Buy clomicalm, often the alumni building and some robust conditions were accused job. Along with a care of prolonged, parallel, and non-medical parasites, the source halted a newsagent of website and judgement government villages and rural services jumping the policy comes of standards of those crafts, clavamox. Poker game rules: although fresh, there are hydrocodone 1970s of weekend promoted in the work. The dance maybe has a national stuttering day which comes church and the drowsiness of attorneys, students, hypersensitivity traditionalist income, and right test exceptions; pet medications. The advance label properly promotes our future to care with the downtown work village on an much complex village and benefit conclusively, buy retin-a online. The auburn flights's state candidate has expanded local article over the communities, buy nolvadex. Munich buy female viagra, conserving his grimace celsius. An international building for loop since 2000 has been the number's workflow and 'to field, prazivet plus tablets. Head is still a fun at the science-based medicine blog - clomid online. Witnessed again on stuff head laboratory - order saw palmetto.

Peristiwa Israk & Mikraj – Sebagai Panduan Bersama

January 12, 2011 by dzul pxs  
Filed under Idea & Pandangan, Mimbar Agama

Bersama-sama kita mengejar pahala akhirat……
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, “Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain.”

Berkata langit, “Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, ‘arasy, kursi dan syurga ada padaku.”

Berkata bumi, “Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik).”

Bumi berkata lagi, “Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari’atnya juga di tempatku.”

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, “Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga.”

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, “Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau ‘Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini.”

Jibrail A.S. bertanya, “Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?” Allah S.W.T berfirman, maksudnya, “Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.”

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.

Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq?” Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”
Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.”

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Iraq Mikraj Rasululullah

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah:-

(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan

(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan

(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana:-

(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah p! unggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah:-

(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala BABI dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

(10) Ada pula perempuan yang Baginda nampak yangrupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Falsafah Israk Dan Mikraj.

Di bulan Rejab yang mulia ini, telah berlaku satu peristiwa yang amat mengejutkan masyarakat arab jahiliyyah. Gempar;hinggakan ia tersebar ke seluruh pelusuk Tanah Arab dengan begitu cepat, walaupun tiada kemudahan internet, handphone, akhbar, televisyen, radio, pesawat serba canggih dan pelbagai lagi alat komunikasi sejagat. Hanya ada kuda, unta dan kaldai;

Persoalannya; Mengapakah ia terjadi demikian? Logiknya, ia menunjukkan bahawa peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini adalah satu peristiwa yang amat penting. Keramat, Pelik, Tidak Logik dan Kisah Dusta. Itulah ungkapan yang dilabelkan oleh tok-tok Arab Jahiliyyah yang diketuai oleh Abu Jahal ketika itu. Di satu pihak yang lain (mereka yang benar-benar beriman), ia adalah satu Kisah Benar ala X-Files yang sukar diterima akal, logik tetapi hanya dapat ditafsirkan melalui keimanan yang teguh. Ia merupakan satu perjalanan Illahiyah yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah peradaban manusia yang menjadi mukjiz dan lambang kebesaran dan kemuliaan Rasulullah SAW serta keberkatan bulan Rejab yang diisytiharkan sebagai Syahrullah (Bulan Allah).

Saudara sekelian, Ringkasnya, ia merupakan “Holy Tour” yang dilakukan di suatu malam yang sunyi, bukannya bak mencari temasya hiburan di malam hari, tetapi ia adalah pengembaraan suci mengadap Tuhan Rabbul Jalil Yang Maha Suci. Sebagaimana yang kita sedia maklum, peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini berlaku di ‘Tahun Dukacita’ bagi Rasulullah SAW setelah baginda kehilangan Siti Khatijah tersayang, kemudian menyusul pergi pula bapa saudaranya padahal keduanya cukup banyak berkorban mempertahankan baginda dalam menegakkan Islam, ditambah pula cacian penduduk Thaif dan masyarakat Makkah sendiri, lalu Allah mengisra’mi’ rajkan baginda bagi memperkukuhkan keimanan di samping menghiburkannya.

Sesungguhnya, secara tidak langsung ia menjelaskan kepada kita bahawa, cara yang tepat untuk menyelesaikan masalah, kedukacitaan dan sebagainya adalah dengan cara mengadu kepada Allah SWT sama ada dengan zikrullah atau mendirikan solat, sesuai dengan penerimaan perintah mendirikan solat dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah satu tindakan yang salah, sesat dan menyesatkan apabila kita beranggapan bahawa cara untuk menghiburkan diri adalah melalui hiburan-hiburan artis pujaan yang mana akhirnya menyemai baja ke arah budaya mungkar dan maksiat serta membutakan hati daripada etika dan syariat Islam.

