Muffa FC Gengam Juara Piala Yb Datuk Fadillah Yusuf
Gol awal perlawanan akhir antara Muffa dan Qarmila mengubah rentak permainan perlawanan final . Dan akhirnya wisel penamat dibunyikan sang Juara Piala Yb Datuk Fadillah Yusuf telah dimenangi oleh pasukan Muffa dgn mengalahkan pasukan Qarmilla dgn jaringan 4-1…tahniah & syabas.
Tahniah buat Axis Football Club yang berjaya menganjurkan liga persahabatan 2 divisyen yang julung kali diadakan di arena bolasepak negeri Sarawak. Semoga dengan adanya aktiviti sebegini akan mengeratkan silatulrahim dikalangan pemain .
Kebangkitan Penyokong Sarawak
January 29, 2012 by admin
Filed under Agent24 Exclusive Report, News
Pertemuan Sarawak dgn Negeri Sembilan malam tadi seolah-olah mengimbau semula kenangan di zaman Ngap Sayot mahupun Bujang Senang sekitar 10-20tahun yang lalu. Tidak salah untuk kita katakan bahawa kembalinya penonton ke Stadium adalah disebabkan prestasi pasukan yang kian memuncak dan usaha mempromosi setiap perlawanan melalui media moden termasuk laman social seperti facebook dan twitter turut membantu ke arah fonema ini.
Tidak banyak yang dapat diperkatakan kerana walaupun tidak ramai peminat yang menampakkan diri di stadium pada suatu ketika, tetapi sebenarnya mereka ini setia dengan pasukan Sarawak.
Banyak peminat yang kurang berminat ke stadium kerana prestasi kurang konsisten pasukan. Namun, setelah kembali ke peringkat tertinggi liga bolasepak Malaysia ternyata peminat kini kembali ke Stadium untuk memberi sokongan.
Kehadiran penyokong yang ramai ke stadium boleh dianggap luar biasa pada ketika ini. Ini kerana terlalu banyak kekangan termasuk promosi yang berterusan Liga-Liga Antarabangsa seperti EPL dan La Liga yang lebih menonjol berbanding liga tempatan. Namun apa yang pasti Orang Sarawak sememangnya masih setia dengan pasukan.

Malam tadi juga turut menyaksikan lebih dari 15 ribu peminat bolasepak hadir ke stadium walaupun pada masa yang sama malam tadi turut disiarkan melalui stesen tv satelite perlawanan antara dua gergasi England, Liverpool dan Manchester United. Ramai yang sudah sanggup melupakan aksi EPL dan sanggup ke stadium untuk Pasukan Sarawak.
Gelombang ‘Ultras’ juga sudah mula meresap kepada sebahagian peminat pasukan Sarawak. Menyaksikan dan mendengar hampir seluruh penonton menyebut “SARAWAK” dan melakukan Mexican Waves ternyata memberi semangat baru kepada pasukan Sarawak. Ramai peminat yang berasa inilah yang mereka nantikan. Semangat baru dalam memberi sokongan kepada pasukan Sarawak.

Apapun pertemuan yang berakhir dengan keputusan seri ini ternyata memberi impak kepada semua, bukan sahaja pasukan kita sendiri bahkan pasukan-pasukan lawan yang bakal beraksi di Stadium Negeri, kerana mereka pasti akan merasai aura ‘keramat’ Stadium Negeri seperti mana yang dirasai oleh senior-senior mereka sebelum ini.
Artikel oleh :Awg Khairul Azhar.
Penyokong Bolasepak Sarawak HEBAT!!!
January 29, 2012 by admin
Filed under Agent24 Exclusive Report, Latest, Sports
Kagum dan bangga apabila melihat penyokong Sarawak bersatu hati semasa membuat BENAK ( Mexican Wave) semasa perlawanan diantara Pasukan Sarawak FA menentang Negeri Sembilan semalam di Stadium Negeri Sarawak. 20 000 org berkerjasama membuat BENAK yang dilihat 6 kali mengeliling stadium Negeri Sarawak semalam. VVIP dan tetamu kehormat juga turut serta memberi sokongan dalam aktiviti ini. Syabas diucapkan kepada Pasukan Negeri Sarawak dan penyokong penyokong yang datang memberi sokongan. SARAWAK….IBU PERTIWIKUUUUUUU!!!
