Rumah tergadai gara gara bermain api di Saratok
February 7, 2010 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, News, featured
Saratok,Ahad,7/2/2010..tepat jam 4.14pm berlaku kebakaran rumah dikampung Masjid Saratok.Kebakaran melibatkan 3 buah rumah dan sebuah stor
Api marak dengan cepat sekali walaupun dalam keadaan hujan lebat.Difahamkan punca kebakaran bermula dari 2 orang kanak-kanak bermain api..bomba berjaya mengawal kebakaran dalam masa 15 minit.Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Gambar oleh agent24 HajiJump
Kebakaran di Kuching
February 7, 2010 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, News, featured
Kuching: 07 FEB . Satu kebakaran telah berlaku kira kira pada pukul 1030 malam dekat Wayang Street.
Kebakaran ini telah memusnahkan kedai cat dan kedai tattoo yang berada di bangunan lama 2 tingkat tersebut.
Gambar credit to menteri-besar-raja-pasola for the pics
Kemalangan di jalan Sarikei-Selalang
February 6, 2010 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, News
SARIKEI, SELALANG, 6 FEBRUARI 2010, SABTU – Satu kemalangan sendiri telah berlaku iaitu seawal jam 4 pagi di jalan Sarikei – Selalang, seperti diceritakan oleh penduduk kampung Selalang ..Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Proton Gen2 yang didaftarkan di Sibu, dan seramai dua orang telah mengalami kecederaan ringan manakala salah seorang daripada mereka telah dimasukkan di Hospital Sarikei akibat kecederaan teruk di kepala dan badan..
Menghairankan, tiada laporan dibuat semenjak kemalangan itu terjadi sehinggalah salah seorang daripada rakan kami, seorang agen tarik kereta menerima panggilan daripada rakannya yang tinggal berhampiran..Sangkaan kami pada mulanya kemalangan itu baharu sahaja berlaku, namun terkejut sebaik sahaja mendengar cerita bahawa kemalangan itu sudah lama terjadi.Polis trafik juga sudah dimaklumkan dan mereka bergegas ke tempat kejadian.Sebelum itu, mereka tidak mengetahui tentang kejadian kemalangan itu. Dipercayai kereta itu gagal dikawal selepas melalui satu selekoh yang agak merbahaya lalu terus terbabas memasuki lorong jalan sebelah sebelum meluncur ke dalam parit..Melalui pengamatan kami, kereta itu dipandu laju berikutan kesan yang dapat dilihat dan kereta itu berpusing dua kali sebelum terbalik. Agent24 Mobydick9 , melaporkan utk http://www.pgx.com.my sekian, terima kasih.. gambar menceritakan segalanya..
KAPAL TERBANG RINGAN TERHEMPAS DI SIMUNJAN
January 25, 2010 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, Member News, News
KUCHING, Jan 24 (Bernama) — A light aircraft crashed into jungle in Sungai Ladong, Simunjan, in Samarahan Sunday, killing the pilot and injuring a surgeon who was also on board, police said.
Simunjan police chief DSP Choo Yin Kok identified the pilot as Stanley Tiong, 61, and the surgeon as Dr Ngu Siu Kong, 58, of the Normah Medical Specialist Centre here.
He said the police rushed two officers and 18 men to the spot after villagers called to inform about the crash at 9am and found the plane caught in the trees.
Dr Ngu was still in the aircraft when the search-and-rescue team got there but fell to the ground suddenly and sustained injuries, he told Bernama when contacted.
Choo could not give details of the aircraft route and flight time but Bernama learnt that the plane was on a flight from Kuching to Sibu when it crashed.
He said the Royal Malaysia Air Force (RMAF) was also involved in the SAR operation, with the use of a Nuri helicopter.
Meanwhile, an ambulance of the armed forces medical centre at the Kuching airbase brought Tiong’s body and Dr Ngu to the Sarawak General Hospital at 1.40pm. Family members of Tiong and Dr Ngu were at the hospital.
After treatment at the hospital, Dr Ngu was taken to the Normah Medical Specialist Centre for further treatment.
He was reported to be in stable condition.