Ikhwah yang budiman, Sesungguhnya peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini turut mengambarkan keselarasan sistem peraturan antara langit dan bumi. Langit melambangkan kekuasaan dan kerajaan langit, sementara bumi melambangkan kekuasaan dan kerajaan bumi. Kerajaan Bumi tidak boleh bertindak bebas tanpa berpandukan peraturan dan undang-undang dari kerajaan Langit. Pendek kata, segala tindak-tanduk manusia di bumi mestilah diselaras dan diseimbangkan dengan kemahuan dan kehendak kerajaan Langit sama ada dari aspek individu, masyarakat, negara, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Ini bermakna sekiranya makhluk dan kerajaan Langit itu beriman, patuh dan tunduk kepada Iradah Allah, tiada pilihan kepada makhluk bumi, melainkan tunduk patuh menyerah diri kepada peraturan Allah SWT.

Begitu jugalah manusia yang dikurniakan akal dan dilantik menjadi Khalifah di muka bumi ini mestilah patuh dan tunduk kepada Allah sebagaimana patuh dan tunduknya makhluk bumi yang lain seperti binatang, tumbuhan dsb. Wahai sekelian manusia&ldots;.INGATLAH amaran ALLAH “Mengapakah mereka mencari agama selain daripada agama Allah ? Walhal segala apa yang ada di langit dan bumi telah menyerah diri kepadaNya dengan sukarela dan terpaksa. Dan kepadaNyalah mereka akan dikembalikan” Surah Ali Imran :83

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj telah mendedahkan kepada kita bahawa IBLIS, YAHUDI, KRISTIAN dan DUNIA bersengkokol menentang ISLAM. Mereka mencipta berbagai kaedah dan taktik-taktik licik seperti mewujud dan menaja budaya seronok supaya umat Islam lupa syariat dan lalai daripada mengingati mati sedangkan menurut Iman Al-Ghazali dalam kitabnya Kasyfu Yaumil Qiamah, Malaikat Maut sentiasa merenung manusia 70 kali sehari dan menziarahi setiap rumah yang berpenghuni sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Semua ini menyebabkan umat Islam meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai Khalifah di muka bumi ini. Akibat keperkasaan dan kejayaan strategi yang digunakan, mereka (umat Islam) telah terkeliru dengan falsafah amal, dosa dan pahala.

Lebih-lebih lagi dicanangkan dengan slogan “enjoylah masa muda ini puas-puas, nanti kalau dah tua baru bertaubat”, golongan remaja seolah-olah ‘hilang akal’ dengan trend-trend moden yang disogok dan dimomokkan dengan pelbagai pesta. Seks, arak dan judi sudah menjadi pesta rutin saban hari&ldots; sesat sesesat sesatnya. Tanpa disedari, maut pasti datang. Ingatlah, daun yang muda kadang-kadang gugur dahulu begitulah juga nyawa manusia. Mereka bebas, semahunya tanpa ada kokongan agama dan budaya, halal dan haram tidakdiperdulikan, maklumlah apabila nafsu dan syaitan berkerjasama semua yang jahat dianggap baik dan sebaliknya.

Sedangkan menurut Islam, semua yang baik atau buruk tetap dikira amal. Apabila ditanya Mungkar dan Nakir barulah mereka menyesal kerana mereka tidak terfikir apa yang mereka lakukan di dunia dulu adalah AMAL JAHAT yang pasti mengundang ke NERAKA…

Secara ringkasnya, peristiwa yang dialami oleh Rasulullah SAW ketika Isra’ dan Mi’raj adalah seperti berikut ;

Peristiwa Isra’

1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Gambaran orang
yang membelanjakan harta di jalan Allah.

2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah.

3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali.
Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan
makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedekah dan tidak
mengeluarkan zakat.

5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi
tidak mengamalkannya.

6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang
berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.

7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan
orang yang makan riba.

8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang
yang suka mengumpat.

9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang
yang menerima amanah tetapi tidaksanggup melaksanakannya.

10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang
tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.

Peristiwa Mi’raj

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu.
Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang
tidak menutup auratnya (rambut)

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan.
Wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang
mengoda dan menghairahkan lelaki.

5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar
mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya.
Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.

6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke
mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut
dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya.
Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut.
Balasan orang yang makan harta ay.

10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu
melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama
manusia.

ISRAK Mikraj adalah dua peristiwa kembar menakjubkan yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW pada malam 27 Rejab. Peristiwa yang sangat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad itu dianggap sebagai penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurniaan Allah kepada Baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

-> Israk bererti perjalanan Nabi dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam al-Quran, seperti firman Allah bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” – (Surah al-Israa’, ayat 1).

-> Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh, dekat singgah sana Allah seperti yang digambarkan oleh al-Quran yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. “Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.

-> “Penglihatan (Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. “Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” – (Surah an-Najm, ayat 13-18). Sidaratil Muntaha adalah tempat yang paling tinggi di atas langit ketujuh, yang dikunjungi Nabi Muhammad ketika Mikraj.

-> Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama. Antara pengajaran peristiwa Israk Mikraj:

-> Manusia hendaklah sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik ketika ditimpa kesusahan mahupun mendapat kesenangan. Perkara ini penting kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, duka cita dan kesusahan pada diri manusia.

-> Nabi juga ditimpa beberapa musibah sebelum berlakunya Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj iaitu untuk berhadapan dengan Allah.

-> Perkara itu memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya, di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

i. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Sewaktu Israk Mikraj, tepatnya ketika Nabi diajak meninjau keadaan neraka, Baginda ditunjukkan pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh pelbagai kaum, akibat kejahatan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Misalnya, Rasulullah diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sedia kala.

Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat dan yang suka memfitnah.

Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidakmelakukan segala perbuatan tercela dan pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah. Mereka akan mendapat seksaan di akhirat nanti sekiranya melakukan perbuatan yang dilarang Allah.

ii. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya.

iii. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agarkeyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia.

Perkara ini perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan pelbagai keajaiban ciptaan- Nya di alam tinggi bernama langit seperti Sidratil Muntaha dan syurga.

iv. Anjuran memberi salam. Sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang Baginda temui. Hal ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

v. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat.
Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanya bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

vi. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit’ telah mengejar Baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan Baginda.

Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.


Diambil dari petikan blog —-> AzwanDengkil, dzulfotografi

Biggest Outing Organized At Bintulu

Utusan Sarawak

Bintulu, 6 Mac 2010 – Seramai hampir 35 orang jurugambar yang dikumpul diseluruh bandar Bintulu telah turut serta dalam satu aktiviti fotografi yang julung kalinya diadakan disekitar bandar Bintulu. Gabungan beberapa kumpulan fotografi yang terdiri daripada jurugambar junior, amatur dan juga jurugmbar senior berkumpul untuk sama-sama meluangkan masa hujung minggu berkongsi idea serta pengalaman dalam bidang fotografi.

News Cutting

Antara kumpulan-kumpulan tersebut adalah Fotosyntesis Photography, Rasa Best Photography, Dzulfotografi, Lomography dan juga Rizal Photography. Beberapa pengiat fotografi secara perseorangan juga turut serta dalam program yang diadakan bermula jam 2 petang bertempat di Esplanade Bintulu.

Antara pengisian program yang dianjur oleh Encik Rizal Julaihi (Rizal Photography) dan Encik Zulhafizan Jamel (Dzulfotografi), selaku penasihat, adalah sesi fotografi yang bertemakan “Gadis Kampung Masuk Bandar”, sambungan episod siri fotografi yang bertajuk “Gadis Kampung” yangtelah diadakan di satu kawasan sekitar Pekan Tatau tidak lama dahulu. Selain itu, tema fotografi “Lorong Belakang” juga sempat diadakan dan lokasi yang telah dipilih ialah lorong belakang bangunan. Dalam pada itu juga diselitkan sesi fotografi secara bebas dimana model-model yang turut serta diberi peluang untuk beraksi dengan gaya tersendiri dan jurugambar juga berpeluang untuk mengarah serta mengawal gaya serta ‘posing’ yagn dikehendaki. Interaksi seperti ini mendorong para jurugambar untuk lebih selesa mendapatkan hasil gambar yang menarik.

Antara objektif utama program ini adalah untuk menguji sejauh mana para jurugambar yang turut serta dapat mengaplikasi secara praktikal bagaimana untuk mengawal model yang disediakan dan memenuhi syarat dan tema yang diberikan. Selain itu juga, beberapa aspek penting dalam mengawal sifat malu dikhalayak ramai turut diajar kepada model dan juga jurugambar.

Program yang bermula dikawasan bandar berakhir di pantai Tanjung Batu, Bintulu. Sebelum berakhir, sesi fotografi bebas disambung semula dengan siri fotografi bebas dimana lokasi yang dipilih ialah di sekitar kawasan pantai. Dalam pada itu, jurugambar yang turut serta tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan masa yang ada dengan merakamkan detik indah senja ditepian pantai yang jarang ditemui kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.

Program berakhir sekitar jam 6.30 petang dan semua peserta program kembali ke rumah masing-masing dengan gembira dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang program berkenaan.

