu kereta supaya mudah dilihat dari arah hadapan.

Menurut sumber daripada berita radio, pagi td, seluruh bahagian di Sarawak mula diselubungi jerebu akibat kepanasan kemarau dan kebakaran hutan yang berlaku sejak minggu lepas lagi. Fenomena ini akan berterusan sehingga penghujung September atau awal Oktober dan ianya sukar untuk dibendung dan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar kerana ianya boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.

Kebakaran Hutan di Bintulu

Kebakaran Hutan Di Bintulu 2

Kebakaran Hutan Di Bintulu 3

Kebakaran Hutan Di Bintulu

Kebakaran Hutan Di Bintulu

Kebakaran Hutan Di Bintulu

Laporan & Gambar oleh dzulpxs | Agent24 Bintulu.

Next Page »