- Gol penyamaan diraikan bersama penyokong
- Penuh Semangat….
- 1 – 1,
Benak di Stadium Negeri Sarawak
28 hb Januari 2012, Benak kembali ke Stadium Negeri Sarawak, hampir 20 000 penonton satu hati melakukan aksi benak semasa perlawanan Sarawak menentang Negeri Sembilan.Keputusan akhir perlawanan Sarawak berjaya mengikat Negeri Sembilan dengan Jaringan 2-2.

Aksi cemerlang Zamri Morshidi yang bijak menggunakan peluang akhirnya membuktikan bahawa beliau adalah dalam rangkaian penyerang anak negeri Sarawak yang berbisa.
Rangkaian gabungan penyokong Sarawak bersatu hati dalam menyokong Sarawak dalam setiap perlawanan yang diadakan di Kuching Sarawak.
- Gol penyamaan Zamri Morshidi
Sarawak Kekang Gergasi Merah
Sarawak Kekang Gergasi Merah
Posted on January 22, 2012
Pasukan Sarawak masih mahu membuktikan mereka bukanlah sebuah pasukan belasahan apabila berjaya mengekang pasukan Selangor 0-0 di Std Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Pasukan Sarawak yang turun tanpa tonggak import dari Cameroon, Guy Bwele dan Kalle Sone nyata menyerlah dengan beberapa siri serangan yang hampir saja menghasilkan jaringan.
Barisan utama Sarawak yang diketuai oleh Mohd Hairol Mokhtar nyata tidak gentar dengan barisan handalan Selangor yang rata-rata dibarisi pemain kebangsaan termasuk ketua pasukan Harimau Malaya, Shafiq Rahim yang turut melakukan beberapa percubaan bahaya yang berjaya digagalkan oleh barisan pertahanan Sarawak.
Pujian harus diberikan kepada pemain pertahanan Sarawak terutama sekali pemain berjersi 13, Dzuladzlan Ibrahim yang berjaya mencuri tumpuan dengan berjaya mengagalkan percubaan bahaya pihak lawan.
Kekurangan utama pasukan Sarawak adalah ketumpulan jentera serangan yang agak ketara. Sarawak gagal menmanfaatkan beberapa peluang terbaik menghasilkan gol. Walaubagaimanapun, gandingan hadapan pasukan sudahpun menampakkan keserasian dan berkemampuan menjadi jentera serangan yang digeruni lawan.
Lawan Sarawak selanjutnya adalah pasukan Negeri Sembilan yang bakal bertandang ke Stadium Negeri 28 Januari ini nanti. Belum dapat dipastikan samada akan ada perubahan pada barisan pemain Sarawak, terutama sekali nasib pemain import Kalle Sone yang masih dibelenggu masalah kecederaan.
Kejohanan Pencak Silat Tertutup Kuching 2012
Tarikh: 22-23 hb Januari 2012,Venue : Bangunan Rumpun Silat Sarawak,Jalan Batu Kawa,Kuching Sarawak.
Tentatif jadual adalah seperti berikut ,Ahad 22 hb pertandingan silat seni jam 9 pagi hingga 11 pagi,silat olahraga jam 2 ptg hingga 10.30 mlm.Hari kedua 23 hb pertandingan silat seni jam 9 pagi hingga 11 pagi dan silat olahraga separuh akhir dan akhir jam 2 ptg hingga 10.30 mlm..
MUFFA & QARMILA MARA KE FINAL Piala YB Datuk Fadillah
January 22, 2012 by admin
Filed under Agent24 Exclusive Report, Latest, Sports
Keputusan separuh akhir: Qarmilla(3) vs Crobox(0) & Axis(3) vs Muffa(4)…tahniah kpd Qarmilla Fc & Muffa krn melayakkan ke perlawanan akhir Piala YB Datuk Fadillah Yusuf pada 29/1 di Stadium Negeri Kuching…syabas:)
LIGA SUPER 2012 : SARAWAK 0 VS TRENGGANU 1
January 18, 2012 by admin
Filed under Agent24 Exclusive Report, Latest, News, Sports
17 hb Januari 2012, Kuching Sarawak. Setelah bertarung dan beraksi dengan penuh semangat dalam saingan LIGA SUPER 2012, pasukan Sarawak terpaksa akur dengan kemenangan pasukan Trengganu. Namun demikian semangat penyokong harus dipuji kerana ianya adalah sumber inspirasi kepada pasukan Sarawak dan rakyat Sarawak amnya. Artikel dari sayotters.org yang sedikit sebanyak boleh dikongsi untuk forumer pgx .