Laporan dari tempat kejadian oleh dzulpxs / agent24 untuk berita www.pgx.com.my

Kad Sim GSP Mudah Pengembara

November 24, 2009 by dzul pxs  
Filed under Latest, Technologies

travelsim

SERING kali kita berdepan masalah menghubungi kad sim untuk menghubungi keluarga apabila mengembara ke luar negara. Tambah merumitkan apabila terpaksa berdepan prosedur remeh dan halangan bahasa semata-mata mahu menggunakan kad ini.

Ketika ini, kebanyakan orang memilih menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa, namun kadang kala ia menambah beban kewangan akibat kadar tinggi yang dikenakan syarikat telekomunikasi.

Jika tidak digunakan secara berhati-hati, kos menggunakan perkhidmatan ini untuk menghubungi rakan di negara asal mungkin boleh mencecah ratusan ringgit. Malah silap hari bulan, ia menambah bebanan kewangan.

Menyedari hakikat ini, Sedania Travelneeds2u Sdn Bhd (ST2U) memperkenalkan Global Starter Pack (GSP) yang membolehkan anda membeli kad sim sebelum menjejak kaki ke lapangan terbang, sekali gus mengelak kesulitan apabila tiba di destinasi percutian.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sedania Corporation Sdn Bhd, Azrin Mohd Noor, berkata, orang ramai kini boleh mendapatkan GSP di mana-mana ejen pelancongan yang berdaftar dengan kami atau melalui portal www.travelneeds2u.com.

Menurutnya, melalui tempahan itu, pelanggan hanya perlu ke `booth’ syarikat sebaik menjejak kaki ke lapangan terbang di negara yang dilawati untuk mendapatkan kad sim syarikat telekomunikasi mereka.

“Pelanggan hanya perlu menunjukkan baucar tempahan dan kakitangan di sana akan menyerahkan kad sim negara itu, sekali gus kadar bayaran penggunaan telefon bimbit mengikut kadar ditetapkan syarikat telekomunikasi negara berkenaan.

“Dengan itu, anda tidak payah pening kepala memikirkan cara mendapatkan kad sim dan memudahkan untuk menghubungi ahli keluarga dengan kadar segera. Malah, ia memberi penjimatan berganda kepada pengguna,” katanya.

Dengan kadar semurah AS$10 (kira-kira RM36), pelancong di seluruh dunia boleh membeli GSP syarikat telekomunikasi Celcom di Malaysia, Hello (Kemboja), Indosat (Indonesia), M1 (Singapura) dan akan diperluaskan ke Aktel (Bangladesh) dan Viettel (Vietnam).

Azrin berkata, GSP adalah perkhidmatan seumpamanya di dunia itu membolehkan pelanggan tempatan menempah kad sim negara asing yang ingin dilawati pada harga lebih murah berbanding menggunakan telefon pada kadar perayauan antarabangsa.

Beliau berkata, pihaknya meletak sasaran menyediakan perkhidmatan itu di lima negara di Asia Tenggara sehingga hujung tahun ini dengan Indonesia pada bulan depan sebelum diperluaskan.

petikan daripada mymetro

Kemalangan Di Jambatan Masja, Kuching

dzulpxs

Kuching, 26 September 2009 – Sebuah kancil terbabas disisi jalan dipercayai gagal dikawal kerana kerosakan pada bahagian stering kenderaaan berkenaan. Menurut mangsa, beliau gagal mengawal kenderaan yang dipandunya lalu terbabas dan terbalik disisi jambatan Masja. Dalam situasi berkenaan, kancil berkenaan dikatakan berselisih dengan sebuah Proton Saga (Model Baru) sebelum terbabas dan terbalik. Proton berkenaan yang melalui laluan bersebalahan selamat daripada dirempuh oleh Perodua Kancil berkenaan.

Tiada sebarang korban nyawa dilaporkan dan mangsa (pemandu Perodua Kancil) hanya luka ringan tetapi kereta beliau rosak teruk. Saya yang melalui jalan berkenaan terus membuat liputan walaupun keadaan pada ketika itu seperti berada didalam oven (panas terik). Laporan mungkin terlewat sedikit kerana masalah server down dan sukar untuk membuat laporan.

Lokasi : Jambatan Masja, Kuching
Masa : Tengahari (Jam 1 tengahari)
Tarikh : 26 September 2009 (Sabtu-raya ke-7)

Sekian. Berita daripada dzulpxs untuk berita pgx.