– BERNAMA
Sumber berita: Bernama


Picture credit to agent007
Lori Kontena terbalik di Sejingkat
January 19, 2010 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Latest, News
Sebuah lori kontena terbalik di Sejingkat. Punca kemalangan belum dipastikan.
Laporan oleh agent24,agent007.
Kemalangan di Jalan Balai Ringin – Simunjan
January 9, 2010 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, News, featured
SIMUNJAN, – Selang 30minit, dua kemalangan melibatkan 3 buah kereta telah berlaku di suatu kaki bukit, kilometer 90 Jalan Kuching – Sri Aman (Sempadan Balai Ringin & Simunjan). Kejadian pertama melibatkan sebuah Honda City yang dipandu oleh seorang doktor wanita berbangsa melayu telah terbabas ke dalam longkang setelah merempuh limpahan air yang bertakung di kaki bukit.
Kemalangan kedua berlaku kira-kira 30minit kemudian apabila sebuah Perodua Kancil yang dipandu oleh seorang jejaka bidayuh yang hensem (agent littlemonster17) turut merempuh limpahan air tersebut.Akibatnya, kenderaan beliau telah terbabas ke dalam semak samun. Rakannya pula, memandu Perodua Kelisa yang mengekori rapat di belakang juga gagal mengawal kenderaan, lalu terbabas ke dalam longkang yang dipenuhi air. Kedua-dua mangsa adalah dalam perjalanan menuju ke Miri setelah bercuti menyambut Hari Krismas di Kuching.
Kejadian ini terjadi kerana kesemua mangsa tidak menyedari bahawa limpahan air tersebut sebenarnya agak dalam, dan bukannya lopak air semata-mata. Walau bagaimanapun, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.


Menurut pihak polis & penduduk setempat, beberapa kemalangan telah terjadi di tempat yang sama pada malam sebelumnya. Ekoran dari kemalangan tersebut, pihak CMS telah bergegas ke tempat kejadian untuk memasang tanda amaran untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Sekian dari saya, agent littlemonster17
Pertandingan Memancing “Gi Ngail Lan” Pustaka
January 5, 2010 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, News, Sports
Kuching: Pertandingan memancing yang diadakan sempena ulangtahun ke-10 pustaka negeri sarawak pada 2 januari 2010 yang lepas bertempat di tasik pustaka. anjuran kelab sukan dan rekreasi pustaka serta dengan kerjasama tce tackles.
Mati Kerana Bergaduh di Muara Tebas
January 5, 2010 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Berita PGX, Isu Semasa, Latest, Member News, News
Kes mabuk pendatang berakhir dengan kematian apabila kesabaran penduduk di kawasan berkenaan tidak dapat dileraikan.
Gadai nyawa elak tangkapan khalwat
January 2, 2010 by themanwithnoname
Filed under Isu Semasa, News
KUANTAN – Seorang gadis sanggup bergadai nyawa dengan mencangkung di ruang selebar 20 sentimeter di tingkat empat sebuah hotel murah di Jalan Wong Ah Jang di sini bagi mengelak ditangkap berkhalwat oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) semalam.
Bagaimanapun, usaha gadis berusia 20 tahun itu untuk menyembunyikan diri tidak berjaya apabila dia dikesan oleh anggota JAIP dalam Operasi Insaf tersebut.
Gadis yang berasal dari Dungun, Terengganu itu dikatakan didesak teman lelakinya untuk bersembunyi di ruang kecil berkenaan selepas menyedari bilik mereka diserbu anggota penguat kuasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu bilik tersebut selama hampir 15 minit sebelum dibuka oleh seorang lelaki.
Berita diambil dari http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
Apa nak jadi..
Kemalangan di Jalan Bintangor-Sibu
December 15, 2009 by themanwithnoname
Filed under Agent24 Exclusive Report, Latest, News
Jalan Bintangor – Sibu: Khamis. Satu kemalangan telah berlaku di Jalan Bintangor Siby kira kira pukul 1.30 tengah hari.
Sebuah kenderaan jenis Ford Ranger dipercayai hilang kawalan dan terbabas.
Tiada kecederaan serius dilaporkan.
Laporan oleh Agent24, evotechsurf@MIRI