————————————–
Kejutan info-page penyokong Sarawak
Posted on January 15, 2012
4
Selepas kempen piala Malaysia tahun lepas, peminat Sarawak seolah-olah teruja dengan pasukan bolasepak Sarawak. Rata-rata sudah mula kenal dengan pasukan dan ‘berminat’ untuk memenuhkan semula Stadium Negeri yang sudah sekian lama kosong kerana prestasi terumbang ambing pasukan Sarawak sebelum ini.
Bukan setakat itu sahaja, bahkan boleh dianggarkan lebih dari lima info-page di facebook menggunakan agenda ‘penyokong’ pasukan bolasepak Sarawak sebagai topik utama info-page mereka. Kejutan ini amat boleh dianggap sesuatu yang positif tetapi pada masa yang sama wujud ‘redundancy’ atau pengulangan info yang kadangkala mengelirukan.
Walaupun tiada sebarang rujukan rasmi yang boleh dijadikan rujukan, info-page ini bergerak berdasarkan maklumat dan info yang mereka perolehi dari sumber-sumber mereka sendiri termasuk dari info-page lain, pegawai dan pemain (mungkin) dan juga dari rakan-rakan facebook atau twitter masing-masing.
Boleh dikatakan hampir 99% info page ini tidak mempunyai rujukan rasmi dari pihak FA Sarawak dan kadang kala maklumat yang diperoleh agak meragukan termasuk tiada pengesahan mengenai berita atau info tersebut.
Selain itu juga, tindakan segelintir pengerak info-page ini yang menggunakan material, nama dan berita dari tempat/pihak lain tanpa meminta kebenaran dari sumber juga amat membimbangkan. Ini kerana, kadang-kadang info tersebut mungkin hanya untuk perkongsian untuk ahli berdaftar sahaja, tetapi ia disalahguna untuk kepentingan peribadi pemilik. Setidak-tidaknya, mereka perlu meminta kebenaran secara bertulis *private message atau email* kepada sumber untuk memastikan info itu tepat dan sahih serta terpelihara hakciptanya.
Pada dasarnya, kejutan ini adalah sesuatu yang positif buat pasukan bolasepak Sarawak. Walaubagaimanapun, ia boleh menjadi suatu ancaman kepada pasukan apabila maklumat-maklumat ini tidak ditapis dan kurang tepat disebarkan. Ini merupakan suatu kerugian kepada pasukan dan berharap isu ini dapat ditangani dengan bijaksana oleh pelbagai pihak.
URGENT: SUMBANGAN UNTUK DANA SERVER PGX
Sokongan untuk collection membyr sewaan server. admin team perlu tambahan sebanyak RM2400. Pembayaran RM3000 telah diuruskan oleh web admin. Mohon sokongan dan kerjasama bagi tujuan tersebut. sapa-sapabaik hati bolehlan menyalurkan sumbangan ke akaun saya Maybank 11111-405-0273> azudin daem maybank.
HAP JO terbakar
October 12, 2011 by admin
Filed under Agent24 Exclusive Report
Kuching, 11 /10/2011 , HAP JO TERBAKAR .GAMBAR OLEH AWANG KHAIRUL
















































































































































































































































