Bonus Kepada Kakitangan Awam Kumpulan Sokongan

September 12, 2009 by dzul pxs  
Filed under Isu Semasa, News

Cuepacs Berterima Kasih Kepada Kerajaan Atas Bantuan Khas Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan Rabu.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam,” kata setiausaha agungnya Ahmad Shah Mohd Zin ketika dihubungi.

Beliau berharap kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.

Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahn akhir tahun ini.

Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.

– BERNAMA

laporan oleh dzulpxs untuk www.pgx.com.mypgxnew1

Kemalangan Di Bulatan Siol Kandis, Kuching

rahimanmadli

rahimanmadli

rahimanmadli

rahimanmadli

Kuching, 3 September 2009 – Kerana sikap terburu-buru, satu kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan telah berlaku dengan tragik di Bulatan Siol Kandis tengahari tadi.  Menurut sumber yang diperolehi dari tempat kejadian, kemalangan berlaku apabila kereta berjenama Naza yang berada dilaluan sebelah kiri, dalam bulatan berkenaan tidak memberi laluan kepada sebuah kenderaan berjenama Perodua Viva yang datang dari arah sebelah kanan kenderaan yang terbabit.  Dalam keadaan laju dan tidak dapat dikawal, kereta Viva berkenaan yang mahu membelok ke sebelah kiri tidak sempat membrek dan terus melanggar tiang lampu di tepi bulatan tersebut sebelum dirempuh sekali lagi oleh kereta Naza yang berada dibelakang kereta terbabit.

Menurut sumber lagi, pemandu kedua-dua kenderaan berkenaan didapati sudah dihantar ke hospital ketika sumber datang ke tempat kejadian.  Keadaan mangsa tidak diketahui lagi dan keadaan kereta mangsa rosak teruk terutamanya kereta Perodua Viva yang terbabit.  Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat berita ini diterima.

rahimanmadli

rahimanmadli

rahimanmadli

rahimanmadli

Foto ini dirakamkan dan disumbangkan oleh salah seorang ahli Kelab Fotografi Kenyalang (www.kfk.com.my) iaitu En. Rahiman Madli. (gambar seterusnya akan menyusul)

Laporan bukan dari secara langsung dari tempat kejadian. Oleh dzulpxs untuk berita PGX.

Spiderman Menakluk KLCC Pagi Tadi.

September 4, 2009 by dzul pxs  
Filed under Agent24 Exclusive Report, Isu Semasa, Member News, News

ON TOP OF THE WORLD

Zainal Abdul Halim
gambar oleh Zainal Abd. Halim | 1 September, 2009

Zainal Abdul Halim
gambar oleh Zainal Abd. Halim | 1 September, 2009

French climber Alain Robert, known as “Spiderman” stands on the tip of the Malaysia’s landmark Petronas Twin Towers after scaling it one of the spires of the 452m (1,483 ft) tall building, in Kuala Lumpur September 1, 2009.

petikan daripada http://www.zainalhalim.com/

Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-52

September 4, 2009 by dzul pxs  
Filed under Agent24 Exclusive Report, Isu Semasa, Latest, News

Sunday, 30 August 2009

Di bawah ialah teks perutusan Hari Kebangsaan yang saya sampaikan sempena 52 tahun Malaysia merdeka.


PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN OLEH
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 30HB OGOS 2009 (AHAD), JAM 9 MALAM

Bismillahirahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam 1Malaysia.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

1. Alhamdulillah, pertama sekali marilah kita semua mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T justeru di atas rahmat dan limpah izinNya jua, esok sekali lagi kita akan menyambut hari kebangsaan kali ke-52 dengan tema 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

2. Fifty two years ago, a group of national patriots led by YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj successfully gained this country its independence after nearly five centuries under colonial rule.

3. The post-independent period saw the task and responsibility of determining the direction of this great land once held by colonists pass into the hands of its native sons.

4. With a new government bearing limited administrative experience, amidst the still-unabated communist upheavals, a socio-economic imbalance grew and spread, reinforced by the multi-ethnicity of a young nation, hence many predicted a pending demise of Malaya.

5. Despite the predictions, we have proven the sceptics wrong. In the five decades of our independence we have emerged among the leaders of the developing nations. We became the first country in the world to defeat the communist uprising and brought social justice through a sense of equal ownership within a short period of a mere two generations.

Ladies and Gentlemen,

6. What is this secret formula that drives our success? Certainly and undoubtedly, it is unity amongst our people of various ethnicity and beliefs, based upon a philosophy that celebrates diversity as a source of strength, rather than a point of discord that causes disunity.

7. Sadly, the passing of time has witnessed the bridge painstakingly built by our forefathers now shaken by certain quarters that attempt to disrupt the peace. They have exploited the fine lines that exist in a multi-ethnic society, be it political, religious or social in nature, to serve their own warped agenda.

8. At this crossroads, the biggest challenge facing Malaysians is to restore this bridge and demolish the walls that separate us. At its core, we must continue to manage success, building upon what we have achieved by cultivating the principles we have long nurtured. Let us remember that what we now enjoy might not become better, instead it could deteriorate if neglected. The proof is in the world’s history, where success poorly managed ends in failure.

9. It is true that success does not come easy. Hence, I must remind everyone especially the younger generation that the good fortune we enjoy today did not come without careful planning, efficient implementation and great sacrifice.

10. This success is the result of the great struggles, blood, sweat and tears of our heroes whether sung of or not. It was built by our ancestors. It was defended by our security forces who were ready to give up their lives. It was nurtured by scholars and educators who strove regularly in classrooms and lecture halls. It was enhanced by heroes of the private sector, corporate heroes, hawkers and small entrepreneurs who tirelessly worked for prosperity. Finally, it was catalysed by the dedicated public servants.

11. Clearly, the success and prosperity of Malaysia all this while grew and developed out of the contribution and support of people of all races, all religious beliefs, all walks of life, whether in rural or urban areas, whether the haves or have-nots, old or young. Therefore, I wish to reaffirm that every one of us is given equal opportunity under the Malaysian sky. The only barrier to our individual achievement is the will to succeed, the willingness to work hard, and the courage to take risks.

Ladies and Gentlemen,

12. Above all else, for over five decades Malaysia has faced numerous milestones. All of them were met for better or for worse with a united spirit.

13. Beginning from the bitter chapter of the Bintang Tiga brutality, the monumental need to create meaning to our independence which was gained without bloodshed, through socioeconomic bias, ethnic discord on 13 May ’69, the economic downturn of the 80s and the Asian economic crisis at the end of the 90s. All of these were confronted and all of these we survived. Clearly regardless of our achievements, we cannot afford to rest upon our laurels without striving for more success.

14. With that in mind, in order to ensure a better tomorrow the government has introduced more effective policies that will propel us forward towards becoming a developed nation. At the beginning of my administration I had initiated the 1Malaysia concept based upon the Federal Constitution and Rukun Negara as the foundation for the government’s goals. We do not stop at setting a mission statement, instead we have constructed concrete initiatives. Starting with efforts to overhaul the public service delivery system, promoting the public welfare agenda as a government priority leads to efforts to stimulate the national economy so that continuous prosperity can be enjoyed by the country and its people.

15. In closing, let us reignite the spirit of patriotism by dedicating our efforts unequivocally in the name of 1Malaysia. Let us realise a more prosperous and peaceful future for all Malaysians. Let us ensure the hallowed banner of our Jalur Gemilang flies proud in the eyes of the world. Together, let us pray for this noble journey to continue, blessed and guided by God.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh. Thank You.

2. Lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan.

3. Pasca kemerdekaan kemudiannya menyaksikan tugas dan tanggungjawab untuk menentukan arah tuju tanah air yang satu ketika dahulu berada di dalam genggaman penjajah telah beralih ke tangan anak watan.

4. Dengan pengalaman berkerajaan sendiri begitu singkat, berlatar belakangkan pula pemberontakan komunis yang masih belum reda, wujudnya ketidakseimbangan sosioekonomi yang meluas di tambah lagi dengan sifat majmuk negara baru, maka banyak pihak kala itu yang meramalkan bahawa Malaya ibarat retak menanti belah dan tidak mungkin berjaya.

5. Namun begitu, kita telah membuktikan bahawa sangkaan tersebut meleset sama sekali. Di dalam tempoh lima dekad merdeka kita telah berjaya muncul sebagai negara membangun yang termaju. Kita telah menjadi negara pertama di dunia yang berjaya mengalahkan pemberontakan komunis di samping kita juga berjaya mewujudkan keadilan sosial dengan rasa kehakmilikan saksama hanya dalam tempoh masa amat singkat yakni dua generasi sahaja.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

6. Apakah formula rahsia yang telah mendasari kejayaan ini? Sesungguhnya, tidak lain dan tidak bukan, ia adalah faktor perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada falsafah meraikan kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya perkara titik bengik yang menyebabkan perpecahan.

7. Sayangnya , masa yang berguling telah menyaksikan jambatan dibina oleh bapa-bapa kita dahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang cuba menangguk di air keruh. Mereka telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum sama ada ianya bersifat politik, agama mahupun sosial demi untuk memuaskan agenda sempit mereka.

8. Di persimpangan ini, cabaran terbesar rakyat Malaysia ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah antara sesama kita. Pokoknya, kita perlu terus mengurus kejayaan, membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan terpupuk selama ini. Beringatlah, apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik malah akan musnah jika kita tidak berwaspada. Buktinya, lipatan sejarah dunia sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan.

9. Benarlah kata orang, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Sehubungan itu, saya ingin berpesan kepada semua terutamanya generasi muda bahawa nikmat yang kita sedang kecapi hari ini tidak terhasil begitu sahaja tanpa perancangan yang rapi, pelaksanaan yang cekap dan pengorbanan yang tinggi.

10. Kejayaan ini hasil perjuangan, keringat, air mata dan darah para wira serta para wirawati negara sama ada yang di dendang atau pun tidak. Ia dibangunkan oleh pendahulu-pendahulu kita yang lampau. Ia dipertahankan oleh anggota pasukan keselamatan yang sanggup berkorban apa sahaja hatta nyawa. Ia disuburkan oleh para murabbi dan pendidik yang gigih berjuang di kelas-kelas dan bilik kuliah. Ia dimakmurkan oleh wira swasta, wira korporat, para penjaja, waima peniaga kecil yang gigih dengan semangat keusahawanan mereka mencipta kemakmuran. Tuntasnya, ia dilincirkan pula oleh para penjawat awam yang gigih berkhidmat.

11. Nyatanya, kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayaan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada ataupun tidak, tua atau muda. Kendati itulah, saya ingin tegaskan bahawa setiap seorang daripada kita mempunyai peluang yang terbentang di bawah langit Malaysia. Yang membataskan pencapaian masing-masing hanyalah kemahuan untuk berjaya, kesanggupan untuk bekerja keras dan keberanian untuk mengambil risiko.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

12. Di atas segala, sepanjang lebih lima dekad Malaysia telah melalui pelbagai detik dan panca peristiwa. Segalanya, dilalui penuh dengan suka duka, pahit manis dan jatuh bangun bersama dalam kemajmukan.

13. Bertitik tolak dari kepahitan mengharungi ganasnya Bintang Tiga, keperluan monumental mengisi erti kemerdekaan bitara yang dicapai tanpa pertumpahan darah, kepincangan sosioekonomi, keretakan hubungan kaum tanggal 13 Mei 69, kemelesetan ekonomi 80an dan krisis kewangan Asia hujung 90-an. Semuanya telah kita tempuhi dan semuanya telah kita redahi dengan jaya. Ternyata walau apa pun, harus diinsafi bahawa kita tidak mampu bernostalgia dengan kejayaan lalu tanpa berusaha mencipta kejayaan-kejayaan baru.

14. Lantaran itu, untuk menentukan hari esok lebih baik dari hari ini kerajaan telah pun memperkenalkan dasar-dasar yang lebih ampuh dan mampu menjulang kita menjadi sebuah negara yang maju. Sebermula pentadbiran saya telah diutarakan konsep 1Malaysia yang berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai teras hala tuju matlamat kerajaan. Kita tidak berhenti setakat penyataan hasrat sebaliknya kita telah mengadakan prakarsa yang konkrit. Bermula dengan usaha merevolusi sistem penyampaian sektor awam, mengangkat agenda kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan perdana membawa kepada usaha merangsang ekonomi negara agar kemakmuran akan terus merahmati rakyat dan negara.

15. Akhir kalam, ayuhlah kita suburkan semangat patriotisme yang membara dengan mendedikasikan usaha tanpa berbelah bahagi atas nama 1Malaysia. Marilah kita realisasikan masa depan yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia . Marilah kita pastikan panji keramat Jalur Gemilang berkibar megah di persada antarabangsa. Sama samalah berdoa agar perjalanan mulia ini terus diberkati dan diberi petunjukNya jua.

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh

petikan khas daripada laman blog 1Malaysia.  Terima Kasih.

Tiga Segmen Satelit Malaysia Merencah Ruang Angkasa

September 3, 2009 by dzul pxs  
Filed under News, Technologies

Malaysia juga mempunyai satelit tersendiri ke angkasa iaitu TiungSAT, MeaSAT dan RazakSATTM.

1. TiungSAT

Dilancarkan pada 26 September 2000 dengan jolokan satelit mikro pertama negara berlepas ke ruang angkasa lepas dari Baikanor, Kazakhstan.

Pembangunan satelit mikro pertama ini diperkemas agensi tempatan, Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd.

Sejurus TiungSAT-1 berada pada orbit yang ditetapkan, sistem kawalan di Stesen Kawalan Bumi ATSB terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia akan terus menghantar dan menerima isyarat komunikasi untuk berhubung dengan TiungSAT-1.

TiungSAT-1 itu mempunyai berat 50kg dan dimensi 690 x 366 x 366 mm yang beroperasi pada Orbit Bumi Rendah pada ketinggian 650km dari aras bumi dengan kecondongan sebanyak 65 darjah.

Tiga misi utama menjadi tanggungjawab TiungSAT-1 iaitu pencerapan bumi, ujikaji saintifik ‘Cosmic-Ray Energy Disposition Experiment’ (CEDEX) dan juga aplikasi komunikasi.

Ia dilengkapi sistem kamera ‘Multi Spectral Earth Imaging’ yang mempunyai resolusi 72m dan sistem kamera ‘Meteorological Earth Imaging’ dengan resolusi 1.2km bagi menjalankan aktiviti pencerapan bumi.

2. MeaSAT

Malaysia East Asia Satellite atau singkatannya MeaSAT adalah satelit swasta pertama di Malaysia yang dikendalikan oleh Measat Satellite Systems Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Binariang Sdn. Bhd.

Sistem MeaSAT ini menyediakan khidmat langsung-ke-rumah (DTH-Direct-to-home) yang pertama di Malaysia dan perkhidmatan komunikasi asas yang menjangkau dari India ke Hawaii serta dari Jepun ke Australia Timur.

Antara perkhidmatan DTH adalah pemancaran program televisyen dan pendidikan ke rumah pengguna menggunakan antena kecil.

Perkhidmatan komunikasi asas pula termasuk perkhidmatan telefoni, televisyen, penyebaran data dan rangkaian perniagaan.

Kedua-dua satelit MeaSAT di bina di El Segundo, California, oleh Hughes Space and Communications Company (HSC) yang mana sekarang menjadi sebuah Pusat Pembangunan Satelit.

Satelit pertama dilancarkan menggunakan roket Ariane pada 12 Januari 1996, dari Kourou, French Guiana sementara pelancaran satelit kedua pula dilakukan pada 13 November 1996.

HSC bertanggungjawab membekalkan kelengkapan untuk stesen pengawasan satelit di Pulau Langkawi, Malaysia serta melatih jurutera Malaysia untuk mengawal dan mengoperasikan satelit.

3. RazakSATTM

Pada masa sekarang, agensi di Malaysia memerlukan banyak imej satelit yang bergantung pada data, imej dan maklumat diperoleh dari satelit luar negara.

RazakSATTM adalah satelit kecil kedua Malaysia yang berupaya membekalkan imej data lebih spesifik dan kerap kepada pengguna di Malaysia serta negara di lingkungan khatulistiwa.

Satelit ini membawa muatan elektro-optik dan Kamera Bukaan Saiz Sederhana (Medium-sized Aperture) atau lebih dikenali sebagai MAC.

Ia sejenis kamera ‘pushbroom’ yang terdiri daripada lima pengesan berjenis linear (satu pengesan berjenis pankromatik dan empat pengesan berjenis multi-spektra).

Satelit itu dikendalikan melalui segmen buminya yang berada di Malaysia terdiri daripada Stesen Kawalan Misi (MCS) dan Stesen Penerimaan Dan Pemprosesan Imej (IRPS).

MCS akan digunakan untuk mengawal dan melaksanakan misi RazakSATTM, termasuk penghasilan arahan dan penerimaan maklumat satelit manakala IRPS pula digunakan untuk menerima dan menganalisa imej RazakSATTM sebelum diedarkan kepada pengguna.

RazakSATTM dihasilkan menerusi kerjasama antara Malaysia Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) dan Satrec Initiative Co. Ltd, Republic of Korea.

Sumber: Angkasa

Petikan dari myMetro

Lori Terbabas Di Selekoh Jalan Tatau-Bintulu

August 27, 2009 by dzul pxs  
Filed under Agent24 Exclusive Report, Latest, News

1

Bintulu,  27 Ogos 2009  -  Sebuah lori dipercayai hilang kawalan semasa memandu di satu selekoh di Jalan Tatau-Bintulu pagi tadi.  Kemalangan yang berlaku pada awal pagi tadi dipercayai disebabkan keadaan jalan yang agak licin akibat hujan.  Tiada sebarang kehilangan jiwa berlaku dan kemalangan hanya melibatkan satu kenderaan sahaja.  Pemandu lori berkenaan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan teruk.  Sewaktu sampai ke tempat kejadian, keadaan terkawal dan kelihatan ‘penarik kereta’ sudah berada ditempat kejadian.

dzulfotografi/investigationscene
dzulfotografi/investigationscene
dzulfotografi/investigationscene

Laporan daripada dzulpxs untuk berita pgx.com.my

Next Page »